Assalam
Tahukan apa maksud jorok? Kata orang Indonesia, jorok bermaksud 'kotor' atau selekeh atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Memang pelik sangat-sangat kalau manusia selesa hidup dalam keadaan 'kotor', memang mungkin itu merupakan manusia 'jorok' kot! Tapi memang ada.
Bagi saya, kalau kita merupakan seorang pengotor, maknanya kita bukan merupakan seorang Muslim yang ikut sunnah Nabi. Malah, Islam mengutamakan kebersihan, namun kadang-kadang memang banyak orang Islam yang tak ambil kisah pun. Misalnya, ketika kami di tanah suci Mekah dan Madinah, keadaan tidak melambangkan sesuatu yang sepatutnya ada dalam Islam, iaitu kebersihan. Kalau kita lihat 'tandas awam' nya kotor, itu bermakna rakyat secara keseluruhan memang jenis pengotorlah tu. Di tanah suci, ada tempat bukan lagi kotor, tandas awam pun tak disediakan. Bayangkanlah, seolah-olah tak penting pun untuk orang buang air!
Tak payahlah fikirkan tentang negara orang, jom kita tengok negara kita sendiri. Baru-baru ini saya ke sebuah hospital swasta, dan bila saya ke tandasnya, walaupun tandas itu bersih, tetapi ada 'mangkuk' yang mengguna tandas tetapi tak tahu untuk 'flush'. Dibiarkan sahaja seolah-olah ada kuli yang akan 'flush' untuk dia.
Saya sendiri bukan jenis manusia yang rajin mengemas, tetapi saya sangat ambil berat tentang kebersihan terutama 'tandas'. Memang saya pantang kalau melihat tandas yang kotor! Bagi saya, kalau tandas kita kotor itu bermakna kita memang manusia 'jorok'. Sebab itu mungkin saya suka beli 'pewangi' suka juga sabun dan apa-apa yang melambangkan kebersihan. Bila kita bersih, pasti bau pun wangi.
Saya pernah ke sebuah rumah dan mahu menumpang tandasnya. Dia meminta saya ke kamarnya kerana dalam kamarnya terletak bilik air. Tapi malangnya, bilik air dalam kamarnya berbau hancing! Ya Allah, macam nak pitam saya dibuatnya. Bayangkanlah macam mana dia tidur dalam kamarnya itu.
Tandas dan bilik air di rumah kita mestilah berada dalam keadaan bersih. Bukan hanya tak berbau apa-apa yang tak menyenangkan, tetapi lantai dan dinding mestilah tidak berdaki dan tidak berlumut. Apatah lagi mangkuk tandas. Jangan biarkan keadaan tandas di rumah kita berada dalam keadaan yang 'jorok' kerana itu melambangkan diri kita sebenarnya!
Ada seorang lelaki bercerita pada saya. "Saya bertahan dengan perempuan tu beberapa bulan sahaja. Pada mulanya saya buat-buat tak kisah aje, tapi bila dah lama, memang saya tak tahan pun. Dia pengotor dan saya tak biasa macam tu. Sebab itulah saya tinggalkan dia. Memang kami ada masalah lain, tetapi keadaan 'jorok' nya membuat saya lega bila akhirnya saya menceraikannya."
Adoiiii... takkanlah kita nak biarkan diri kita jadi begitu kot! Sebenarnya kita akan tahu sama ada manusia itu jenis bersih atau tidak dengan melihat di sekelilingnya dan juga bau yang ada padanya.
Semoga kita memilih untuk jadi orang Islam yang ambil berat tentang kebersihan.
Wassalam.
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Saturday, November 29, 2014
Friday, November 28, 2014
Bercuti Di Bulan Disember
Assalam
Semalam tak sempat nak update blog. Sibuk sangat-sangat. Kata orang Perak, sibuk menjongket! Maknanya sibuk berjalan-jalan. Petang Rabu yang lepas, seperti yang saya katakan, kawan baik datang berkunjungan membawa sama dua orang anak bujangnya. Seronoknya kami bersembang-sembang, maklumlah dah berpuluh tahun tak jumpa-jumpa. Selalu bersembang di alam maya sahaja. Syukur ya Allah kerana memberi peluang ini. Bukan mudah, tapi masih ada kesempatan lagi.
