Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, February 16, 2015

Relak-Relakslah, Beb!

Assalam

Alhamdulillah hari ini hari Isnin, semoga anda mulakan kerja dengan baik-baik. Sebenarnya sebagai seorang Muslimah, saya sentiasa berpesan-pesan serta mengingatkan diri saya serta anda semua, agar kita sentiasa fikirkan yang baik-baik, buat yang baik-baik, agar hidup kita jadi baik dan akhirnya nanti Allah swt berikan yang terbaik di akhirat nanti. Kalau kita fikirkan benda-benda yang tak baik, maka pasti hidup kita dan kemungkinan akhirat kita jadi yang tak baik juga, nauzubilah min zalik.

Semalam petang, kami sempat meronda-ronda sampai ke Pantai Morib melalui pekan Banting. Memang dah lama sangat tak ke sana, dah banyak perubahannya. Kami tak turun pun, sekadar melihat-lihat sahaja. Mujurlah jalan tak 'jam'. Biasanya saya tak suka ke arah sana kerana kesesakan jalan raya.

Minggu ini kami rancang untuk relaks-relaks, tak rancang untuk ke mana-mana yang berjarak kerana mahu elak dari kesesakan jalan raya dan kesibukan. Anak-anak saya, mereka semua keletihan kerana kesibukan menjalankan tugas masing-masing, jadi mereka mahu mengambil kesempatan untuk berehat sahaja. Saya dan suami kami memang bersetuju kerana kami juga perlukan masa untuk menjalankan aktiviti peribadi kami. Bulan ini kami tiada rancangan untuk ke luar negara. In syaa Allah bulan March nanti barulah kami akan keluar lagi. Jadi, biarlah kami juga berehat-rehat di rumah. Pastinya kami akan kesibukan di Lenggeng juga, in syaa Allah.

Semoga kita sama-sama fikirkan yang baik-baik, buat yang baik-baik dan semoga Allah berikan yang terbaik buat kita dunia akhirat, aamiin.

Wassalam.