Saya cilok dari laman web KarnaDya
Salam
Untuk makluman, minggu depan, bagi mereka yang mahu membaca e-book, novel baru saya akan berada di laman web KarnaDya. Novel penulis Mimie Afinie juga akan berada di pasaran.
Wassalam.
P.S. Gambar di atas bukan merupakan 'full cover', sikit aje tu. Tajuk pula... jeng, jeng, jeng... ada orang teka 'Kuntum Merah Jambu'... hehehe. Tak betul kot.
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Friday, March 30, 2012
Pulang ke Rahmatullah
Inna Illahi Wa Inna Illahi Roji'un
Dimaklumkan Raja Kecil Sulong Perak, Yang Amat Mulia Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan telah sampai takdirnya dan meninggalkan dunia pada jam 1.30 pagi tadi di Kuala Lumpur. Menurut sumber, Allahyarham meninggal dunia setelah selesai dzikir pada malam hari.
Saya adalah orang Perak dan kebetulan ada ahli keluarga yang juga mengenali kerabat di raja ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan tergolong antara mereka yang beriman.
Allahyarham Raja Ashman

Thursday, March 29, 2012
Ketagih Seks di Usia Muda
sekadar hiasan
Salam
Tentu ada di antara anda yang berkunjung ke blog ini merasakan bahawa sejak kebelakangan ini saya sering bawa tajuk yang 'sensasi' atau 'hot'. 'Apa kena dengan Kak Aina ni?'
Tak ada kena apa-apa pun, sekadar untuk berbincang dan untuk mengingatkan diri saya serta anda sekelian. Judul kali ini sebenarnya saya ambil dari sebuah program wanita di televisyen yang berbincang tentang hal 'Ketagih Seks di Usia Muda'. Ketika panel membincangkan tajuk ini, saya terkejut mendengarnya kerana didapati terlalu ramai remaja di negara ini termasuk yang beragama Islam yang terjebak untuk melakukan aktiviti seksual di usia terlalu muda. Seawal 14 atau 15 tahun, terlalu banyak gadis remaja yang sudah hilang 'dara' mereka dan ramai juga yang mengandung anak di luar nikah. Malah, pernah mereka bertanya kepada remaja perempuan di sebuah kelas (saya tak tahu sekolah di mana), hanya tiga orang sahaja yang mengaku mereka masih dara.
Saya betul-betul tak faham kenapa remaja perempuan dan lelaki juga, seawal itu sudah terlibat dengan hal-hal 'seks' ini. Tentunya 'media' memainkan peranan yang hebat kerana saya masih ingat lagi di zaman saya dulu, tak adalah teruk macam ini. Malah, kami tak tahu pun pasal hal 'seks' ini sehinggalah usia yang jauh lagi tinggi. Ketika itu, kami malu nak berbual apa-apa yang ada kaitan dengan hal lelaki. Bukan macam sekarang, anak-anak perempuan terlalu bebas dan boleh lakukan apa-apa sahaja ikut sesuka hati mereka. Malah, anak-anak lelaki dah pandai buat macam-macam walaupun masih muda lagi! Astaghfirullah al azim.
Oleh kerana pada usia yang muda sudah ada 'expose' tentang seks, ramai yang terus-terusan begitu. Istilah 'sleep around', 'Clubbing', 'partying', 'happening' dah jadi budaya banyak remaja dan dewasa muda. Malah, ada yang tak tahu mengawal diri hinggakan hidupnya bagaikan mati kalau tidak melakukan aktiviti 'seks'.
Apa pun bagi saya, malah panel juga berpendapat yang serupa, bahawa setiap manusia itu (tak kira muda atau tua), mereka bertanggungjawab pada diri mereka sendiri. Kalau mereka tidak sayang pada diri dan tak mahu guna akal fikiran, itulah yang akan terjadi. Mereka biarkan diri mereka mengikut kata teman-teman lalu terjerumus dalam pelbagai aktiviti 'haram' sekalipun tahu perbuatan mereka itu dimurkai Allah SWT.
Dalam hal ini juga, banyak remaja perempuan terjebak dalam hal-hal begini kerana terpengaruh dengan kata-kata lelaki yang lebih tua daripada mereka. Ini bermakna, lelaki mempunyai pengaruh besar dalam hal yang boleh merosakkan anak-anak perempuan kita, kalau kita biarkan itu terjadi. Kerana itulah lelaki diberi tanggungjawab yang besar. Kalau lelaki baik, maka baiklah wanita. Kalau terlalu banyak lelaki yang jahat dan tak punyai akhlak baik di dunia ini, maka banyaklah wanita yang jahat dan rosak akhlaknya. Wallahua'lam.
Oleh kerana itu juga, kita yang mempunyai anak-anak lelaki wajib perhatikan kelakuan mereka. Kalau mereka menjadi manusia yang tak kenal agama, maka banyaklah perempuan yang akan jadi begitu juga. Bayangkanlah, anak-anak perempuan dan lelaki dari muda lagi sudah ketagih seks. Bila dah jadi dewasa, macam mana pula? Lagi teruk mungkin.
Kadang-kadang, saya macam tak percaya bila mendengar cerita tentang manusia yang gila seks ini. Tetapi inilah realitinya. Kadang-kadang, memang ada manusia yang tidak letak nilai yang tinggi pada diri. Mungkin terlalu lemah imannya dan mungkin juga terlalu tinggi 'ego' nya untuk menunjuk-nunjuk. Tak tahulah kerana apa ada manusia yang begitu tabiatnya. Ketagih seks.
Maafkan saya kerana membawa tajuk-tajuk begini. Tetapi, pada hakikatnya saya terlalu bimbang dan rasa terpanggil untuk mengingatkan semua yang membaca entri di blog ini. Sesungguhnya biarlah kita dijauhkan Tuhan daripada kelakuan yang begitu, kerana akhirnya tidak ada siapa-siapa yang rugi keculai diri sendiri. Wallahua'lam.

Wednesday, March 28, 2012
Kekasih Kamu Pernah Jadi Kekasih Seorang Perempuan
Sekadar hiasan - tiada kaitan dengan cerita
Salam
Nampaknya ramai yang suka baca perkara-perkara yang ada kaitan dengan percintaan, rumah tangga dan 'relationship' kalau dibandingkan dengan perkara-perkara lain yang terjadi di dunia ni... hehe. Lagi ramai yang suka baca tentang hal-hal sensasi. Mungkin kerana setiap kita ini memang ada kaitan dengan hal-hal macam ini, betul tak? Pernah mengalami atau pernah dengar. Kerana itu juga di Malaysia ni, buku-buku yang membawa cerita-cerita cinta dan kisah keluarga sangat laku kalau dibandingkan dengan buku-buku lain.
Okeylah, saya nak bercerita tentang sesuatu yang saya tahu yang pernah berlaku dah lama dah. Di mana dan tentang siapa, biarlah ia jadi rahsia. Saya nak bangkitkan hal ini sebab ada orang bercakap dengan saya, "Kak Aina, kalau ada lelaki yang suka pada lelaki, ingat tak ada perempuan ke yang tak suka pada perempuan di negara ni?"
Huhu... memang 'panas', kan? Saya juga tahu bukan hanya lelaki yang berspesies begitu, ada juga orang perempuan yang macam tu, suka pada pasangan sejenis dengannya. Nauzubillahi min zalik.
Oleh kerana 'orang itu' bangkitkan pada saya, terpaksalah saya bercerita tentang sesuatu yang saya pernah tahu. Memang ada cerita macam ni yang saya dah pernah ceritakan di blog ini, tapi saya tak pasti sama ada saya pernah kisahkan hal 'yang ini' atau tidak. Apa pun, saya bercerita sahaja sekadar untuk berkongsi sesuatu dengan anda semua.
Al kisahnya, Minah dan Mili (bukan nama sebenar) pernah merupakan kawan serumah. Mereka juga bekerja sepejabat. Satu pejabat memang tahu hal ini, kerana mereka datang kerja pun bersama. Satu hari, Minah bertemu dengan Mamat (bukan nama sebenar) dan jatuh cinta dengannya. Kerana itu, Minah bercadang untuk tidak tinggal serumah lagi dengan Mili. Mili jadi sangat marah dan maka terbongkarlah rahsia hidup mereka (Minah dan Mili).
Mili bercerita sana-sini tentang halnya dengan Minah yang selama ini telah tinggal serumah seperti sepasang suami isteri. Kata Mili, mereka kongsi sebilik dan sekatil, walaupun rumah itu bersaiz besar dan tak ada orang lain yang tinggal bersama mereka. Minah yang cantik dan anggun memang membawa perwatakan 'perempuannya', tetapi Mili pula, dialah yang berlagak seperti 'lelaki' nya. Selama ini, tidak ada sesiapa pun yang fikir bukan-bukan tentang mereka berdua kerana Mili tidak pula berlagak seperti 'perempuan lelaki' walaupun Mili tidak cantik dan tidak membawa perwatakan 'gadis Melayu terakhir' seperti Minah. Mili sungguh kecewa dengan Minah, maka 'gamat' lah tempat kerja mereka dengan pelbagai cerita sensasi yang disampaikan oleh Mili. Masing-masing tentunya pandang serong kepada kedua-duanya (Minah dan Mili).
Minah akhirnya putus juga dengan Mamat (sebab Mamat diberitahu tentang kehadiran Mili dalam hidup Minah), tetapi Minah mula berubah dan tidak lagi mahu terlibat dengan kehidupan 'silamnya'. Beberapa tahun kemudian, Minah berkahwin dengan Bidin. Namun, perkahwinannya sangat dingin, bila kemudiannya Bidin mendapat cerita tentang kehidupan silam Minah. Minah tak mampu untuk senyum seperti orang lain dan Minah yang pernah 'cantik' suatu ketika dahulu, sudah lama hilang serinya. Bidin juga merupakan seorang suami yang tak bahagia. Sungguh malang.
Mili... teruskan kehidupannya, tetapi tak pastilah sama ada dia sudah berubah atau pun tidak.
Semoga kisah benar ini menjadi satu pengajaran buat kita semua, terutama kaum wanita. Sayangilah diri kita ini dan jangan mudah dijangkitkan dengan gejala-gejala yang akan merosakkan masa depan kita, apatah lagi iman kita. Semoga kita sama-sama cuba berusaha lakukan yang terbaik.
Wallahua'lam dan wassalam.

