Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, September 13, 2012

Gila Upin Ipin


Salam

Fenomena Upin Ipin ni dah lama bertapak di negara kita dan sebelum ketara di sini, sambutan dan keghairahan menonton animasi Upin Ipin lebih dulu bertapak di Indonesia. Saya masih ingat lagi, setiap kali ke negara seberang, itulah kata orang-orangnya, "Kamu ni orang Upin Ipin?" Huhu... betapa hebatnya animasi si upin ipin ni, hinggakan mereka mampu mengharumkan negara kita.

Sekarang ini pula, fenomena Upin Ipin sedang melanda rumah kami. Si kenit-kenit ni, semenjak dah pandai bercakap, aduhai... memang pantang tengok apa-apa skrin yang ada. TV boleh, iPad boleh, iPod boleh dan komputer pun boleh. Kalau di depan iPad, siap pandai cari  YouTube lagi. Malah dah pandai pilih cerita mana yang digemarinya. Tak cukup itu, mereka bercakap pun dah macam Upin Ipin lagi! Memang kelakar sungguh.

Paling memeningkan kepala, kita sampai tak boleh buat kerja kerana mereka akan memaksa kita untuk bukakan Upin Ipin untuk mereka. Tapi... bila mengadap tu, jadi senyap. Mereka sangat fokus dan sebab itulah kedua-dua Firas dan Ali cakap macam Upin dan Ipin.

Sekarang ini, kami terpaksa sorokkan segala-galanya (iPad dan iPod) agar mereka tak asyik melihat Upin Ipin sahaja. Bila petang, barulah boleh. Tapi kan, saya sangat hairan macam mana dia orang ni faham jalan cerita. Siap tergelak berdekah-dekah lagi. Si Ali pula, paling takut katak dalam cerita Upin Ipin tu. Bila keluar aje katak, dia pun melompat lari. Si Firas pula akan berkata, "Ali takut katak" dan dia gelak. Budak-budak ni tak suka 'Kak Ros' dan sayalah yang selalu jadi Kak Ros mereka, sebab terpaksa marah! Hehe.

Mujurlah banyak nilai-nilai murni dalam cerita-cerita Upin Ipin tu. Kami yang dewasa ni pun dah hafal semua cerita Upin Ipin.

Wassalam.