Semalam pula, setelah selesaikan beberapa urusan di pagi hari, saya dan suami, kami melawat ekspo pertanian MAHA yang sedang berlangsung di Serdang. Kami bukan tak biasa ke sana, tapi dah lama tak hadirkan diri kerana malas nak bersesak dengan orang ramai. Tetapi musim ini kami merajinkan diri. Kebetulan cik abang saya bercuti, jadi kami pun ke sana. Memang banyak benda yang saya nak tengok, terutama tanaman-tanaman yang interesting, termasuk pokok buah-buahan, pokok hiasan, pokok bunga dan herba. Wahhh... tak menyesal ke sana sebab saya puas hati dengan apa yang saya lihat terutama taman herba dan bunga yang disediakan. Saya juga 'impress' dengan tanaman nenas dan specie yang ada. Kami memang sedang uruskan tanah kami di Lenggeng, jadi memang 'cantik' lah kami ke sana. Bukan sekadar tahu apa yang perlu kami beli, tapi dapat juga banyak idea tentang apa yang kami boleh lakukan di Lenggeng nanti. Alhamdulillah. Di Ekspo MAHA memang terdapat banyak peralatan yang dijual selain daripada makanan dan barang-barang pertanian. Sangat menarik! Jom, jom... kita pergi ke MAHA!
Hari ini saya ada kerja yang perlu saya selesaikan. Mungkin tak dapatlah nak berjongket lagi... sekadar melayari Internet sahaja.
Ada juga pembaca yang bertanya, "Kak Aina tak berjalan jauh lagi ke? Ini nak masuk Disember dah."
Insya-Allah 10 Disember nanti, kami akan ke Bandung lagi. Kali ini kami akan pergi bersama anak kedua kami, Irfan, Nabil dan juga keluarga Irfan. Kebetulan, famili Irfan belum pernah ke Indonesia walaupun Irfan sudah berkali-kali ke sana. Masa untuk berjumpa keluarga. Manalah tahu, satu hari nanti kami dapat merapatkan lagi silaturahim dengan keluarga di Indonesia.
Okey everybody, take care and have a good weekend!
Wassalam.
EKSPO MAHA

Wednesday, November 26, 2014
Artikel Di Kosmo
Assalam
Hanya nak maklumkan bahawa hari ini sebuah artikel tentang kerjaya dan karya saya telah disiarkan di Kosmo. Terima kasih Kosmo kerana membuat promosi tentang kerjaya saya itu.
Kebetulan juga, hari ini kawan lama saya berjanji untuk datang ke rumah petang nanti. Bayangkanlah... dah lama betul kami tak jumpa. Sejak tinggalkan tingkatan lima, inilah baru nak jumpa. Insyaa-Allah dapat jumpa. Jangan hujan lebat sudah lah.

Tuesday, November 25, 2014
Jangan Tergoda
Assalam
Semalam kami raikan hari jadi Faiz, anak sulung saya. Bulan November ni memang ramai betul yang meraikan hari jadinya. Empat orang cucu, dua lelaki dan dua perempuan, dua orang anak, satu lelaki dan satu perempuan, kakak saya, besan saya... dan ramai lagi... Alhamdulillah, semoga semuanya selamat dunia akhirat, dirahmati hidupnya dengan kesihatan dan akal yang baik, serta iman yang tinggi untuk mengharungi segala ujian duniawi. Semoga dimurahkan rezeki dan menjadi muslimah dan muslimat yang soleh dan solehah. Aamiin.
Ramai yang bertanya dengan saya, "Novel Kak Aina yang baru bila nak keluar?"
Jawapannya mudah sahaja, "InsyaaAllah akan keluar tetapi agak lambat sedikit. Kak Aina sedang tulis, tapi masih di tahap awal. Banyak pulak kerja yang lain yang terpaksa Kak Aina usahakan..."