Tuesday, March 27, 2012
Apa Salahnya? Terus Ajelah Buat Salah
Salam semua
Saya lambat update blog, sebab hari ini saya kesibukan di atas urusan peribadi. Sebenarnya, hari ini saya tak berapa ada mood untuk menulis, tetapi kerana sayangkan blog ini, saya terus aje menulis... hehe
Okeylah, tak ada 'hot topic' yang saya nak bangkitkan sekadar hendak mengingatkan kita semua bahawa di dunia ini memang ada macam-macam orang. Banyak orang baik, lagi banyak orang yang jahat. Percaya ke tidak? Ha... rata-rata manusia di dunia ini memang tak akan lari daripada buat kesilapan, tetapi, ramai yang sengaja suka buat salah dan silap. Ada tu, memang itulah kerjanya, sekalipun tahu salah, mereka akan tetap lakukannya kerana bagi mereka, "Apa salahnya?"
Selagi manusia melakukan banyak perkara tidak mengikut undang-undang Tuhan, maka ramailah yang tidak bersalah berada di penjara dan yang bersalah sedang bermaharajalela!
Percayalah bahawa kebanyakan manusia akan melakukan apa sahaja kerana bagi mereka wang itulah yang utama. Banyak manusia sanggup jadi hamba kerana percaya bahawa asal saja mereka mengikutnya, 'it's okay'.
Ada orang memang tak ada rasa simpati dan empati, yang ada hanya sakit hati. Ada orang ada hati tetapi tak berjiwa dan kerana itu sanggup lakukan apa sahaja.
Bukankah yang salah itu tetap salah? Tapi kenapa yang bersalah itu dikatakan benar? Bukan kerana wang ke?
Huhu, beginilah keadaannya. Apa salahnya kalau terus saja buat salah? Tak salah kot, janji orang semua ingat dia tak bersalah!
Wassalam.
Monday, March 26, 2012
Betul Ke Kahwin Kerana Seks?
Sekadar hiasan
Salam
Saya teringat minggu lepas ketika menonton sebuah program khas untuk wanita di sebuah stesen TV, di mana panel program itu berbual tentang gugurnya hak suami. Haha... memang jarang kita dengar tentang hal macam ni, kan? Selalunya orang suka pertikaikan hak suami di atas isterinya. Jarang-jarang orang pertikai hak isteri bila suami tak bertanggungjawab. Cuma orang yang tak faham sahaja akan anggap bahawa agama Islam ini 'bias' atau berat sebelah.
Tetapi sebenarnya, agama Islam merupakan sebuah agama yang cantik dan indah dan tidak pernah berat pada siapa-siapa, malah, Islam sangat menjaga hak orang perempuan kerana perempuan itu dijadikan lemah. Wallahua'lam. Lelaki, bila berkahwin, tanggungjawab mereka lebih banyak daripada perempuan. Bukan sekadar menjaga isteri dan anak-anak, tetapi ibu bapa dan juga kerabat perempuannya. Malah, banyak lagi tanggungjawab mereka kalau dibandingkan dengan perempuan.
Namun, dalam perkahwinan orang Melayu di negara kita ini, biasanya orang akan beratkan tanggungjawab pada wanita. Wanita kena buat macam-macam. Jaga rumah, jaga belanja, jaga suami, jaga anak dan macam-macam lagi. Kalau hari ini pula, wanita juga bekerja dan cari rezeki untuk keluarga. Malangnya juga, keadaan seperti ini boleh menggalakkan suami yang tak bertanggungjawab untuk lepaskan segala macam tanggungjawab mereka, seolah-olah perempuan telah dijadikan Tuhan untuk menjadi hamba lelaki! Huh, kerasnya bunyi, tetapi inilah realiti.
Ramai yang tidak tahu bahawa sekiranya suami tidak bertanggungjawab di atas isterinya seperti tidak memberi nafkah, tidak memberi perlindungan dan lain-lain hal, secara automatik suami juga gugur hak batin daripada isterinya. Ini bermaksud bahawa lelaki yang lepas tangan daripada tanggungjawab mereka sebenarnya tiada hak untuk bergaul dengan isteri, kecualilah isterinya itu meredai segala-galanya (mungkin isteri yang lemah kot).
Jadinya, kita semua harus faham, walaupun suami mempunyai hak batin daripada isteri, hak itu gugur bila suami tak menjalankan tanggungjawab pada isteri. Banyak lagi halnya, tetapi saya tak dapat nak huraikan segala-galanya di sini.
Seperti yang dibincangkan dalam forum itu, biasanya bila pasangan suami isteri berkahwin, orang di sekeliling biasanya akan mengingatkan si isteri supaya menjaga suaminya dan rumah tangga. Jarang benar orang mengingatkan si suami supaya jadi seorang sumai yang benar-benar bertanggungjawab. Biasanya juga, bila lelaki berkahwin, ramai yang akan mengusik, "Tu lah ruginya tak kahwin awal-awal, kan?" Mereka lebih beratkan hal 'seksual' seolah-olah mereka berkahwin kerana 'seks' dan bukan kerana mahu menjalankan tanggungjawab sebagai lelaki, jauh sekali kerana Allah SWT.
Maaflah, saya tak kata semua lelaki begini. Memang ramai yang baik dan bertanggungjawab, alhamdulillah. Cuma entri ini saya tujukan kepada wanita-wanita di luar sana, agar sentiasa berjaga-jaga dan tahu akan hak mereka juga. Janganlah kerana kita perempuan, kita rasa kita lemah, maka kita biarkan diri kita dipergunakan oleh mereka yang tak bertanggungjawab!
Wallahua'lam dan Wassalam.

Sunday, March 25, 2012
Suami Dia Ada Pakwe
Sekadar hiasan
Salam semua
Walaupun hari Ahad, saya rasa elok juga saya bawakan cerita ini sekalipun ia sangat sensitif. Bukan hendak mengaibkan siapa-siapa tetapi sekadar bercerita agar ia akan mengingatkan kita dan supaya kita semua juga berjaga-jaga. Kalau anda mempunyai anak lelaki, biarlah kita besarkan mereka sebagai lelaki, jangan ubahkan apa yang sudah dijadikan Tuhan. Sentiasa ingatkan mereka.
Memang jarang benar saya sentuh soal ini kerana bagi saya ia merupakan sesuatu yang sensitif dan biasanya bila terjadi di dalam mana-mana keluarga, jarang benar orang mahu bercerita tentangnya.
Kisah ini dikhabarkan seorang teman. Katanya kepada saya, "Kawan I ni lagi sedih. Dah kahwin lama, tiba-tiba baru tersedar bahawa rupa-rupanya suami dia dah lama ada pakwe. Bayangkanlah..."
Kisah begini, kadang-kadang si isteri akan dituduh, konon-konon berperangai 'teruk' kerana tiba-tiba sahaja membuat keputusan untuk berpisah dengan suami, yang konon-konon selama ini sangat baik kepadanya. Tentunya mulut orang akan berkata-kata. Dari fizikalnya tentulah sang isteri yang kelihatan jahat. Tetapi, siapalah tahu apa yang berlaku di sebaliknya. Takkanlah si isteri nak pukul canang sana-sini, nak hebahkan pada semua orang bahawa suaminya ada 'pakwe'. Kan memalukan? Tetapi inilah yang terjadi. Mungkin tidak hanya kepada rakan teman saya ini, tetapi banyak lagi wanita-wanita di luar sana yang terpaksa hidup begini.
Ada seorang anak perempuan yang pernah bercerita bahawa selamanya dia menyangkakan bahawa ibunya seorang isteri yang tak bertimbang rasa. Selamanya dia beranggapan bahawa ibunya tak berperikemanusiaan. Bila ayah dan ibu berpisah, dia pilih untuk tinggal dengan ayah kerana bersimpati pada ayahnya itu. Hinggalah satu hari, dia terserempak dengan ayah yang sedang 'berasmara' dengan teman lelaki yang selalu datang ke rumah mereka! Nauzubillah. Selepas itu, dengan perasaan yang jijik, si anak barulah mengerti mengapa tiba-tiba sahaja ibunya terlalu membenci kepada ayahnya itu.
Ya Allah ya Tuhanku, jauhkanlah gejala-gejala begini dalam keluarga kita semua. Kalau ada di antara kita yang berdepan dengan hal begini, seelok-eloknya tinggal sahaja pasangan kita itu. Sememangnya ada lelaki bertabiat 'homo' yang sengaja berkahwin untuk dijadikan topeng kelakuannya yang sebenar. Nauzubillah.

Saturday, March 24, 2012
Menapak Dengan Lebih Laju Lagi
Ada apa di kamar ini?
Salam
Pihak penerbit saya belum benarkan saya letak cover dan judul novel di blog saya ini. Huhu... terpaksa saya akur, maklumlah tak tahu bila novel itu akan siap dicetak. Katanya makan masa sebab banyak buku lain yang sudah beratur untuk disediakan untuk Pesta Buku. Jadi pihak pencetak sangat busy.
Tak apalah... mungkin saya boleh letakkan klu sikit-sikit.
Apa pun, pagi ni saya nak bersembang tentang hal-hal lain. Ada pembaca saya bertanya, "Kak Aina tak pergi berjalan-jalan ke? Ni dah masuk bulan Mac dah."
Alahai, kalau ikutkan hati, memang nak sangat berjalan-jalan, tapi malangnya suami saya kesibukan dan saya juga sibuk. Masih banyak urusan. Insya-Allah, mungkin lepas Pesta Buku saya akan 'berjalan-jalan'. Sudah ada perancangannya cuma nak cari masa yang sesuai aje. Selagi diizinkan Allah SWT, itulah yang ingin saya lakukan, 'berjalan-jalan'.
Pada pagi Sabtu ini, saya ingin berkata ini buat pembaca-pembaca blog saya. "Kalau anda ditimpa musibah atau kerumitan, janganlah anda panik dan bersangka buruk pada Tuhan, kerana insya-Allah, segala kesusahan itu akan digantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik dan indah. Percayalah."
Saya selalu menerima emel tentang rintihan hati orang-orang yang saya kenal dan tak kenal. Tak kisahlah sama ada kisah itu melibatkan 'kasih-sayang', melibatkan 'persahabatan', melibatkan keluarga, pekerjaan, kesihatan dan macam-macam lagi, termasuk kematian. Tentunya dalam hidup ini kita tak putus-putus akan mengalami kepayahan. Kadang-kadang, mungkin kita rasa yang diri kita tidak disayangi Tuhan dan kerana itulah kita ditimpa kesusahan. "Jangan begitu, sayang... percayalah bahawa Tuhan sayangkan kita, sebab itulah kita diajar untuk menjadi kuat, lebih bersedia dan matang. Tanpa kerumitan, kita tak mampu untuk berjuang di dunia fana ini."
Tak kisahlah anda tua atau muda, terus bersedia untuk berdepan dengan apa jua. Insya-Allah kita akan mampu untuk terus menapak dengan lebih laju lagi!
Relakslah di hujung minggu dan Wassalam.

Friday, March 23, 2012
Biarlah Hilang Semua Yang Kumiliki, Asal Masih Ada Kamu.
Salam
Pada tengah hari Jumaat yang mulia ini, itulah yang ingin saya ingatkan pada diri ini, mungkin anda semua. Biarlah hilang semua yang kita miliki, asal masih ada seseorang yang menyayangi kita. Kalau tidak pasangan kita, mungkin kawan baik, atau mungkin emak ayah kita, atau adik-beradik. Tak mungkin kita akan hilang semuanya, betul, kan? Tetapi yang penting, kita tetap ada Tuhan kita, insya-Allah. Dialah yang memberi kekuatan dan harapan buat kita.
Huhu... nak tahu? Inilah tagline di depan cover novel baru saya.
Tajuk? Tunggu sebentar... nanti saya akan letaknya.
Thursday, March 22, 2012
Hidup Penuh Dengan Ujian, Tapi Okey
Sekadar hiasan
Salam semua
Petang semalam, saya ke Seremban untuk melawat kawan baik saya yang baru sahaja melakukan pembedahan. Alhamdulillah dia okey sahaja, saya bersyukur. Semasa bertemu dengannya, dia bertanya, "Mak you macam mana? Okey ke?"
Saya pula membalas, "Alhamdulillah, mak I sihat. Sekarang ni mak I dah pun 76, tetapi masih cergas. Masih kuat memasak lagi."
Kawan saya tu memang biasa benar dengan ibu saya, kerana dulu semasa saya di Bangi, dia selalu datang ke rumah saya. Kadang-kadang, anaknya tumpang di rumah saya bila balik dari sekolah. Kami pun bersembanglah tentang ibu saya. Kawan saya tu dah lama kehilangan ibunya. Kata saya lagi, "Sekarang ni saya dah biasa benar dengan ibu saya dan insya-Allah, dia tak akan tinggal dengan anak-anak yang lain lagi. Dia memang senang tinggal dengan saya. Dia pun seronok di rumah saya kerana ada cicit-cicitnya. Budak-budak kecil buat dia bertambah semangat. Alhamdulillah."
Memang benar, saya rasa bersyukur kerana ibu saya tinggal dengan saya. Banyak hikmah dan barkatnya, alhamdulillah.
Kebetulan, kawan saya bercerita lagi. "You ingat tak Yati? Kawan kita yang kerja di Pejabat Bendahari?"
"Kenapa dengan dia?" soal saya lagi.
"Semalam, anak dia meninggal dunia. Accident. Baru 26 tahun umur dia."
Tentunya saya terkejut. Suatu ketika dahulu, kami sama-sama muda dan sama-sama melayan kerenah anak-anak. Yati hanya mempunyai satu-satu anak itu dan saya sungguh bersimpati di atas kehilangannya itu. Semoga Allah SWT memberi dia kekuatan untuk teruskan perjalanan. Sesungguhnya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ini.
Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, setiap apa sahaja musibah yang menimpa kita, ada sebabnya dan kemungkinan besar kita akan melihat kepada sebab itu bila kita fokus dan fikirkan tentang apa yang berlaku pada kita. Insya-Allah, segala kesusahan yang menimpa pada kita akan membuatkan kita bertambah dekat dengan Allah SWT. Tuhan menguji iman kita dan kerana itulah kita menempuhi keadaan itu. Tuhan sayangkan kita kerana Dia mahu kita dekat pada-Nya.

