Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, May 05, 2014

Cerita Pembaca

Assalam.

Biasalah kan, bila lama tak jumpa, tentu banyak cerita yang hendak diluahkan kepada saya. Tiap-tiap tahun macam tu. Alhamdulillah.

Kali ini, ada beberapa orang pembaca yang sempat membawa cerita mereka kepada saya. Tak perlulah saya katakan nama-nama mereka, sekadar guna A, B dan C sahaja. Mereka pun tak kisah kalau saya bercerita di blog ini. Sekadar untuk berkongsi dengan pembaca yang lain dan semoga kisah mereka menjadi teladan dan pengajaran buat kita semua, insyaa-Allah.

A bercerita pada saya. Katanya, "Kak... saya ni dah ada anak lima orang, tetapi dah tujuh tahun saya jadi ibu tunggal walaupun anak-anak saya kecil-kecil lagi. Mujurlah saya ada pekerjaan yang mantap. Saya dan bekas suami bercerai masa saya mengandungkan anak bongsu saya. Masa tu saya dah sarat pun. Dia mengamuk dengan saya, dia pecahkan lap top saya, lepas tu dia sepak saya... saya jadi sakit sangat-sangat. Akak tengoklah anak bongsu saya ni... dia terencat sikit, akibat perbuatan bekas suami saya tu. Akak... elok ingatkan pembaca akak... kalau kahwin, elok jangan kongsi apa-apa pun dengan suami. Nak beli apa pun, beli atas nama sendiri. Orang lelaki ni... kita tak boleh nak agak perangai mereka. Tiba-tiba aje boleh berubah."

B pula bercerita. "Kak... dulu memang saya kata pada akak yang saya ni nak kahwin. Tapi akak pun tahu kan... lelaki tu suami orang. Akak pun pernah pesan pada saya, tak usahlah menyusahkan hidup dengan berkahwin dengan suami orang. Dulu... saya macam berat nak dengar cakap akak. Konon-konon cinta kot. Tapi... lama-lama, kak... saya ubah fikiran. Saya tahu, kalau dia boleh menipu isteri dia, mesti dia juga menipu saya. Kalau dia kata yang isteri dia tu konon-konon tak layan dia, tapi bila saya suruh dia bincang dengan isteri dia dulu, dia tak mahu. Maknanya dia nak kahwin dengan saya dengan cara berahsia. Saya rasa tak yakin, kak. Orang macam tu, memang kaki kelentong. Nanti sampai masa, saya pun dia akan kelentong juga. Lebih baik saya blah sebelum terperangkap dalam penipuannya."

C pula berkata pada saya. "Kak... kita selalu salahkan orang lelaki kalau kita tahu mereka buat hal. Kita kata lelaki menipu lah, tak jujurlah, tak ikhlas lah... tapi bagi saya, perempuanlah yang menjadi puncanya kenapa lelaki yang kita kenal boleh buat hal. Akak tengoklah... sekarang ni, terlalu banyak perempuan yang kelakuannya macam sampah! Mereka sanggup buat apa sahaja untuk menjual maruah. Ada tu gilakan duit atau harta, ada tu memang gila seks, kak! Last-last, perempuan macam ni dicampak ke dalam tong sampah! Asal pun dah sampah, kan... tapi masalahnya, merekalah punca kerosakan rumah tangga orang lain."

Adoii... gerun kan? Bila mendengar cerita-cerita seperti ini, meremang bulu roma kita, kan? Apa yang mereka ceritakan kepada saya, pasti ada kebenarannya. Dunia di akhir zaman memang begitu kot. Masing-masing terlupa pada Tuhan. Nafsu yang diutamakan. Masing-masing buat apa sahaja tanpa fikirkan kesan atau dosa pahala. Nauzubillah.

Semoga kita jadi manusia yang sentiasa bertimbang rasa pada insan lain. Semoga kita amalkan hati yang mulia, agar kubur kita terang benderang, tidak gelap dan rasa terhimpit!

Wassalam.




Pesta Buku Dah Selesai

Assalam

Pesta Buku sudah pun berakhir buat tahun 2014. Biasanya saya tak join pun pesta buku-pesta buku yang lain. Seperti biasa, ketika pesta bukulah saya akan berjumpa dengan pembaca-pembaca saya terutama yang 'hardcore'. Alhamdulillah, Tuhan berikan rezeki, masa dan kekuatan untuk saya berjumpa dengan semua yang saya sayang. Syukran.

Kali ini, buat pertama kalinya saya berjumpa seorang pembaca yang datangnya dari Melaka dan beliau beria-ia beritahu saya yang dia berusaha sangat-sangat untuk berjumpa dengan saya. Akhirnya dapatlah berjumpa, tetapi malangnya sebab kalut sangat kami berbual-bual hingga terlupa nak ambil gambar. Apa pun, saya sangat suka berjumpa dengannya kerana pembaca ini sempat menyuntik semangat buat saya. Alhamdulillah.

Kepada Aishah yang datang dari Singapura, thank you so much kerana berusaha untuk datang juga walaupun anda kesibukan dengan kenduri kahwin anak saudara. Begitu juga pembaca-pembaca yang lain, alhamdulillah kerana kita dapat bertemu. Kepada Nurain (cahaya mata), Rozie, Diyana... terima kasih ya... tak pernah lupa pada Kak Aina. Syukran. Kepada semua yang saya tak sebut nama, saya tetap sayangkan anda dan terima kasih tak terhingga kerana datang berjumpa saya setiap tahun. Semoga Allah SWT balas budi baik anda semua. Amiin.

Sekarang ini, saya terpaksa fokus semula dengan kerja-kerja yang belum selesai. Apa pun, insyaa-Allah saya akan terus update blog ini.

Wassalam


    Terima kasih buat semua pembaca yang saya sayang. Panjang umur, kita akan berjumpa lagi insyaaAllah.
Dengan Rozie
                                                           Dengan pembaca budiman
                                                            Dengan pembaca dari Sabah
                                                Dengan Aishah dari Singapura
                    Pembaca ini adalah hardcore, dari kecil hinggalah dah ada anak, tak pernah miss buku saya.
                    Dari Johor pun dia tetap datang berjumpa saya. Begitu juga ibunya. Syukran!

                                                       Dengan pembaca budiman
                                                         Dengan pembaca setia