Ya sungguh... kadang-kadang saya rasa kalau ada banyak tangan mungkin bagus juga kan? Tapi sekadar bergurau sahaja kerana saya sentiasa bersyukur dengan rahmat dan nikmat anugerah Ilahi buat saya. Inilah yang terbaik. Ada dua tangan dan dua kaki. Alhamdulillah. Biarlah saya buat 'slow dan steady' asal masih terus mampu untuk menulis. Sekarang ini saya memang sibuk dengan penulisan skrip... tak henti-henti, itulah yang membuatkan saya kurang masa untuk tulis manuskrip novel. Insyaa-Allah saya tak pernah jemu untuk menulis. Malah, saya sentiasa bersyukur kerana Allah hadiahkan anugerah ini buat saya. Masing-masing insan mempunyai kelebihan, mungkin inilah kelebihan saya. Kalau kita tidak mensyukuri kelebihan yang Allah beri, mungkin hati kita sebenarnya sudah jadi buta.
Dalam pada itu, suka juga saya bualkan tentang perasaan 'bersalah' yang ada pada manusia. Kadang-kadang, kita tak sedar yang diri kita terlibat dengan perkara-perkara silap dan salah kerana kita ralit dan terpesong, mungkin kerana persekitaran yang buat kita jadi begitu. Namun satu hari kita akan terjaga dan dikejutkan, ketika itu baru kita sedar yang kita telah melakukan kesalahan dan bergelumang dengan dosa. Tiba-tiba bahu kita jadi berat, jiwa kita terganggu kerana terkesan dek perbuatan salah kita itu. Mungkin juga kita duduk berdoa dan bertaubat, minta Allah ampunkan dosa kita... namun setelah segala usaha... kita masih rasa kerugian.
Sememangnya manusia ini tak akan lari daripada buat kesilapan, namun kalau manusia itu mempunyai iman yang tegap lagi kukuh, kalau manusia itu bijak mengguna akal fikiran dan tahu mana betul dan mana salah, mungkin manusia itu dapat mengelak daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Memang kita akan menyesal bila tersilap langkah, jadi lebih baiklah kita berjaga-jaga dengan langkah yang kita ambil setiap kali mengangkat kaki. Jangan bila dan tersilap nanti kita tak putus-putus rasa menyesal. Bukan mudah untuk hidup dengan penuh kesalan!
Semoga kita sentiasa kukuhkan iman dan berdoa agar Allah jauhkan kita daripada 'syaitan' yang mudah menggoda kita di dunia yang penuh dengan permainan!

Monday, November 24, 2014
Bahagia Ataupun Tidak
Assalam
Hujung minggu yang banyak program. Ada kenduri aqiqah, ada jemputan kahwin, ada ke sana dan ada ke sini. Tetapi alhamdulillah, Allah swt izinkan ada umur, ada kesihatan dan ada kudrat untuk bergerak dan jalankan aktiviti.
Sepatutnyalah... kita kena sentiasa bersyukur, sekalipun mungkin ada ketika kita diduga kerana segala ujian dan dugaan itu adalah nikmat ilmu buat kita. Tanpa ujian dan tanpa dugaan, mungkin tak dapat pengajaran dan pelajaran, mungkin juga payah nak dekatkan diri dengan Tuhan. Alhamdulillah di atas segala nikmat-Nya. Kalau kita tak menghargai nikmat Allah, di situlah kita akan kecewa dan kecundang kerana setiap apa sahaja ujian yang datang, kita melihatnya sebagai satu perkara negatif. Otak kita akan berasa sedih dan sakit hati. Tetapi kalau kita melihat ujian dan dugaan sebagai satu cabaran untuk meningkatkan segala yang kurang, malah mungkin untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri dengan Allah, semestinya kita akan berasa lega dan bersyukur di atas apa sahaja yang Allah berikan pada kita. Insya-Allah.
Pun begitu, sebagai manusia normal, kita tak mampu larikan diri daripada rasa geram dan marah pada sesuatu yang terjadi... sesuatu yang kita tak suka. Mungkin tidak salah juga... kerana di dalam al-Quran juga Allah nyatakan bahawa setiap kita ini mempunyai hak yang ditafsirkan sebagai keadilan. Bila orang buat kita, kita juga punyai hak untuk balas! Namun... jauh lagi baik kalau kita serahkan kepada Allah, kerana Dia lebih mengetahui.