Wednesday, March 21, 2012
Percaya Pada Magis?
Salam
Percayakah anda bahawa dalam hidup kita ni, kadang-kadang macam ada magis yang terjadi? Ada perkara luar biasa, atau pun sesuatu yang tak terduga di akal, tapi ia berlaku? Saya percaya bahawa dengan kuasa Tuhan, insya-Allah, magis itu mampu berlaku dalam hidup kita. Saya dah mengalaminya beberapa kali. Kadang-kadang bila dah terlalu putus asa, ia akan terjadi. Masya-Allah, betapa hebatnya kuasa Allah SWT.
Paling hebat, saya mengalaminya di kota Mekah dan di kota Madinah. Paling hebat, ketika berada di depan Ka'abah. Pernah suatu ketika, semasa saya di depan Ka'abah, (ketika mengerjakan umrah berbelas tahun yang lalu), saya melihat pada langit ketika itu dan terasa seolah-olah langit terlalu dekat dengan saya. Saya berkata kepada mutawif yang membawa rombongan kami, "Ustaz... kat sini selalu tak hujan?"
Kata ustaz itu, "Sekarang ni bukan musim hujan. Memang hujan tak akan turun lah, kalau turun tu... memang pelik benar lah."
Mungkin sekitar dua puluh minit selepas itu, dan kami sedang bersolat Asar bila hujan turun dengan begitu lebat sekali hinggakan kawasan masjid banjir. Saya dan suami, kami tersenyum. Betapa hebatnya kuasa Tuhan, hinggakan manusia tak boleh menduga apa-apa. Sekalipun bukan musim hujan, seperti magis, hujan boleh turun sehingga membanjirkan. Saya dan suami, kami terus berada di masjidil haram, menghayati suasana hujan yang lebat itu.
Begitu juga ketika saya tercicir jam tangan ketika berada di Mekah. Saya tak tahu di mana saya tertinggal jam tangan saya itu, tetapi saya sangat sayang pada jam itu kerana ia adalah pemberian suami saya. Puas saya mencari dalam bilik, dalam beg, dalam beg tangan dan di merata-rata tempat, tapi tak jumpa. Bila subuh, ketika berdepan Kaabah, saya berdoa agar jam tangan saya itu dapat saya temu kembali. Setelah selesai solat, saya kembali ke bilik dan terus sahaja membuka beg pakaian saya dan terus saya jumpa jam tangan saya itu. Pada hal, sudah berkali-kali saya mencari di tempat yang sama. Bagi saya, memang macam 'magis' dan hanya Tuhan sahaja yang boleh lakukan itu untuk umat-Nya.
Malah, dalam hidup kita seharian, ada ketika memang kita rasakan seolah-olah ada magis. Paling terasa bila kita berada dalam kesempitan atau dalam keadaan yang memerlukan. Ketika itulah kadang-kadang kita tak mampu untuk lakukan apa-apa, kecuali untuk berdoa sahaja. Alhamdulillah, sudah berkali-kali saya mengalami keadaan seperti ini, di mana tiba-tiba sahaja segala yang rumit, segala yang payah, segala yang susah, Tuhan permudahkannya dan tiba-tiba saya terasa segala-galanya sudah terurus. Yang susah jadi senang, yang payah jadi mudah. Alhamdulillah.
Sudah berkali-kali saya mengingatkan diri saya dan juga kepada anda semua, percayalah bahawa sekiranya anda berdepan dengan kesusahan (apa jua sekalipun), jangan terlalu panik. Ushakan untuk menyelesaikannya dan berdoalah pada Tuhan, insya-Allah, doa kita dimakbulkan. Semoga 'magis' yang kita mahukan itu akan terjadi pada kita.
Wassalam.
Tuesday, March 20, 2012
Ada Yang Sayang, Ada Juga Yang Benci
Salam
Iyalah, drama KLB dah habis dah malam tadi untuk kali ketiga ulang tayangnya. Saya tak tengok pun. Kebetulan malam tadi juga saya dikhabarkan bahawa pengarah drama KLB (Apache) telah mengarah drama di Astro berjudul Cinta Si Tukang Kasut (tak sure title dia) tapi Ayu Raudhah berlakon dengan Remy Ishak. Ada lagu background drama KLB yang dimainkan untuk drama di Astro ni. Maklumlah, pengarahnya yang sama, kan. Apa-apa pun, bagi penggemar drama KLB dan followers nya, saya pasti RTM2 akan ulang tayangkan lagi... tapi tunggulah lagi 6 bulan kot. Huhu... saya tak tengok sekali pun kali ini, tapi saya tahu sebab lepas aje drama tu, ramai yang masuk kat blog saya ni. Bila pagi macam ni, saya nampak hits nya yang naik mendadak.
Okeylah, pagi ni saya nak berbual tentang hal lain pula. Ada orang yang bangkitkan pada saya. Dia berkata pada saya, "Kak Aina, kenapa dalam hidup kita ni, ada sahaja orang yang benci pada kita. Pada hal kita dah cuba sebaik mungkin supaya tak bermusuh dengan orang."
Aduhai sayang oi, bukan senang untuk elak dari semua ni. Alangkan Nabi junjungan kita, Muhammad S.A.W., sebaik-baiknya insan yang dijadikan Tuhan, masih ada musuhnya, masih ada yang membencinya, apatah kita manusia biasa yang serba kekurangan ini. Buatlah macam mana pun, akan ada yang membenci kita, akan ada yang sakit hati dengan kita, akan ada yang memusuhi kita. Saya pasti tak ada manusia di dunia ini yang tak ada orang membencinya, kecuali mungkin dia tidak punyai apa-apa untuk menjadi orang lain benci padanya. Wallahua'lam.
Iya sungguh, bila ada orang sayang pada kita, akan ada juga mereka yang benci pada kita.
Memang payah untuk saya jelaskan mengapa manusia ini suka membenci. Mungkin perasaan 'sakit' itu selalu berada di sanubari, bukan sakit apa-apa tetapi sakit hati. Mungkin juga tahap kesabaran manusia ini terlalu tipis, kecuali bagi orang yang betul-betul kuat dan beriman. Bukanlah bermakna kita tidak beriman bila suka membenci orang, tetapi tahap itu tidak setinggi mana. Huhu.
Sebab itulah, rata-rata bila kita mempunyai kawan, kita juga mempunyai lawan. Ramai yang memusuhi dan membenci. Tetapi, paling takut kalau kita mempunyai teman yang rupa-rupanya bukan kawan tetapi lawan. Memang membimbangkan kalau ada orang berpura-pura untuk berkawan dengan kita tetapi sebenarnya dia juga membenci kita. Orang kata, dia bak 'musuh dalam selimut'. Yang ini memang membebankan. Kadang-kadang, bukan hanya teman tetapi saudara-mara kita sendiri. Memang ada manusia di dunia ini jenis suka mengambil kesempatan. Bila kita ada, dia datang. Bila kita kurang ada atau tak ada apa-apa, dia pun benci sangat-sangat pada kita. Paling takut, bila dia jadi musuh kita bila sedar yang kita lebih daripada dia.
Memang ramai yang berkawan tidak ikhlas. Kalau ikhlas, 'sakit hati' tak ada pada teman kita sendiri. Yang ada hanyalah simpati. Kerana kita menyayangi teman, kita tak akan terasa benci. Biar dia lebih atau kurang daripada kita, dia tetap kawan kita. Tak payahlah kita benci.
Saya sekadar bercerita sahaja tentang apa yang ada di hati teman-teman yang merungut ni. Apa pun, biarlah kita belajar untuk bersabar menerima segala macam orang di sekeliling kita. Biar orang benci dan tabur fitnah, kerana kalau kata-katanya tak benar, maka dialah yang akan terima padahnya nanti. Wallahua'lam.
Saya berterima kasih kepada mereka yang hantar SMS dan juga emel. Bertanya khabar, menjemput saya ke tempat mereka, bertanyakan tentang novel baru saya. Semoga anda semua (termasuklah semua pembaca blog saya ini) selamat dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Ameen.
Wassalam.
Monday, March 19, 2012
Kuala Selangor - Memang Bestlah!
Gambar di Bukit Melawati - cilok dari google
Salam
Semalam, sehari suntuk saya di luar. Mula-mula, kami ke Sungai Buloh, menghadiri majlis perkahwinan anak kawan lama. Malah, kawan saya tu juga orang kampung saya. Rumah dia di depan rumah saya (masa di kampung dulu) dan mungkin kerana dia juga, saya bersemangat tinggi nak masuk universiti. Dulu, memang tak ada orang kampung saya yang ke universiti dan dialah orang pertama. Masa saya di tingkatan enam, dia banyak pinjamkan saya buku-bukunya. Malah, semasa saya di kampus UM, dia selalu datang menjenguk saya. Masa tu dia dah pun bekerja. Sebab itulah saya tak pernah miss hadir majlis perkahwinan anak-anaknya. Begitu juga dia. Anak-anak dia semuanya dah besar panjang, handsome dan cantik-cantik, juga pandai-pandai belaka. Alhamdulillah. Saya juga bersyukur kerana hingga ke hari ini, kami tak pernah putus hubungan. Keluarganya dan keluarga saya terus rapat.
Selepas majlis itu, kami beramai-ramai pergi ke Kuala Selangor. Siap melepak kat kawasan perkampungan nelayan, minum air kelapa pandan (sedap giler), makan laksa utara, makan karipap panas dan pulut panggang. Aduhai... terasa macam dah sampai ke utara. Memang dah lama benar kami tak ke sana dan adik sayalah yang beria-ia ajak kami ke Kuala Selangor tu. Lepas tu, kami ke pasar dan beli ikan fresh.
Memang tak rancang pun, tapi kami siap naik tren dan pergi ke Bukit Melawati. Main pulak dengan monyet dan lotong-lotong yang bersepah-sepah kat kawasan tu. Kami bawa Firas sekali dan dia suka giler. Siap tak nak masuk kereta bila tiba masa kami nak keluar dari kawasan tu. Masa nak balik pulak, kami singgah kat sebuah restoran ni dan makan pulak mi udang kaw-kaw! Memang bestlah. Biasanya bila kita tak rancang, itulah yang menariknya. Firaslah paling suka, sebab dia dapat tengok ayam kampung, itik serati, ayam turki dan macam-macam lagi kat kat kawasan restoran tu. Setiap kali kami lalu dekat masjid, dia sibuk angkat tangan nak azan. Lucu betul.
Saya memang hendak sangat ke Kuala Selangor tu sebab ada perancangan untuk novel saya yang akan datang ni. Lokasi itu memang menarik dan sekarang ini memang tempat itu kelihatan sangat maju, jauh berbeza dari dulu-dulu. Dulu-dulu, saya memang sangat rajin ke sana, tapi sekarang ini memang dah lama tak ke sana. Insya-Allah, kami akan pergi lagi. Tentunya saya akan pergi lagi sebab banyak benda yang saya nak cari.
Okeylah, pagi ini tak ada apa sangat yang saya nak bercerita, cuma nak sampaikan kisah saya saya ke Sungai Buloh dan ke Kuala Selangor. Dari Nilai dah tak susah nak ke sana. Ada Guthrie Highway dan ada Latar highway, sangatlah mudah. Jadi... memang tak ada hal walaupun kami tinggal di Nilai. Nak ke sana sekitar kurang dari sejam, pada hal semalam ialah hari Ahad dan jalan raya sangat sibuk.
Okey Kuala Selangor, saya akan ke sana lagi, insya-Allah.

