Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, July 12, 2010

Nak Tulis Best Seller



Okeylah... Sepanyol menang! Kan saya dah kata... Belanda main bola macam hantu! Kasar gila. Memang saya kesian pada Andres Iniesta kerana selalu sangat kena buli. Maklumlah, dia comel aje. Tapi akhirnya Iniesta berjaya masukkan gol untuk Sepanyol. Maka Sepanyol jadilah juara untuk Piala Dunia buat kali pertamanya.

Seperti yang dijangkakan, orang-orang di benua sana, termaksuklah di Malaysia, tak sudah-sudah bercerita tentang Paul, si sotong Jerman yang buat ramalan dengan tepat. Kalau sotong tu ada di Malaysia, mungkin sudah dianugerahkan pingat 'Dato'... hehe, biasalah kan? Apa pun, mungkin sotong buat ramalan melalui instinct yang dia tak tahu dia ada. Tapi... alahai, buat apa nak percaya dengan sotong?

Lepas ni, amanlah... tak ada lagi cerita pasal bola. Boleh teruskan aktiviti macam biasa. Kalau tidak, ke mana pergi pun, tak ada cerita lain tetapi BOLA!

Okeylah... tak mau cerita pasal bola lagi, jom sembang pasal benda lain. Kali ini, nak cerita pasal penulisan pulak. Ada orang bertanya pada saya, "Kak Aina macam mana nak buat buku yang Best Seller?"

Aduhai... susah juga nak jawab tu. Sebenarnya bagi saya, 'Kelainan' dan 'Stail penulisan' itulah yang paling penting. Kalau ada kelainan, mungkin orang akan rasa sesuatu apabila membaca novel kita. Dan biasanya, kalau novel kita dah jadi Best Seller... novel yang lain akan turut juga, sebab mungkin kita dah mula ada pengikut yang suka dengan stail atau cara kita.

Bagi saya, memang tak ada formula yang tepat untuk pastikan buku jadi Best Seller. Bergantung juga pada nasib. Kadang-kadang, orang kata buku kita hebat, tapi tak mestinya jadi 'trend' dan sebab itu mungkin susah nak jual.

Tak semestinya juga, buku Best Seller menepati citarasa kita. Misalnya buku Ayat-Ayat Cinta yang ditulis HabiburRahman, tak semua orang suka dengan tulisannya walaupun bukunya sudah terjual melebehi satu juta (katanyalah). Ada orang merasakan cerita yang disampaikan penulis terlalu 'perfect to be true'. Tetapi yang penting, ramai yang merasakan ada sesuatu yang berbeza di bukunya itu.

Biasanya juga, kita jangan suka mengikut stail orang lain kalau mahu orang suka dengan gaya penulisan kita. Kalau kita suka mengikut, mungkin sekali-sekala sahaja orang suka membaca buku kita.

Ada juga pembaca memberitahu saya yang dia tak suka gaya penulisan novel yang 'terlalu remaja'. Katanya dia tidak suka gaya cerita yang terlalu 'jiwang kosong'. Dia juga tak suka dengan trend penulisan yang terlalu banyak lawak jenaka hinggakan macam tak serius.

Okeylah, mungkin bagi saya, sebagai penulis, kita ada gaya dan kesukaan sendiri yang tak sama dengan orang lain. Kalau kita guna cara kita itu, mungkin kita akan mulakan suatu trend yang baru yang disenangi oleh pembaca kita. Saya rasa, pembaca ingin mencari sesuatu yang berbeza bila membaca, tak mahu asyik membaca benda yang macam nak sama. Itu pendapat saya sahaja.

Apa-apa pun, tulislah apa yang kita seronok nak tulis dan kita rasa orang nak baca. Kalau kita suka tapi orang tak suka pun susah juga, dan kalau kita main tulis apa-apa sahaja pun tak boleh juga. Cuba lakukan apa yang kita rasakan terbaik buat kita dan semua. Insya-Allah... kita akan berjaya.