Semestinya juga kita perlu ingat, untuk merasa segala nikmat yang Allah berikan, kita juga kena selalu bertaubat. Minta ampun pada Allah di atas segala kesalahan dan kesilapan kita dan semestinya berjanji untuk memperbaiki diri. Biarlah kita rendahkan diri pada Tuhan dan terima hakikat bahawa kita selalu buat dosa. Kalau kita buat tak tahu sahaja dan mungkin berasa bahawa diri kita sempurna, di situlah akan ada satu kesilapan besar. Mungkin juga Allah akan tarik segala nikmat yang ada buat kita kerana kita terlupa untuk mensyukurinya. Nauzubillah min zalik.
Ada orang, walaupun banyak dugaannya, dia sentiasa tenang. Bahagia ada padanya. Tapi ada orang pula, sikit sahaja dugaannya, tetapi hatinya gusar dan penuh dengan perasaan dengki dan sakit hati. Di situlah terletaknya satu kerugian kerana tiada bahagia padanya. Sampai bila-bila pun, selagi dia tidak tahu untuk mensyukuri, selagi itulah dia akan terus menderita. Wallahuaklam.
Wassalam.
Bahagianya kalau dapat tinggal dalam rumah comel sebegini

Sunday, November 23, 2014
Kuasa Manusia, Hebat Mana?
Assalam
Kadang-kadang ada orang ingat dia sangat berkuasa, tetapi dia terlupa akan kuasa Tuhan. Memang kita tak dapat menduga kuasa Tuhan, tetapi subhanallah, kuasa Tuhan itu semestinya tak dapat kita sukat dengan akal fikiran kita. Kehebatan-Nya tak mungkin dapat mana-mana manusia menandingi-Nya, hebat mana sekalipun manusia itu! Allahuakbar. Kerana itu mungkin, ada manusia, bila rasa mempunyai kuasa, mereka akan jadi lupa daratan. Misalnya, mungkin memegang status seorang hakim. Namun mereka lupa itu hanyalah kuasa yang ada pada manusia, kuasa yang dipertanggungjawab kepadanya ketika berada di dunia.
Malangnya, ada manusia yang memegang jawatan seperti itu melakukan perkara-perkara tertentu ikut sesuka hati mereka sahaja. Maklumlah, dia merasakan bahawa kuasa ada di tangannya. Mungkin seorang hakim itu sanggup menjatuhkan sesuatu hukuman tanpa berfikir panjang, mungkin juga sanggup lakukan sesuatu tindakan kerana dirinya boleh dibayar! Perkara-perkara seperti ini sering sangat terjadi dan menjadi berita dunia. Termasuklah hakim syariah yang mungkin biasa menjadi hakim kes nikah-cerai orang awam, namun kerana merasakan 'kuasa besar' berada dalam tangan, mungkin juga boleh lakukan apa sahaja termasuklah menikah dengan cara yang menyenangkan hidupnya! Pergi ke sempadan, atau mungkin membayar upah pada orang lain untuk aturkan dokumen nikahnya, dan seorang hakim yang merasakan dirinya mempunyai kuasa besar, mungkin juga sanggup 'menipu' pada ahli keluarga sendiri untuk melepaskan dirinya. Bolehkah kita percaya pada hakim yang terbukti pandai 'menipu'? Allahuakbar! Hakim apakah jenis itu?
Begitu juga kalau diri menjadi imam masjid, tetapi berupaya untuk memberi nasihat 'berat sebelah', imam apakah kita? Atau mungkin jadi peguam yang mengurus hak-hak lelaki. Kita lakukan sesuatu kerana merasakan bahawa lelaki itu adalah satu kaum dengan kita. Apakah jantina ibu kita? Lelaki atau perempuan?
Malah, macam-macam lagi yang manusia sanggup lakukan kerana beranggapan bahawa diri mempunyai kuasa besar!
Tetapi mereka lupa bahawa kuasa Allah swt itu jauh lagi besar. Sekalipun dapat melepaskan diri dengan salah guna kuasa, namun Allah tetap ada untuk lakukan sesuatu yang jauh lagi adil. Manusia di dunia ini sememangnya tak pernah adil sekalipun memegang jawatan 'hakim', imam, atau peguam, atau apa-apa tugasan penting yang lain, hanya Allah sahaja yang maha adil. Subhanallah. Hanya bila Allah menunjukkan kuasa-Nya, barulah manusia berasa takut dan berdosa. Barulah manusia jadi terketar-ketar, kerana kuasa Allah itu mampu untuk menghapuskan masa depan kita, sekalipun kita pernah rasa berkuasa!