Sunday, March 18, 2012
Perangainya Buruk Giler. Boleh Berubah Ke?
Sekadar hiasan
Salam
Tak tahulah kenapa, tiba-tiba terfikir pula saya tentang perangai buruk orang, tak kiralah lelaki atau perempuan. Kalau dia memang jenis berperangai buruk tahap gaban, senang ke nak berubah jadi baik? Huhu... saya cuba bayangkan.
Memang saya pernah cerita tentang perangai orang yang tak elok ni, satu hari mampu untuk berubah. Tapi biasanya, tak cepat mana perubahan itu berlaku. Biasanya kalau perangai orang tu buruk sejak budak-budak lagi, bila dewasa perangainya masih 'maintain' macam tu. Kalau nak berubah pun bila umurnya dah meningkat, mungkin selepas 40-an atau 50-an. Itu pun kalau nak berubah. Ada juga mula insaf bila dah lanjut usia, mungkin lebih 70 tahun atau 80 tahun. Ada tu, memang tak pernah insaf sampai bila-bila, hanya Tuhan yang tahu. Tapi... memang jarang benar kita dengar orang yang buruk perangai semalam, esok terus berubah jadi baik. Nak berubah ni biasanya makan masa jugak. Biasanya juga, ada sesuatu yang buat dia insaf dan mahu berubah.
Bayangkanlah, kalau seorang lelaki ni, masa mudanya kaki perempuan, atau mungkin baran dan suka memukul termasuk perempuan, atau mungkin kaki judi dan kaki minum, takkan tiba-tiba bila kahwin aje terus jadi baik? Cuba anda fikirkan, pernahkah anda berjumpa dengan lelaki yang perangainya macam malaun, tiba-tiba berubah jadi 'hero' serta-merta? Logik ke?
Mungkin ada kot yang terjadi macam tu, tapi mesti ada sebab yang kuat sangat-sangat. Bagi saya yang hidup dah agak lamalah jugak, memang saya tak berapa nak percaya yang orang berperangai buruk ni boleh berubah serta-merta. Memang payah giler! Makan masa yang lama dan biasanya bila umurnya dah meningkat, barulah kita melihat perubahan padanya. Itu pun kalau memang dia nak berubah.
Kalau anda memilih untuk mengambil calon pasangan anda daripada mereka yang mempunyai perangai buruk ni (kaki perempuan, kaki minum, kaki judi, kaki dadah, kaki pukul), saya nasihatkan anda supaya jangan bermimpi untuk dapat seorang 'hero' dalam hidup anda. Memang tak akan jadi. Kalau anda ambil juga 'si dia' yang begitu untuk jadi suami, maka anda perlulah jadi orang 'kuat' yang sanggup bertahan untuk tempoh yang lama. Tidak mudah untuk orang berubah begitu sahaja. Kalau awal-awal lagi kita dah tahu yang dia mempunyai 'perangai' buruk tu, eloklah kita elakkan daripada jadikan dia suami kita walaupun kita pernah dengar tentang hal orang yang boleh berubah ni. Sebenarnya memang tidak mudah untuk orang berubah begitu sahaja, sekalipun yang perempuan itu mempunyai perangai yang baik.
Perubahan hanya mampu berlaku bila dirinya mahu berubah. Bukan kerana orang lain. Kadang-kadang, mereka akan berkata bahawa mereka akan berubah, tetapi itu hanyalah kata mulutnya sahaja. Hatinya tidak bersedia. Jadi, janganlah kita terperangkap dengan kata-katanya, kerana akibatnya ialah 'MERANA'.
Begitu juga dengan lelaki. Kalau anda mengenali seorang wanita yang perangainya memang 'teruk' dari dulu lagi, tak usahlah anda harap perangainya mampu berubah sekelip mata. Kalau si perempuan tu kaki minum, pernah aktif dengan hal-hal dadah, tidur sana-sini tak kira dengan siapa, jangan haraplah dia akan berubah jadi seorang ustazah dalam sekelip mata. Memang tak mudah.
Apa yang ingin saya katakan di sini ialah kita jangan terlalu mudah percaya bahawa manusia yang berkelakuan yang menjengkelkan ini mampu berubah bila pilih untuk berkahwin dengan kita. Ia hanyalah satu ilusi yang mungkin tak akan terjadi dalam hidup kita. Janganlah kita biarkan hidup kita dibayangi dengan sesuatu yang tak akan terjadi dan terus tunggu mengharapkan agar sesuatu 'itu' akan mampu berubah. Elakkan diri anda daripada jatuh cinta dengan mereka yang tak mampu untuk jadi 'hero' atau 'heroin' anda.

Saturday, March 17, 2012
Filem Bukan Sekadar Hiburan Murah
Lakonan yang terasa real
Salam semua
Malam tadi, akhirnya saya pergi juga menonton 'Bunohan' di panggung wayang. Memang dah lama benar tak masuk panggung, risau juga takut tertidur, maklumlah biasanya saya memang begitu, suka tertidur kat dalam panggung wayang.
Okeylah, mungkin ada yang ingin tahu apa saya rasa lepas menonton filem itu. Bagi saya, 'Bunohan' arahan Dain Said telah berjaya menarik perhatian saya. Saya tak tidur kat panggung wayang dan lepas tonton, saya masih teringat-ingat banyak 'scene' dalam kepala saya. Jalan ceritanya memang menarik, sinematografinya memang kelas, lakonan watak-watak juga sangat baik. Malah tak ada apa sangat yang menjengkelkan pada karya yang dibentangkan ini. Bagi saya, ia adalah sebuah penceritaan tentang sekumpulan manusia yang bergelumang dengan aktiviti-aktiviti 'non Islamik' seperti berjudi, bergaduh, berbunuh, berdendam, berzina dan merampas harta orang lain. 'Bunohan' merupakan satu cerita tentang hal-hal manusia hari ini, yang sanggup lakukan apa sahaja untuk kepentingan diri. Hilang rasa sayang dan kasih kerana mahukan sesuatu. Adik-beradik yang tak ada rasa kasih, antara anak-anak dan ayah yang tiada kasih dan hormat. Antara kawan yang sanggup jadi lawan dan tikam dari belakang.
Filem 'Bunohan' mempunyai banyak maksud yang tersirat dan saya percaya, mungkin ramai rakyat jelata yang tak akan menghargai filem ini kerana mereka kurang faham dengan apa yang dibentangkan. Tetapi, saya juga percaya, siapa sahaja boleh menontonnya. Apa yang perlu mereka lakukan ialah menonton dan kemudian fikirkan tentang banyak hal yang dibangkitkan dalam 'Bunohan' ini. Saya berpuas hati menontonnya kerana memang payah nak jumpa filem Melayu yang membuat kita rasa hidup dalam ceritanya. Kalau boleh, biarlah banyak lagi filem Melayu yang akan hadir dengan kualiti penceritaan dan pembikinannya yang baik begitu. Saya tak rasa malu untuk menonton 'Bunohan', tak seperti sesetengah filem Melayu yang kadang-kadang buat kita rasa mual.
Keluar dari panggung, fikiran saya macam melayang-layang, seolah-olah dah masuk dalam hutan lalang dan hutan belukar dalam air, sama seperti kat dalam filem tu.
Mungkin Dain Said boleh fikirkan tentang pembikinan sebuah filem yang baik tetapi juga mudah difahami rakyat jelata. Semoga 'orang kita' tidak hanya ke panggung wayang untuk mencari sekadar hiburan yang murah.

Friday, March 16, 2012
Nak Kahwin, Biar Tahu Latar Belakangnya
Sekadar hiasan
Salam
Dalam blog saya ini memang tak putus-putus saya berkongsi cerita tentang kehidupan termasuklah kisah mencari jodoh dan hidup berpasangan. Sebabnya ialah ini adalah kehidupan kita. Tak ada siapa-siapa pun dalam dunia ni yang mahu hidup seorang diri. Kalau ada, mungkin dia ada masalah jiwa. Malah, dalam Islam pun memang kita disuruh untuk berkahwin dan kerana itulah sangat penting untuk kita berusaha untuk pastikan kita berkahwin. Namun demikian, seperti yang saya katakan berulang-ulang kali, ada ketika jodoh kita memang berat dan memang ramai juga yang hidup di dunia ini tidak berkahwin hingga akhir hayat. Pun begitu, mereka tidak hidup seorang diri, mungkin ada ahli keluarga dan juga kawan-kawan yang menemani mereka. Wallahua'lam.
Tak ada siapa-siapa yang mahu hidup dan berasa sunyi. Tentunya kita akan berasa sunyi bila tak ada teman yang juga merupakan pasangan kita. Dalam pada itu, kadang-kadang memang lebih baik kita tak berpasangan daripada berpasangan yang tak dapat membuat kita bahagia. Betul tak? Bila kita berkahwin, tak semestinya kita akan bahagia. Ada kala, lebih tidak membahagiakan bila kita punyai pasangan hidup. Apa gunanya kita berpasangan kalau pasangan kita tak macam orang lain? Memang ada manusia di dunia ini yang begitu, yang pentingkan diri mereka sahaja. Baginya mungkin, hidup berkahwin hanya sekadar trend atau apa yang dituntut masyarakat, namun dalam hal ini, mereka tak ambil kisah tentang tanggungjawab yang harus dipikul berserta 'perkahwinan' itu. Inilah masalah besar yang dihadapi banyak orang. Tanggungjawab. Terlalu ramai manusia yang tidak kenal apa itu tanggungjawab. Bila berkata tentang 'kahwin' mereka berebut-rebut mahu berkahwin, tetapi bila 'tanggungjawab' diperkatakan, mereka buat-buat bodoh seolah-olah itu bukan soal mereka!
Memang meletihkan bila kita dengar kisah pasangan yang tidak tahu untuk bertanggungjawab. Bukan sekadar makan minum dan tempat tinggal, tetapi kasih sayang juga diabaikan. Bagi mereka, berkahwin adalah sesuatu yang membebankan. Tetapi mereka juga yang pilih untuk berkahwin. Mungkin apa yang mereka mahukan ialah perkahwinan yang tidak ada komitmen. Kahwin mahu, komitmen tak mahu!
Mungkin kita berasa hairan, kan? Tetapi dalam hal ini, mungkin ada yang berkelakuan begitu kerana latar belakang mereka memang begitu. Saya pernah melihat sebuah keluarga yang hidupnya tak mahu bertegur sapa dengan ahli keluarga di sebelah 'suami' termasuk emak dan ayah suami. Bagaikan terputus hubungan keluarganya dengan keluarga suami. Malah, anak-anak tak kenal pun pada datuk dan nenek mereka, pada hal datuk dan nenek tinggal di tempat yang sama, tidak jauh jaraknya dan kedua-duanya masih hidup. Bila anak-anak besar, mereka berkahwin, tetapi malangnya mereka tidak tahu menjalankan tanggungjawab, kerana mungkin seumur hidup mereka, mereka telah didedahkan kepada hal-hal yang tak perlu laku tanggungjawab. Paling malang, bila anak-anak tak bertanggungjawab, ibu dan ayah pula cuba menutup 'belang' dan berpura-pura mereka tidak melihat kelakuan anak-anak mereka.
Kepada mereka yang mahu mencari jodoh, pastikanlah anda tahu latar belakang bakal calon yang anda mahu pilih itu. Biarlah mereka tidak kaya asal tahu tanggungjawab. Biarlah mereka tidak berpelajaran tinggi asal tahu hukum-hakam agama. Bagi saya, sangat penting kita tahu latar belakang bakal 'orang' yang mahu kita pilih sebagai suami atau isteri.
Wallahua'lam.

