Keindahan Alam - Berehat dan Membaca di sini...

Followers

Friday, March 09, 2012

Merajuk Lagi

                         Sekadar hiasan

Salam semua

Hari ini hari Jumaat, mungkin anda yang bekerja dengan kerajaan, semuany kesukaan kerana gaji anda naik lagi. Alhamdulillah. Nasib anda jauh lagi baik daripada mereka yang bekerja swasta. Kalau swasta besar, tak apalah, mereka memang mampu bagi gaji besar, tetapi swasta sederhana dan industri kecil memang tak mampu nak bagi gaji besar untuk pekerja. Jadi... anda yang dapat tambah gaji tu, bersyukurlah, jangan merungut lagi. Hari ini, orang bekerja kerajaan lagi hebat kemudahan dan gaji yang mereka dapat kalau dibandingkan dengan swasta (kecuali swasta kaya macam syarikat minyak dan bank).

Pagi ini saya nak bercerita tentang merajuk, bukan satu topik baru kerana perkara ini sudah saya bincangkan banyak kali dalam blog ini. Pun begitu, merajuk merupakan sesuatu yang sentiasa ada pada kita manusia. Cuma tahapnya sahaja yang berbeza. Ada orang kuat merajuk, ada orang memang tak berapa kuat sangat. Dalam hal ini, saya nak bercerita tentang merajuk antara ahli keluarga. Antara suami isteri tu dah biasa kot. Dulu-dulu, saya pun macam tu, kuat merajuk. Saya kalau merajuk, buat apa pun tak jalan. Punyalah degil. Tapi alhamdulillah, hari ini tak ada lagi macam tu. Kalau merajuk pun, sikit sangat, insya-Allah.

Antara adik-beradik, kalau merajuk ni, mungkin boleh jadi berpanjangan. Ada tu, sampai mati pun tak hilang merajuknya. Antara ibu bapa dan anak-anak pun sama. Bila bergaduh, benda kecil pun boleh jadi besar. Bila ayah atau ibu mula keluarkan kata-kata yang tak sepatutnya, akan terjadilah keadaan yang boleh membuat anak-anak merajuk. Biasa kita dengar, kan? Anak-anak lari dari rumah? Kalau anak lelaki yang keluar rumah, mungkin kita tak risau sangat, tapi kalau anak perempuan, tentulah bahaya, kan? Kalau dia ada tempat untuk tumpang, tak apalah. Kalau tidak, mesti merata-rata dia pergi. Kita sebagai ibu bapa, janganlah marah anak sampai buat mereka keluar rumah. Marah macam mana pun, kita cuba kawal agar anak tetap tinggal di bawah bumbung yang sama.

Begitu juga ibu dan ayah, kadang-kadang mereka pula yang merajuk dengan anak-anak. Mereka pula yang keluar rumah.

Apa pun, bagi saya... bila ada yang merajuk, biarlah dia 'cool' kan dirinya. Kita jangan terus nak pujuk, mesti tak lut. Tunggu sampai dia cool, kita pun pujuklah. Jangan biarkan orang merajuk tidak dipujuk. Memang susah. Lagipun, kalau kita berkelahi antara ahli keluarga, takkan kita nak putuskan silaturahim pulak! Air dicincang sebenarnya tak akan putus. Insya-Allah.

Sama-samalah kita berdoa agar kita sentiasa berbaik antara umat yang ada ini terutama antara ahli keluarga.

Wassalam.