Jadi manusia, menuntut agar kita sentiasa berjaga-jaga jangan sampai lupa daratan. Bila kita pandai menipu, bila kita main-main dengan kuasa yang diberi pada kita, bila kita tidak jujur dan tidak ikhlas dalam tanggungjawab, akhirnya nanti kita akan menangis tak dengar lagu! Allahuakbar! Apabila kita sakiti hati seseorang, Allah pasti akan membalasnya.
Semoga kita jadi manusia yang tak pernah lupa pada kuasa yang ada pada Allaha ta'ala.

Friday, November 21, 2014
Mencari Kesempurnaan Dalam Kekurangan
Assalam
Sempat pula saya blog walking pada pagi ini dan terserempak dengan kata-kata tuan blogger tentang suatu hal yang sangat menarik dalam hidup kita. Kita sentiasa mahukan kesempurnaan hinggakan kadang-kadang kita terlupa bahawa kita sekadar insan biasa sahaja, tidak pernah dijadikan 'perfect' kerana sempurna itu adalah hak Allah ta'ala. Kerana itu mungkin, dalam ketidaksempurnaan hidup kita, kita perlu bersyukur dengan apa sahaja yang dianugerahkan kepada kita, kerana dengan semangat bersyukur kita tidak akan jadi manusia yang hidup 'meroyan' mahukan segala-galanya dan sentiasa bersikap 'dengki' dan 'sakit hati' dengan kekurangan yang ada pada diri. Kita tak boleh tengok orang lebih dari kita, maka kita pun berasa yang kita juga perlu merasa. Hinggakan ada ketika kita terlupa mungkin apa yang kita ada itu sebenarnya memang rezeki kita dan kita tidak tahu pada rahsia Allah. Kita tidak pernah melihat dan tahu akan sebab-musabab kenapa Allah berikan kita hidup yang begitu. Semestinya itulah yang terbaik buat kita. Setiap apa yang Allah aturkan semestinya bersebab kerana itulah janji-Nya. Cuma manusia sahaja yang tak tahu.
Jadi... kenapa kita tak sanggup terima kekurangan? Hidup ini tak boleh kurang ke? Kalau orang berumah besar macam mahligai, salahkah kalau kita hidup dalam rumah yang sederhana saiznya? Kalau orang berkereta besar, kenapa kita juga mahu hidup berhutang sampai ke hidung untuk menunjuk-nunjuk sama, sedangkan kita tak mampu pun? Kalau orang ada keluarga dan kita tiada, sudah jadi masalah besarkah? Kalau orang ada suami dan kita pula tak ada, apakah menjadi hak kita untuk merampas suami orang?
Kalau kita mempunyai perasaan dan niat jahat sebegitu, semestinya kita hidup tidak bersyukur. Kita merupakan manusia yang tamak yang tidak mahu melihat disebalik apa yang Allah berikan kepada kita. Semestinya semuanya ada sebab mengapa hidup kita diaturkan begitu.
Yang penting sebagai orang Islam, kita sempurnakan hidup kita dengan cinta kita kepada-Nya. Kalau itu tidak pernah sempurna, buat apa lagi kita nak berkira-kira, kerana yang utama pun kita tak mampu untuk lakukan. Lihatlah apa yang ada di cermin muka, kita nampak wajah kita, tapi tak pernah kisah dengan apa yang ada di dalam hati.
Manusia ini penuh dengan kekurangan, namun kita sepatutnya bersyukur kerana masih diizinkan Allah untuk berada di dunia yang penuh dengan permainan. Yang pasti ialah di Akhirat nanti. Sudahkah kita bersedia? Wallahuaklam.

Thursday, November 20, 2014
Aduhai... Kenapa Sibuk Sangat Ni?
Assalam
Aaah lah... saya kesibukan teramat sangat. Sejak pulang dari Jepun, ada-ada sahaja kerja yang nak kena buat ni, hinggakan kadang-kadang tak sempat nak update blog. Semalam saya ada appointment dengan wartawan dan by the time saya pulang, dah keletihan. Tukang urut saya pun dah tiba dari Medan, jadi apa lagi... right on time! Badan dah pun sakit-sakt ni asyik berjalan aje.