Thursday, March 15, 2012
Bila Mencari Jodoh
Sekadar hiasan
Salam Khamis kepada anda semua
Sesungguhnya, kita tak akan tahu apa akan terjadi pada kita sekejap lagi atau esok pagi. Huhu... apa ni? Inilah realitinya. Walaupun kita mengharapkan sesuatu, tetapi sesuatu itu tak semestinya datang kepada kita. Hanya Tuhan yang tahu. Ini bukan sebahagian dari manuskrip atau skrip drama, tetapi sesuatu yang akan terjadi kepada kita semua, tak kisahlah sama ada kita bijak atau tidak, kaya atau tidak, muda atau tidak.
Bila sentuh pasal jodoh, kadang-kadang boleh jadi cerita kelakar atau cerita sedih. Ada orang pernah melihat bakal pasangannya masa dia kecil lagi, tetapi tak terfikir pun bahawa apa yang dilihatnya itu satu hari nanti akan menjadi bakal suami atau isterinya. Tahu-tahu, bila berada di alam dewasa, dia bertemu kembali dengan orang yang pernah dilihatnya masa kecil dulu. Rupa-rupanya Tuhan sudah sediakan teman jodohnya sejak dulu lagi. Ada orang pula, sejak dulu lagi sudah mengaharapkan satu-satunya si dia untuk dijadikan pasangan hidup. Sejak dulu lagi dah tunggu-tunggu, tetapi sampai masa, jodoh tiada di situ.
Ada juga kisah pertemuan jodoh dan diharapkan kebahagiaan hingga akhir hayat, tetapi ribut tsunami datang menghapuskan segala kasih-sayang yang ada lalu tinggalkan hati menjadi gurun tak berpokok lagi. Begitulah hidup kita di dunia ini. Kita tak akan tahu apa yang akan terjadi pada diri kita ini suatu hari nanti.
Pun begitu, ada orang menjadi begitu 'teruja' bila dia bertemu dengan sesuatu yang diidamkan hinggakan tak peduli apa orang lain berkata tentang 'si dia'. Tak kisah apa sahaja, dia tetap mahukan yang satu itu. Maka berkahwinlah mereka. Bila dah kahwin, bertambahlah hebat yang dirasakan, maklumlah 'si dia' memang kacak giler. Kalau boleh biar satu dunia tahu tentangnya. Malang pula, belum sempat berbulan madu, angin besar dah datang meniup, menumbangkan segala pokok kelapa, pokok getah yang ada. Si dia entah ke mana-mana, menghilang diri bagaikan diangkut orang bunian. Tinggallah hati dan jiwa tidak berisi lagi, bagaikan terobek besar dan payah hendak ditutup. Aduhai... kecewanya.
Mungkin memang beginilah kita, kan? Ada ketika kita terasa bagaikan dunia ini penuh dengan pelangi yang berwarna-warni, tapi ada ketika, bagaikan setiap hari mentari tak akan keluar, terus menyorok, tak suka pada bumi. Hanya tinggal awan mendung. Yalah... pelangi pun bukannya ada, kan? Sekadar dapat dilihat sahaja.
Okeylah, bagi mereka yang sedang mencari jodoh, carilah. Biarlah kita relaks-relaks, jangan berebut, kerana kalau dah memang jodoh kita ada, akan datanglah dia. Kalau bukan, maka memang tak ada. Sekalipun dah bertemu jodoh, tak semestinya dia akan kekal hingga ke akhir hayat. Harap-harap, kekallah.

Wednesday, March 14, 2012
Pandanglah Pada Cermin
Sekadar hiasan
Salam
'Gruesome', itulah perkataan Inggerisnya untuk menggambarkan sesuatu yang dahsyat lagi mengerikan, yang mungkin akibat dari sebuah kematian, kemalangan atau apa-apa jenayah yang menakutkan. Tetapi inilah gambar yang kita selalu tengok di TV dan juga di muka surat khabar. Tak habis-habis cerita bunoh, cerita culik, cerita rompak. Paling malang bila kisah ini menceritakan anak-anak kecil yang tak tahu apa-apa tetapi menjadi korban keganasan manusia di sekelilingnya. Apakah manusia hari ini, kian hari menjadi kian tak berperikemanusiaan? Ramai yang punyai perangai teruk dari binatang. Sedih, kan? Tapi inilah realitinya.
Takziah buat mereka yang berdepan dengan kekejaman seperti ini.
Dalam pada itu, di luar negara pula, banyak berita-berita sedih yang kita lihat yang dilakukan oleh ketua negara mereka. Misalnya di Syria. Setiap hari ramai yang mati akibat manusia yang tamakkan kuasa. Kita juga melihat berita tentang 'keangkuhan' manusia yang dikatakan datang dari USA. Mereka boleh lakukan apa sahaja dan bebas untuk lakukannya kepada siapa sahaja. Maklumlah, mereka dikatakan manusia yang paling hebat lagi bertamadun di dunia ini. Negara seperti Afghanistan dipijak-pijak dan agama Islam menjadi mainan mereka.
Pun begitu, masih banyak negara yang berdepan dengan soal kemiskinan tahap 'gaban'. Miskin yang tak ada tempat tinggal dan tak ada makan minum. Di negara-negara Afrika seperti Somalia, malah negara India yang semakin maju juga masih berdepan dengan hal yang sama. Masih terlalu ramai manusia di dunia sedang hidup dalam kemiskinan yang 'bukan-bukan'.
Kalau difikirkan, mungkin tak perlulah kita risau sangat tentang hal-hal dunia ini, kerana kita hidup di sini sekadar sementara sahaja. Yang menjadi akhir buat kita ialah 'dunia akhirat' nanti. Di sanalah kita akan berlama-lama. Tetapi, itu bukan caranya. Allah SWT memberi kita peluang untuk hidup di bumi ini agar kita menjadi manusia yang mampu untuk lakukan kebaikan bagi penyediaan di akhirat nanti. Kalau buruk hidup kita di bumi ini dari segi akhlaknya, maka payahlah yang akan berdepan dengan kita nanti. Akhlak kita 'cover' macam-macam, termasuk apa-apa yang kita buat, apa yang kita katakan dan tentunya tanggungjawab kita sebagai manusia.
Setiap masa kita ada harganya. Dengan itu, janganlah kita sia-siakannya dengan melakukan sesuatu yang tak berguna. Kalau kita lakukan yang baik-baik masa kita hidup, maka ganjarannya juga besar di akhir nanti. Tapi, baik-baik tu macam mana? Baik untuk siapa?
Mungkin elok kalau kita fikirkan hal-hal ini pula. Apa yang perlu kita lakukan untuk kekal jadi uamt Islam yang disayangi Tuhan kita? Takkan kita nak jadi manusia yang tamak, yang gilakan material semata-mata, yang sanggup lakukan apa sahaja atas nama nak kaya dan kuasa?
Kita pandang pada cermin dan lihatlah wajah kita. Mungkin kita akan melihat jawapannya. Insya-Allah. Jangan pula kita lupa bahawa pintu Taubat sentiasa terbuka buat kita semua. Kalau rasa ada salah silap yang kita lakukan di muka bumi ini, mintalah ampun pada Yang Satu itu, agar kita berasa tenang setiap hari.

Tuesday, March 13, 2012
Buat Filem Macam Lepas Batuk Kat Tangga
Salam
Semalam, blog saya memang sibuk gila. Mungkin sebab saya komen tentang filem Melayu dan juga mungkin kerana drama Kau Laksana Bulan (episod ke 12 kot) di TV2 malam tadi. Apa pun, saya tak sangka yang fan2 drama ni siap ada Facebook untuk drama KLB ni. Aduhai... siapa nak jenguk bolehlah. Link nya ada kat bawah ni.
http://en-gb.facebook.com/pages/Kau-Laksana-Bulan-TV2/147858478576970?sk=wall&filter=1
Saya pun baru tahu pasal link ni. Okeylah, kira macam not bad jugaklah kan sebab drama tu dah tiga kali diulangtayangkan. Minggu depan, episod terakhir.
Alhamdulillah, sehingga hari ini, masih ramai yang suka dengan novel KLB ni. Malah, tak pernah lagi KLB mengalami kesulitan untuk menjual novelnya walaupun dah berpuluh kali ulang cetak. Ada member kata pada saya, "KLB ni ada hantu kot." Hahaha... hantu apa saya pun tak tahulah. Mungkin ia menghantui sesetengah orang kot.
Bagi saya, KLB sama saja macam novel-novel saya yang lain, ada kelainannya, ada kekuatannya dan juga ada kekurangannya. Tidaklah jauh lagi hebat dari novel saya yang lain. Mungkin ceritanya kena dengan ramai orang kot, itulah ramai yang suka.
Buat masa ini, saya sedang fikirkan manuskrip akan datang saya. Tentu saya nak cari kelainan lagi. Mungkin saya akan cari jalan untuk lakarkan cerita yang mempunyai jalan cerita pelik. Hahaha... pelik macam mana? Tak tahu lagi.
Semalam, saya habiskan banyak masa menonton 'pembikinan' filem Bunohan di Youtube. Apa yang saya lihat, sesuatu yang sungguh lain daripada yang lain. Saya tak tahu lagi apa yang menariknya cerita ini, tetapi setakat yang saya lihat, ia kelihatan berbeza. Aktor-aktor terpaksa bercakap loghat Kelantan, siap kena belajar tomoi, masuk dalam air kotor, gali kubor, macam-macam yang buat kita rasa teruja.
Okeylah... kalau anda minat cerita hantu, cuba anda cari filem berjudul 'The Woman in Black', sebuah cerita hantu dari UK. Cerita ini dah dibuat kali kedua. Kali pertama dulu pun menakutkan, yang baru ni pun menakutkan. Bagi saya, kalau kita nak buat cerita hantu, biarlah terasa 'takut' atau 'ngeri' nya, jangan buat cerita hantu 'bodoh', yang takut tidak tapi terasa macam bodoh aje. Hahaha... bukan nak perli siapa-siapa, tapi memang inilah realitinya, biar kita buat sesuatu itu bersungguh-sungguh. Jangan ikut suka hati aje. Orang buat, kita pun buat, tapi kita buat ala kadar aje, macam lepas batuk kat tangga.

