Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, September 07, 2016

Jangan Cepat Buat Andaian

Assalam

Pagi yang dingin kerana hujan turun dari awal pagi lagi dan sekarang masih hujan. Best!

Kadang-kadangkan kita sebagai manusia seringkali cepat buat andaian. Kita juga mudah berburuk sangka. Bila kita lakukan sesuatu dan sesuatu itu tak menjadi seperti yang kita mahukan, maka kita pun terus melompat atau melatah dan membuat andaian yang tak elok! Huhu... saya tak cakap pasal orang lain tetapi bercakap tentang diri sendiri.

Dua hari yang lepas, saya hantar message kepada seseorang kerana mahu minta tolong padanya. Saya hantar message sebab saya tahu dia mungkin ada pengalaman tentang hal yang saya maksudkan dan pasti mampu untuk memberi nasihat pada saya. Tapi malangnya, selepas hantar message itu, member saya itu hanya mendiamkan diri dan tidak terus respond. Saya pun mula gelisah dan mula beranggapan yang dia tidak sudi menolong saya. Hati saya mula berasa geram dan mula juga berteka-teki. Semuanya negatif belaka. Akhirnya saya berkata dalam hati, 'Ah biarlah dia tak nak tolong, agaknya eksyen sangat kot!'

Tup-tup lewat petang semalam, dia membuat panggilan kepada saya. Masa tu dah lewat petang. Mula-mula dia call saya tak sempat jawab, jadi dia call sekali lagi, barulah saya jawab.

Katanya kepada saya, "Eh sorrylah I tak terus jawab message you sebab I terlalu occupied. Sekarang I free... okey.... bla bla bla...." Dia mula memberi penjelasan tentang apa yang saya tanyakan tu. Akhirnya dia berkata, "Macam ni lah... apa kata kalau I sendiri bawak you jumpa dia. Dia kenal baik dengan I. Mesti dia akan tolong you. I pun suka dengan plan you ni. Kalau you mintak sendiri, mungkin susah nak dapat atau lambat dapat sebab prosidurnya macam-macam. Tapi kalau dia mahu, dia boleh luluskan."

Saya jadi excited dan tersenyum-senyum. Akhirnya saya sangat marah pada diri saya kerana terlalu mudah melatah dan buat andaian yang bukan-bukan. Rupa-rupanya dia tak eksyen pun, cuma hati saya saja yang mengandaikannya.

Allahuakbar, sebenarnya begitulah kita kan... biasanya suka buat andaian yang bukan-bukan. Terlalu mudah!

Ampunkan aku ya Allah...

Semoga saya akan berhati-hati selepas ini agar tidak cepat buat andaian. Insyaa-Allah. Aamiin.


                                                  Cantik tak tempat macam ni?