Pagi ini, saya update blog sekejap kerana selepas ini saya nak ke Bangi, ada appointment dengan rakan baik. Dah lama tak jumpa dia. Mungkin kami nak makan-makan kot sambil relaks-relaks.
Masih ada lagi gambar-gambar yang saya ambil di Jepun yang nak saya uploadkan di blog ini. Sebenarnya banyak juga gambar yang saya juga ambil di handphone, tapi belum sempat transfer lagi.
Satu hal tentang kisah Jepun ni yang tak sempat saya share. Nampaknya di Jepun, terutama Tokyo, memang sentiasa dipenuhi pelancong dari negara China. Mereka suka ke Jepun untuk shopping kerana Jepun hanya jual barang tulen, bukan 'copy cat'. Saya sendiri dan cik abang saya, kami taklah banyak sangat shopping sebab sekarang ini dah musim sejuk, barang-barang pun banyak barang winter yang tak sesuai untuk kita. Apa-apa pun, kami utamakan ahli keluarga, jadi shopping banyaklah untuk mereka, terutama prince dan princess yang ada tu. Hehe. Saya share juga gambar terkini Sharifah Nabeehah yang kami panggil 'Miss Pink' kerana kulitnya berwarna pink.
Satu lagi perkara yang saya nak share tentang Jepun ialah masalah yang sedang berdepan dengan negara mereka. Akibat kemodenan, rakyat Jepun tak banyak beranak dan kini Jepun dipenuhi dengan warga tua. Rakyat Jepun pula merupakan antara rakyat yang umurnya panjang di dunia ini. Rata-rata mereka hidup melebihi 80-90 tahun. Dulu-dulu orang Jepun berkahwin melalui perkahwinan yang diatur famili. tapi sekarang ini kerana dah moden, mereka kahwin atas dasar cinta. Dalam tiga perkahwinan, satu akan bercerai. Jadi negara Jepun juga berdepan dengan banyak masalah sosial termasuk masalah kemiskinan dan kurang tenaga kerja. Mereka tidak bawa orang luar macam negara kita untuk bekerja.
Pun begitu, nampaknya dalam kesibukan saya ini, ada juga orang lain yang lagi sibuk nak mengintai blog saya ni. Mungkin sebab saya dah lama tak update kot... hehe... buat apalah nak sibuk-sibuk lagi kan? Lebih baiklah 'move on' kan? Buat buang masa saja mengintai blog orang.
Anyway... life goes on dan saya percaya pada terma 'what goes round comes round'. Allah maha Adil... tiada manusia yang mampu menjadi hakim yang adil kecuali Allah taala. Sebagai insan, lebih baiklah kita sentiasa buat baik, kerana kita tak sedar bila kita buat tak baik. Dan setiap yang tak baik itu, tetap akan ada balasannya. Wallahuaklam.
Wassalam.
Miss Pink - Sharifah Nabeehah
Taman dalam kawasan hotel kami di Tokyo
Kesibukan di kota Tokyo
Sedang buat kuih apam Jepun - sedap sangat!
Pengantin Jepun dalam beca
Patung Samurai di Taman Imperial palace
Kota Tokyo
Epal Fuji - besar-besar
Tower Tokyo - nak akan Eifle Tower di kota Paris
Saya duduk sebelah pak cik ni... cute kan?
Dalam feri ketika melancong di tasik
On the way to Mount Fuji. Taman negara
Di atas bukit Kuchi-Kuchi ketika naik cable car
Dengan cik abang- enjoying the lovely view at Mount Kuchi-Kuchi
Pemadangannya cantik, kan?

Tuesday, November 18, 2014
Tokyo Yang Canggih
Assalam
Saya lambat update blog hari ini sebab pagi tadi pergi jumpa pembaca setia saya dan kami makan tengah di Universiti Nilai. 'Fine Dining' beb, tapi makan tengah hari bukan dinner... hehe... actually kami melayan pelajar-pelajar program culinary universiti itu yang menyediakan makanan istimewa untuk kami. Alhamdulillah. Memang sedaplah! Terbaik!