Monday, March 12, 2012
Filem Melayu Yang Membodohkan Orang Melayu
Salam semua
Minggu lepas, kalau tak silap saya, pada hari Khamis, saya telah menonton program untuk wanita di sebuah stesen swasta dan hos program tersebut berbual bicara dengan seorang penerbit filem, yang filemnya sedang ditayangkan sekarang ini dan dikatakan kutipan penjualan tiketnya sangat baik. Filem yang dimaksudkan merupakan sebuah genre 'lawak' dan ia adalah sambungan kepada filem yang pernah ditayangkan sebelum ini. Sebelum itu, saya ada juga melihat 'making' filem itu, tetapi tak pasti jalan ceritanya, kerana tak melihat semuanya.
Hari Ahad pula, saya membaca komen seorang penulis 'surat khabar arus perdana' tentang filem 'humor' yang dimaksudkan itu. Dari komennya, saya dapat bayangkanlah jalan cerita yang disusun oleh penulis skrip dan pengarah filem berkenaan. Mengikut komen penulis surat khabar itu, filem yang ditayangkan itu sungguh menjengkelkan kerana dengan sengaja, jalan cerita itu mempersendakan 'mentaliti' orang Melayu. Mengikut kata penulis artikel, mereka yang membuat filem itu telah mengguna kepala lutut dan bukan otak untuk berfikir!
Aduhai... saya membaca artikel itu dengan perasaan yang sedih, kerana memang saya tak suka kalau ada orang Melayu sengaja mahu mencari keuntungan dengan membuat 'karya' yang membodoh-bodohkan orang Melayu. Tak cukupkah dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini? Orang Melayu hari ini dipenuhi dengan hiburan 'lawak bodoh' sampaikan kadang-kadang tak boleh diterima akal. Sudah itu, orang Melayu berasak-asak membuat filem-filem lawak dan hantu, cuba membodohkan lagi orang Melayu. Kesiannya pada orang Melayu. Seperti kata penulis berkenaan, yang membuat cerita, yang berlakon dan yang menonton, semuanya orang Melayu, tapi kenapa tak rasa segan dan malu kerana sanggup menghina bangsa sendiri?
Mengikut kata penulis, jalan cerita yang tidak ada mesej positif itu, seolah-olah menggambarkan betapa 'bodohnya' orang Melayu dan sanggup lakukan apa sahaja asal dapat duit!
Alahai... jawapnya tak akan saya menonton cerita ini. Setelah selesai membaca artikel itu, saya menjadi bertambah sedih kerana terasa bahawa orang-orang kita memang tak sayang bangsa. Sudahlah dengan sengaja memaparkan kisah-kisah 'mat rempit' seolah-olah dunia orang Melayu memang penuh dengan hidup mat rempit yang suka berangan-angan! Kalau tengok kat TV pun sama aje, tak sudah-sudah dengan cerita 'mat rempit', lepas tu kita sibuk dengan masalah 'mat rempit'. Agaknya memang ramai jugak yang guna kepala lutut untuk berfikir.
Saya tak sabar nak menonton filem 'Bunohan' yang dikatakan sangat bagus. Harap-harap saya akan berpuas hati nanti, insya-Allah.
Scene dalam filem Bunohan
Wassalam

Sunday, March 11, 2012
Mencari Cinta Di Tempat Yang Salah
Salam semua
Sambil bersantai di pagi ini, ingin saya bicarakan satu hal ini, tentang bagaimana kita semua cuba mencari cinta bagi mencapai kebahagiaan yang kita impikan. Kata peribahasa orang putih, "Looking for love in all the wrong places." Begitulah kadang-kadang yang terjadi pada kita. Kita mencari kasih atau cinta di tempat yang salah. Mungkin tidak disengajakan, tetapi ada ketika kita tidak melihat apa yang kita sangkakan baik itu. Bila kita rasa elok, sekalipun ada yang berkata tak elok, mata yang sudah kata elok itu, tak akan mahu menerima apa-apa teguran yang tak elok. Begitulah buta hati kita bila sedang jatuh cinta. Betul tak?
Memang payah untuk kita menerima hakikat bahawa kadang-kadang apa yang kita sangka cinta itu sebenarnya bukan pun, sekadar satu ilusi sahaja. Ada ketika, berkali-kali kita mencari dan berkali-kali kita jumpa, tapi tak ada satu pun yang kena. Mungkin lebih baik begitu, kita berjaga-jaga daripada main 'rembat' aje.
Paling malang buat kita, kalau memang kita ni jenis yang tidak melihat walaupun mata kita nampak. Apa maksud saya ialah, kita tidak melihat apa-apa yang mungkin tak kena dengan 'relationship' kita kerana kita mahu bersangka baik sahaja. Walaupun ada 'benda-benda' yang tak elok, kita cuba nafikannya dan berkata pada diri 'it's okay'. Bila kita terus sahaja menganggap bahawa 'it's okay', bila sudah melarat, kita payah hendak menepisnya.
Seelok-eloknya, bila kita berkenalan dengan seseorang itu, elok kalau kita perhatikan segala-galanya, termasuk emak-ayahnya. Kalau dia jenis yang suka sorok-sorok tentang hal keluarganya, pasti ada yang tak kena. Walaupun kita berkawan sekejap, sebaik-baiknya kita tahu latarnya. Kita tak boleh terima sebarang alasan yang 'kabur' yang ingin dia beritahu pada kita. Kita juga perlu kenali kawan-kawannya. Kalau dia nak sorok kawan-kawan dia daripada kita, kita juga harus berjaga-jaga, kerana kawan-kawan memang mainkan peranan yang kuat dalam hidup seseorang itu.
Bila kita mencari cinta, biarlah kita mencarinya di tempat yang betul. Bila tersalah tempat, pasti kita akan merana, kalau tidak serta-merta, suatu hari nanti. Bila kita mencari cinta, pastikan kita tahu 'semuanya' tentang dia. Maksud saya di sini ialah kelakuannya, hobinya, ibu bapanya, latar belakangnya, kegemarannya dan mungkin juga sedikit sebanyak 'sejarahnya'. Kalau terlalu banyak benda-benda 'rahsia' yang sengaja dia mahu sorok daripada kita, anda haruslah berjaga-jaga. Tiada pertalian yang mampu kukuh tanpa kejujuran. Kejujuran itulah yang kita cari dalam 'cinta' kita dengan dia. Bila terlalu banyak rahsia, itu bermakna bahawa cinta dia bukan untuk kita. Pergilah cari di tempat lain, tempat yang tidak berkabus, tidak ditutupi atau lindungi awan tebal. Biar kita nampak apa yang kita mahukan, bukan sesuatu yang tersembunyi di balik kabus yang tebal.
Wallahua'lam.
Saturday, March 10, 2012
Terukir Di Bintang - Sangat Romantik
Salam,
Pagi ini, ini saja yang saya nak kata. Saya suka dengar lagu Yuna yang berjudul 'Terukir Di Bintang'. Bila dengar lagu ni, terasa macam dulu-dulu. Lagu ini 'mood' nya macam berada di tahun-tahun 40/50-an dulu. Masa tu, saya pun tak ada lagi. Saya juga suka muzik video nya... berlatarkan Venice, di Itali. Sangat romantik maa...
Semoga anda menghayati lirik lagu ini.
Terukir Di Bintang - Yuna
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan... kamu...
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Yuna

Friday, March 09, 2012
Merajuk Lagi
Sekadar hiasan
Salam semua
Hari ini hari Jumaat, mungkin anda yang bekerja dengan kerajaan, semuany kesukaan kerana gaji anda naik lagi. Alhamdulillah. Nasib anda jauh lagi baik daripada mereka yang bekerja swasta. Kalau swasta besar, tak apalah, mereka memang mampu bagi gaji besar, tetapi swasta sederhana dan industri kecil memang tak mampu nak bagi gaji besar untuk pekerja. Jadi... anda yang dapat tambah gaji tu, bersyukurlah, jangan merungut lagi. Hari ini, orang bekerja kerajaan lagi hebat kemudahan dan gaji yang mereka dapat kalau dibandingkan dengan swasta (kecuali swasta kaya macam syarikat minyak dan bank).
Pagi ini saya nak bercerita tentang merajuk, bukan satu topik baru kerana perkara ini sudah saya bincangkan banyak kali dalam blog ini. Pun begitu, merajuk merupakan sesuatu yang sentiasa ada pada kita manusia. Cuma tahapnya sahaja yang berbeza. Ada orang kuat merajuk, ada orang memang tak berapa kuat sangat. Dalam hal ini, saya nak bercerita tentang merajuk antara ahli keluarga. Antara suami isteri tu dah biasa kot. Dulu-dulu, saya pun macam tu, kuat merajuk. Saya kalau merajuk, buat apa pun tak jalan. Punyalah degil. Tapi alhamdulillah, hari ini tak ada lagi macam tu. Kalau merajuk pun, sikit sangat, insya-Allah.
Antara adik-beradik, kalau merajuk ni, mungkin boleh jadi berpanjangan. Ada tu, sampai mati pun tak hilang merajuknya. Antara ibu bapa dan anak-anak pun sama. Bila bergaduh, benda kecil pun boleh jadi besar. Bila ayah atau ibu mula keluarkan kata-kata yang tak sepatutnya, akan terjadilah keadaan yang boleh membuat anak-anak merajuk. Biasa kita dengar, kan? Anak-anak lari dari rumah? Kalau anak lelaki yang keluar rumah, mungkin kita tak risau sangat, tapi kalau anak perempuan, tentulah bahaya, kan? Kalau dia ada tempat untuk tumpang, tak apalah. Kalau tidak, mesti merata-rata dia pergi. Kita sebagai ibu bapa, janganlah marah anak sampai buat mereka keluar rumah. Marah macam mana pun, kita cuba kawal agar anak tetap tinggal di bawah bumbung yang sama.
Begitu juga ibu dan ayah, kadang-kadang mereka pula yang merajuk dengan anak-anak. Mereka pula yang keluar rumah.
Apa pun, bagi saya... bila ada yang merajuk, biarlah dia 'cool' kan dirinya. Kita jangan terus nak pujuk, mesti tak lut. Tunggu sampai dia cool, kita pun pujuklah. Jangan biarkan orang merajuk tidak dipujuk. Memang susah. Lagipun, kalau kita berkelahi antara ahli keluarga, takkan kita nak putuskan silaturahim pulak! Air dicincang sebenarnya tak akan putus. Insya-Allah.
Sama-samalah kita berdoa agar kita sentiasa berbaik antara umat yang ada ini terutama antara ahli keluarga.

Thursday, March 08, 2012
Bila Ada Rasa Kesal
Sekadar hiasan
Salam semua
Dah pun hari Khamis. Semoga kita masih bersemangat untuk teruskan aktiviti harian dan jangan sesekali berasa kesal kerana berada di dunia ini!
Hari ini, itulah yang ingin saya bualkan, tentang rasa kesal yang mungkin tersemat di sanubari. Tentunya kita tak pernah mahu lakukan sesuatu yang kita tak menyukai. Semua orang nak buat benda baik dan yang terbaik untuk diri masing-masing, tetapi kadang-kadang, kita tak tahu benda baik yang kita lakukan itu mungkin sebenarnya tak baik mana pun. Dan kerana itu, mungkin satu hari nanti kita akan berasa kesal. Ada ketika, rasa kesal itu datang teramat sangat hingga mampu membuat kita berdendam dan sakit hati.
Sekali lagi ingin saya khabarkan bahawa dalam blog saya ini, antara entri yang paling popular yang sangat digemari oleh pembaca saya ialah 'Bosan dengan suami'. Saya pernah bincangkan hal ini berkali-kali dan hari ini saya bangkitkan sekali lagi kerana bagi saya, mungkin perkara ini meninggalkan kesan yang mendalam buat 'banyak' orang perempuan di luar sana. Kebanyakan yang membaca entri itu merupakan mereka yang search, bukan 'followers' saya, itu bermakna, ramai yang sedang berdepan dengan hal ini dan tak tahu untuk lakukan apa.
Ramai yang berkahwin kerana mereka sangkakan itulah yang terbaik untuk mereka. Malangnya, selepas tempoh tertentu, rasa sayang kepada pasangan mula hilang dan perasaan benci muncul pada diri. Mesti bersebab, kan? Takkanlah tiba-tiba sahaja nak benci pada pasangan. Mestilah tak normal kalau tak bersebab, kecuali kalau 'anda' terasuk. Memang saya pernah dengar kisah 'isteri' yang tiba-tiba sahaja tak suka pada suaminya, tetapi tak mempunyai sebabnya. Dia merasakan bahawa dirinya terasuk. Tapi, yang ini bukan selalu.
Biasanya, bila isteri membenci suami ialah kerana kelakuan suami itu sendiri. Bila suami tidak tahu berperanan sebagai suami, bila suami tak bertanggungjawab, bila suami mengamalkan perbuatan-perbuatan yang mengabaikan isteri dan macam-macam lagi, isteri-isteri akan berasa bosan dan sakit hati. Tentunya perasaan kesal akan datang. Perkara perkahwinan ini bukannya mudah untuk diselesaikan kerana ia mungkin melibatkan anak-anak kalau ada. Yang pasti, bagi suami-suami yang tak bertanggungjawab, tentunya mereka tak peduli. Bila terpaksa bercerai, mereka akan tinggalkan isteri terkapai-kapai, tak peduli pun sama ada isteri mampu atau tidak untuk menanggung anak-anak. Sedangkan semasa kahwin pun suami yang begini tak bertanggungjawab, apatah lagi bila dah bercerai!
Apa sekalipun yang terjadi, bagi isteri-isteri yang dah bosan dengan suami yang jenis 'tak boleh pakai' ni, memang elok benar untuk kelaur dari perangkap yang mungkin akan terus-terusan begitu hingga akhir hayat. Kalau isteri berasa takut, maka isteri itu akan merana seumur hidup. Kalau berani, mungkin pula dia akan mengambil risiko untuk membesarkan anak-anak seorang diri. Berdoalah dan mintalah petunjuk daripada Allah SWT. Kalau anda rasakan itulah yang terbaik buat anda, 'just walk out!'. Anda akan berasa lega. Jangan dikesali apa jua pengalaman yang anda sudah lalui itu. Ambillah itu sebagai satu pengajaran buat anda. Jangan takut untuk hidup tanpa pasangan kerana jodoh kita juga ditentukan Allah SWT. Yang pasti, banyak lelaki lain di dunia ini yang mempunyai sifat-sifat mulia yang mampu menjadi suami yang baik buat isteri-isteri yang baik, insya-Allah.
Okey saja untuk berasa kesal, tetapi jangan biarkan perasaan itu menghantui hidup kita. Belajarlah untuk bersabar dan bersyukur di atas segala yang baik yang Allah SWT kurniakan buat kita semua.

Wednesday, March 07, 2012
Firasat
Rama-rama yang cantik. Satu firasat?
Salam
Harap-harap pada hari Rabu begini, anda semua sedang bersemangat tinggi. Hari ini saya nak bincang tentang perkataan 'Firasat'. Mungkin anda dah biasa dengar, atau mungkin juga anda dah dengar tapi tak pasti tentang maksudnya.
Kalau ikut kamus Dewan, maksud firasat ialah sesuatu tanda yang membawa kepada kelakuan atau nasib orang, atau sesuatu yang akan terjadi. Tanda itu mungkin seperti mimpi atau sesuatu yang terjadi, atau sesuatu pergerakan pada badan atau ada pada badan, dan tanda itu membayangkan sesuatu yang akan berlaku atau terjadi. Wallahua'lam.
Ada orang memang sentiasa bergantung pada 'firasat' untuk menduga atau meramalkan sesuatu yang akan terjadi, termasuklah tentang kematian. Huhu... takut, beb.
Kalau dulu-dulu, memang kita selalu dengar cerita tentang raja-raja yang sentiasa bergantung pada 'firasat' bagi meramalkan sesuatu yang akan berlaku. Ini kalau kita tengok cerita dulu lah.
Sekarang ni macam mana?
Masih lagi kot... banyak orang, kadang-kadang memang pun bergantung pada tanda-tanda yang ada, yang mungkin akan meramalkan sesuatu. Tahi lalat juga mainkan peranan bagi mereka yang bergantung pada hal-hal seperti ini. Kononnya, ada orang kata kalau tahi lalat di bawah bibir, menandakan orang itu banyak bercakap. Ada juga mengatakan kalau tahi lalat di hujung kaki, maknanya orang itu akan banyak mengembara ke tempat-tempat yang jauh. Begitu juga dengan keadaan tertentu seperti bila rama-rama masuk ke rumah, membawa tanda ada orang nak datang ke rumah kita.
Bagi saya, kalau amalan 'firasat' itu merupakan sesuatu yang ringan dan tidak berbentuk khurafat, apa salahnya kita percaya. Kerana, memang ada perkara-perkara tertentu berlaku di sekeliling kita menandakan sesuatu akan berlaku, misalnya, sebelum tsunami, banyak binatang akan berasa tak tentu arah, mungkin kerana mereka memahami pergerakan bumi dan kalau kita perhatikan binatang-binatang ini, kita akan tahu bahawa sesuatu akan terjadi dalam masa yang terdekat. Begitu juga bila gunung berapi mahu meletup. Akan ada tanda-tanda yang memberitahu di sekelilingnya untuk berjaga-jaga. Firasat datangnya daripada Allah SWT buat makhluknya, memberi tanda agar berjaga-jaga. Pun begitu, itu tidak bererti bahawa kita perlu jadikan 'firasat' sebagai amalan hidup yang ada kaitan dengan aktiviti khurafat atau tahyul.

Tuesday, March 06, 2012
Kreatif Macam P.Ramlee
Salah satu cerita popular P.Ramlee
Salam semua
Saya tak update blog pada waktu pagi seperti yang biasa saya lakukan kerana pagi tadi saya memang ada urusan di Kuala Lumpur, jadi awal-awal lagi saya dah keluar rumah. Sekarang ini barulah saya ada kelapangan untuk menulis di blog ini. Okey, tentu anda tertanya-tanya, hah apa cerita? Hai... kalau nak cakap pasal cerita, sebenarnya saya ni tengah marah sangat-sangat. Tapi alhamdulillah, saya masih mampu untuk mengawal kemarahan saya ini. Insya-Allah, saya akan terus kawalnya. Mungkin inilah yang saya dah belajar selama ini, ada kala, sekalipun kita sakit hati, ada baiknya kita tahan sahaja. Anda semua tak payah risau, kerana saya tak marahkan anda pun. Saya marah orang lain... hehe...
Okeylah, dalam marah-marah ni, saya teringat pada cerita yang saya baru sahaja selesaikannya. Kebetulan, tadi saya singgah di sebuah lokasi yang telah saya muatkan dalam manuskrip cerita baru saya ini. Dan ketika berada di tempat itu, saya terdengar lagu lama yang didendangkan oleh penyanyi legenda kita, iaitu Allayarham P.Ramlee. Alahai... penuh nostalgia. Hai, apa kena-mengena cerita saya dengan P.Ramlee? Sebenarnya memang tak ada kena-mengena apa-apa pun, cuma sesuatu tentang penyanyi dan pelakon itu membuatkan saya teringat kepada cerita saya ini.
Agaknya sebab saya sedang cuba untuk hiburkan hati yang masih gundah-gulana kot. Hehe... tak adalah. Tapi memang benar, kan? Cerita-cerita yang pernah dikisahkan P.Ramlee kepada kita semua sangat klasik dan tentunya berkesan. P.Ramlee biasanya menceritakan kisah-kisah yang sememangnya berlaku di sekeliling kita. Kisah keluarga, kisah darjat, kisah buruk sangka, kisah tamak, materialistik, kisah kelentong sana-sini dan juga kisah-kisah cinta. Macam-macam yang pernah diceritakan P.Ramlee pada kita semua dan hingga hari ini, kita tak pernah jemu menonton cerita-ceritanya yang sudah beratus kali diulangkan di televisyen. Malah, anak bongsu saya tak pernah jemu-jemu menontonnya terutama cerita-cerita humor, sekalipun P.Ramlee dah lama pergi meninggalkan kita semua dan anak-anak muda tidak pernah mengenalinya. Namun, ceritanya masih ada dah masih relevan untuk kita semua.
Baru-baru ini, saya menonton sebuah drama di sebuah stesen TV swasta. Saya agak terkejut juga melihat drama itu, kerana jalan ceritanya seratus peratus meniru sebuah filem 'mat salih' yang baru lagi saya menontonnya (juga di TV). Aduhai... walaupun cerita itu telah diMelayukan, tetapi kisahnya masih sama seratus peratus. Sedihnya saya melihat, seolah-olah kita tak punyai idea sendiri. Sekalipun cerita mat salih tu memang sedap, itu tak bererti bahawa kita perlu curi jalan cerita mereka.
Saya teringat seseorang yang pernah saya temui bertahun-tahun dahulu, semasa saya sibuk mula menulis novel. Katanya kepada saya, "Alah, bukan susah sangat nak menulis ni. Kalau tak tahu, ambil aje jalan cerita dalam novel mat salih, lepas tu awak Melayukanlah." Saya terkejut mendengarnya. Orang berkenaan ketika itu sangat aktif dalam dunia penerbitan.
Saya hanya senyum sahaja dan berkata, "Tak apalah... saya lagi suka tulis apa yang saya tahu."
Tapi, inilah yang saya lihat sekarang ini. Ramai yang suka menulis mengikut trend yang ada. Bila ada sahaja cerita yang agak okey, yang lain pun ikut sekali. Tak kisahlah tulis novel atau skrip drama. Sebab itulah, kita asyik baca atau menonton benda-benda yang nak sama sahaja. Lepas itu, kita semua akan berasa jemu.
Mungkin kita perlu fikirkan bagaimana boleh kita jadi karyawan seperti P.Ramlee. Tak pernah lagi Allayarham P.Ramlee menulis atau membawa cerita yang nak sama. Malah, lagu-lagunya juga sangat berbeza antara satu dengan yang lain. Beliau tak pernah kering dengan idea. Kalau P.Ramlee boleh lakukannya, tentu ada di antara kita juga yang mampu buat begitu.
Okeylah... saya nak buat kerja lain, semoga anda semua akan fikir-fikirkan hal ini, bagaimana mampu kita kembangkan kreativiti kita dalam dunia penulisan seperti P.Ramlee.