Okeylah... nak sambung cerita tentang perjalanan kami ke Tokyo. Sebenarnya pada mula-mulanya, saya agak takut juga kot-kot Tokyo itu tak sehebat cerita orang. Dah lama kami nak ke Jepun, tapi asyik tertunda sahaja. Akhirnya ke sana juga.
Alhamdulillah, kami disediakan hotel yang cantik lagi besar oleh pihak agent yang mengurus perjalanan kami. Hotel kami mempunyai lebih dari 1500 kamar tidur dan setiap ruangnya sangat besar, termasuk tempat makan dan lobi. Malah, kamar tidur kami juga sangat selesa. Biasanya kalau kami ke kota besar, memang payah nak dapat kamar yang luas. Tapi yang paling mengkagumkan ialah toiletnya. Sangat hightech! Malah, bukan hanya di kamar hotel kami, tetapi di kebanyakan toilet public atau tandas awam, juga sangat hightech hinggakan kami tak kisah untuk selalu ke tandas. Dah tu, semua tandas mereka pasti ada toilet paper! Orang Jepun sangat pembersih, tak serupa kebanyakan negara Asia lain, termasuk negara kita. Sangat mudah untuk guna toilet mereka, hanya tekan sahaja tempat-tempat yang disediakan.
Di mana-mana sahaja, semuanya bersih, tetapi tempat mereka tidak disediakan tong sampah. Mereka dididik dari kecil lagi untuk tidak membuang sampah. Sampah sendiri kena bawa balik rumah. Dan di rumah pula, semuanya direcycle.
Kedai-kedai mereka sangat teratur. Tak ada main lambak di merata-rata tempat. Mereka juga berjalan laju, tak ada nak buang masa. Malah, orang Jepun sangat terkenal dengan kerajinan mereka. Apa yang baik itu, biarlah kita jadikan pelajaran dan ilmu buat kita agar kita juga dapat memperbaiki cara kita mengatur hidup seharian. Yang penting, memang elok sangat kalau kita sentiasa mengamalkan kebersihan.
Seperti yang kita sedia maklum, Jepun sangat moden. Dalam pada itu, mereka juga cuba kekalkan budaya tok moyang mereka. Mereka sangat artistic. Semuanya teratur dan tidak bersepah. Kenderaan awam mereka juga sangat canggih. Segala-galanya besar dan selesa. Kami merasa juga naik bullet train atau kereta api laju. Memang pantas sungguh. Perjalanan 150 km hanya mengambil masa setengah jam sahaja.
Tentang makanan pula, alhamdulillah kami tiada masalah untuk mendapatkan makanan halal. Walaupun ramai yang kata Jepun mahal, tapi saya rasa tak adalah mahal sangat kalau dibandingkan dengan negara-negara maju lain. Malah, ada tempat-tempat tertentu di KL juga mahal, mungkin lagi mahal dari Jepun!
Lagi satu yang menarik tentang orang Jepun, mereka sangat berbudi bahasa. Tidak bercakap kasar terutama kalau dibandingkan dengan orang Korea. Mereka juga mempunyai disiplin yang tinggi. Nak buat apa pun mereka mesti beratur tidak bertolak-tolak.
Okeylah... berhenti dulu.
Wassalam.
Dalam bullet train
Inilah rupa bullet train mereka
Tokyo
Japanese garden di kawasan hotel kami
naik cable car
Kawasan hotel
Ueno Park, Tokyo
Di bahagian old city, Tokyo
Minum-minum di sebuah kafe yang berusia seratus tahun
Pasar mereka
Pasar menjual pelbagai barangan
Gerai kebab Turki
Di stesen subway mereka
Lepas penat shopping, berhenti di sebuah kafe
breakfast di hotel
Di laman hotel
Tea break di Panasonic
Bersama pemandu pelancong kami, Kentaro dan Jacky
Tokyo Bay yang canggih
Di Restoran Pakistan
Di luar shopping complex. Belakang tu ada statue of Liberty
Transformers Jepun, Gundam
Eh... kat Jepun pun ada Aina... hehe
Isy, perasannya!
Dalam shopping complex
Ketika melepak di Ueno Park

Subscribe to:
Posts (Atom)