Monday, March 05, 2012
Berangin dan Moody
Berangin?
Salam dan selamat pagi
Pagi ini di kawasan rumah saya tidak berangin. Biasa saja. Apa yang hendak saya bualkan bukanlah tentang keadaan cuaca, tetapi tentang karakter manusia. Rata-rata, memang ramai yang berangin, terutamanya orang perempuan. Orang perempuan memang selalu berubah mood. Maklumlah, keadaannya memang begitu, orang perempuan ada period dan hormon mereka berubah-ubah membuatkan mood juga turut berubah-ubah.
Tapi ada orang memang ketara sangat 'berangin' nya, kadang-kadang sampai payah nak kawal. Pernah jumpa orang begitu? Atau memang anda juga begitu? Hahaha... jangan malu nak mengaku. Lebih baik kita sedar daripada tak sedar. Bila kita sedar, bolehlah kita cuba mengawalnya. Tapi kalau kita buat-buat tak sedar, memang sampai bila pun memang kita akan begitu.
Saya percaya memang kebanyakan kita mempunyai mood tertentu pada keadaan tertentu. Okeylah tu. Memang normal. Tapi kadang-kadang, ada orang yang kita tak pasti bila mood dia akan berubah. Ada tu ketara sangat turun naiknya. Hari ini begitu, esok dah ubah pulak. Kadang-kadang tu tak payah tunggu esok, pagi lain, petang lain. Yang inilah yang boleh buat orang lain jadi pening kepala.
Keadaan yang berubah-ubah ini kita boleh panggil 'enigma'. Sememangnya ada karakter orang yang begitu, sekejap dia macam anak kucing, sekejap lagi dia dah jadi ibu singa!
Orang perempuan yang mempunyai masalah peribadi, lebih ketara perubahan moodnya. Mungkin dia sebenarnya lembut dan baik orangnya, tetapi perubahan 'hormon' mampu membuat mood dia jadi tak elok, akhirnya mampu menyakitkan hati orang-orang di sekelilingnya. Ada juga lelaki yang begitu. Kita tak dapat membaca 'mood' dia setiap kali kita berjumpa dengannya.
Dalam hal ini, kalau kita bijak, kita juga mampu untuk 'tolong' kawal mood orang yang 'berangin' ni. Bila kita tahu mood dia sedang tidak elok, jangan pulak kita tolong 'provoke' atau 'cucuk'. Seelok-eloknya kita tunggu dulu kalau ada hal-hal penting yang mahu kita bincangkan dengannya. Kalau kita tahu mood dia sedang 'kalut', kita tak perlu tambahkan lagi dengan cerita-cerita yang membebankan. Kalau nak cakap apa pun, kita tunggu bila dia dah okey. Bila macam tu, tak adalah kita ganggu lagi ketenteramannya. Insya-Allah, lama-lama dia pun pandailah mengawal moodnya.
Bila 'time' baik, mungkin kita boleh berbual tentang mood dia yang kerap berangin itu. Kita ingatkan dia supaya dia tahu dan lakukan sesuatu untuk mengawalnya. Insya-Allah, akan terkawallah mood dia nanti.
Okeylah, semoga kita semua tidak 'berangin' hari ini dan semoga mood kita baik sepanjang minggu ini. Insya-Allah.

Sunday, March 04, 2012
Baik vs Jahat
Sekadar hiasan
Salam pagi Ahad buat semua,
Semalam, kami ada 'gathering' kat rumah saya. Anak dan menantu saya buat burger (buat sendiri dagingnya), buat juga baghlava (manisan Arab), wedges dan minum air lemon. Memang kaw-kaw. Adik saya dan famili dia juga join kami selain daripada anak-anak saya yang lain dan famili mereka. Kebetulan, masa saya ke KL siangnya itu, dah pekena makanan Arab di Restoran Tarbush. Kaw-kaw jugak. Mungkin semalam merupakan hari makan-makan bukan masakan Melayu. Hehe... sekali-sekala, kami memang macam tu. Hanya di hujung minggu.
Hari ini, saya akan berada di rumah sahaja. Manuskrip novel baru saya sudah pun siapa diedit dan sedang dalam proses untuk dicetak, insya-Allah. Hujung minggu depan, mungkin saya akan maklumkan judulnya pada pembaca blog ini. Kalau diizinkan, mungkin juga saya akan letakkan covernya sekali. Aduhai... macam biasalah, saya jadi berdebar-debar juga. Walaupun dah banyak karya yang saya tulis, perasaan gerun tu masih ada lagi setiap kali novel baru karya saya akan diterbitkan. Kali ini pula, memang dah lama saya tak menulis novel yang tebal. Insya-Allah, saya berharap sangat saya tidak menghampakan penyokong-penyokong saya.
Kalau boleh saya nak sangat berkongsi cerita dengan pembaca saya tentang apa yang saya tulis kali ini. Dah ada yang saya letakkan dalam blog Kuntum Merah Jambu, tapi kalau anda baca blog itu, jangan lupa, dah banyak yang saya ubah termasuk nama-nama karakternya. Malah... saya memang tak cerita semuanya kat blog itu.
Apa yang boleh saya katakan di sini, novel saya membawa kisah gadis bernama Dania Hayat yang mempunyai adik-beradik perempuan seramai lima orang, termasuk dirinya. Ada dua kakak dan dua orang adik. Ibu bapanya baru sahaja bercerai dan keadaan itu membawa tekanan kepada ibu dan juga mereka adik-beradik. Dania menjalankan bisnes online selain daripada bekerja di sebuah syarikat ICT. Dania juga mempunyai beberapa kiosk di Hypermarket untuk menjual produk-produknya. Dia dibantu oleh dua orang kawan baiknya dan juga adik bongsunya. Di pejabatnya, Dania sering diganggu oleh bos barunya. Bosnya ini sangat tegas, tetapi mempunyai karakter enigma, sering berubah-ubah. Kadang-kadang dia baik budi, kadang-kadang pula dia jadi bengis. Walaupun merimaskan Dania, dia tetap terhibur dengan kelakuan pelik lelaki ini.
Dalam pada itu, Dania sibuk mencari jalan untuk mengatasi masalah bekalan produknya yang seringkali terputus. Dia mempunyai masalah untuk dapatkan 'loan' untuk menyelesaikan masalah dalam dunia perniagaannya. Kuntum Merah Jambu merupakan blognya, di mana Dania sering habiskan masanya di situ terutama pada malam hari. Dalam hal bisnesnya, Dania bertemu dengan Danish, lelaki muda yang merupakan kawan baik kepada 'pakwe' adik perempuannya Rihana. Danish kata dia mempunyai abang yang dapat menolong Dania.
Tumpuannya pada bisnes, selalu terganggu kerana Dania sering berdepan dengan masalah keluarga. Suatu ketika dahulu, Dania pernah berbaik dengan Zamir, tetapi Zamir berubah hati lalu berkahwin dengan adik Dania yang bernama Azura. Pertalian Azura-Zamir ini membawa pelbagai kerenah yang kadang kala membebankan keluarga Dania yang sememangnya dalam keadaan huru-hara. Kakak Dania, Sabrina dan Haniya juga mempunyai karakter yang 'berangin'.
Dania yang biasanya menjadi payung kepada ahli keluarganya, kadang-kadang perlukan payung untuk dirinya. Dia perlukan seseorang untuk menjadi dahan berpaut, namun setiap kali dia jumpa dahannya, seolah-olah tiada dahan yang betul-betul kukuh. Semuanya rapuh dan mampu buat dia gugur.
Novel ini membawa kisah tentang tanggapan 'baik' vs 'jahat', malah label 'baik' kadang-kadang bertukar jadi 'jahat'. Tentunya, novel ini memaparkan kisah-kisah 'kesilapan' yang mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana manusia dijadikan Tuhan tidak 'perfect'.
Esok-esok, kalau saya rajin, akan saya tambah lagi. Itu pun kalau rajinlah...
Ramai yang tanya saya, "Apa judulnya?"
Saya kata, "Nanti tahulah..."
Hehe... insya-Allah. Biar dia orang siapkan semuanya sebelum saya maklumkan di sini.

Saturday, March 03, 2012
Hidup Biar Sempoi Tapi Bahagia
Salah satu istana Bugshan di Hadramaut, Yemen
Salam semua
Semoga anda bergembira di hujung minggu ini.
Saya tak rancang apa-apa sangat, mungkin nak lepak kat KL kot... nak shopping sikit-sikit. Sikit jer! Sebenarnya dari dulu sampai sekarang, saya memnag bukan kaki shopping. Saya tak suka pun lepak kat shopping compleks. Kalau ke mana-mana pun (dalam negeri atau luar negara), saya suka beli cendera hati sahaja untuk dibawa balik untuk mereka yang saya tinggalkan, tak pernah kisah nak shopping-shopping. Kalau saya beli kasut atau beg tangan, saya pakai lama-lama sampai dah tak elok. Saya bukan jenis yang kumpul barang-barang macam tu. Saya tak suka. Baju pun macam tu. Mungkin saya ni memang jenis 'sempoi', tak reti nak berlebih-lebih.
Sebab tu lah saya hairan sangat dengan insan-insan yang kumpul kasut atau beg tangan sampai beratus-ratus atau ribu-ribu. Bagi saya, itu memang kerja orang gila! Orang gila shopping. Bagi saya, itu merupakan satu penyakit dan tabiat buruk. Takkan tak buruk kot? Nak buat apa kasut sampai beratus-ratus pasang atau beribu-ribu pasang? Takkan kita tak tahu kat dunia ni ada orang yang tak pakai kasut pun!
Masa saya di Yemen dulu, first time saya berjumpa dengan sheikh kaya (macam cerita saya di Matahariku) semasa berada di Hayd Al Jazeel tu, sheikh tu pakai sandle aje. Dah tu, dia pandu kereta four wheel dia sendiri. Pada hal dia ada banyak kereta, banyak rumah, banyak harta dan memang kaya giler, tapi cara dia sangat sempoi. Bukan itu sahaja, dia banyak menolong dan berkongsi harta dia dengan orang lain. Saya selalu teringatkan hal itu.
Kita di sini, tak usahlah jadi kaya benar, kaya sikit pun kita dah berlagak benar. Kalau kita ke hotel ke, kita expect semua orang tunduk hormat pada kita, macamlah kita ni dah jadi raja! Huhu... apa salahnya kalau kita relaks aje, tak payah cakap kuat-kuat supaya orang mesti tengok pada kita! Huhu... macam perli aje ni.
Kalau kita kaya, kita nak semua orang tahu. Sebab tu lah kot kita kena pakai barang yang 'branded'. Brand yang setaraf dengan kita. Rumah mesti besar, kereta pun mesti besar dan banyak, hobi pun mesti ada kelas dan macam-macam lagilah, supaya orang di sekeliling kita tahu yang kita 'kaya'. Huhu... saya tak perli siapa-siapa pun, sekadar bercerita aje.
Entahlah... kalau saya jadi kaya-raya macam tu, saya tak rasa yang saya boleh berubah. Insya-Allah tidak, sebab saya memang bukan jenis kisah dengan 'brand' ni. Saya pakai apa saja, saya buat apa saja yang saya suka. Kalau saya berjalan pun, saya memang simple, tak pernah kisah nak jaga 'kelas' ke apa. Saya tak pernah peduli.
Tapi serius saya katakan, selepas saya kenal dengan Sheikh Bugshan, saya bertambah tak kisah dengan benda-benda 'material' ni. Mungkin itulah hikmahnya berjumpa orang kaya macam dia. Biarlah saya ingatkan anda semua bahawa sheikh itu merupakan antara orang terkaya di Saudi. Kaya dia memang kaya giler. Dia ada airline sendiri, ada hospital, ada macam-macam factory, ada istana, ada bangunan agam sendiri, ada private jet, dan paling interesting, dia sponsor pelajar-pelajar Hadramaut untuk belajar di merata-rata tempat di dunia ini. Bukan seorang, tetapi sudah beratus-ratus atau ribu orang. Wallahua'lam. Bukan sekadar sponsor untuk belajar, tetapi dia pastikan mereka dapat kerja baik-baik, dan dia juga bantu mereka untuk berkahwin!
Jadi... kalau saya kenal orang yang macam dia, buat apalah saya nak bershopping beria-ia? Ala kadar saja dah okey dah. Yang penting kita happy dan bertambah happy bila kita dapat buat orang lain jadi happy.
Okeylah... semoga kita sama-sama berjimat dan hidup 'sempoi' tapi bahagia. Insya-Allah.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)