Assalam
Dah pun pekena kopi tadi, alhamdulillah. Kalau tak minum kopi, memang rasa agak janggal. Apa-apa pun, alhamdulillah hari ini cuaca baik sahaja. Awal pagi tadi saya ke pusara ibu saya, menyiram pokok bunga yang saya tanam di atasnya. Maklumlah musim kemarau, kalau tak siram mati pulak pokoknya.
Al Fatihah buat arwah ibu saya.
Hari ini juga anak-anak saya kesibukan. Ada yang ada program petang nanti, ada yang kena 'outstation' lewat petang kerana ada urusan hingga hari Sabtu. Saya pula, in syaa Allah akan berikan sokongan kepada mereka. Begitu juga suami saya. Kami akan hadir 'function' yang diaturkan di Cyberjaya petang ini.
Bagi saya memang penting untuk memberi sokongan kepada anak-anak. Merekalah harta kami dunia akhirat dan kami juga sangat pasti, sebanyak mana kasih kami buat mereka, mereka juga menyayangi kami, in syaa Allah. Biar sama-sama susah dan sama-sama merasa senang. Biar kami pikul segala beban di atas bahu kami beramai-ramai, jadi tidaklah berat sangat. Begitulah bila kita menjadi seorang ibu, hal ehwal keluarga pastilah sangat penting. Ibulah menjadi fokus ahli keluarga. Semestinya dalam keluarga kami, saya merupakan 'centre of the point' keluarga. Bukan hanya saya menjadi tempat bergantung anak-anak, saya juga menjadi tempat sandar sang suami. Semoga Allah swt memberikan kekuatan buat saya dan ahli keluarga. Setakat ini, alhamdulillah Allah melancarkan segala perancangan walaupun kadang-kadang ada rintangan.
Kadang-kadang ada manusia di luar sana yang sengaja mahu sabotaj, tapi tak apa... kerana kita ada Tuhan yang maha esa, maha melindungi.
Siapalah kita kalau kita tak mahu ambil kisah tentang keluarga? Siapalah kita kalau kita sekadar pentingkan diri sendiri sahaja? Memang kita boleh buat semua itu, tapi... padahnya memang ada. Tanpa keluarga hidup kita pasti jadi kosong. Walaupun mungkin dapat tersenyum buat seketika, namun hidup akan akhirnya jadi sengsara. Apatah lagi bagi yang dah biasa hidup berkeluarga. Tanpa keluarga hidup memang tiada makna.
Semoga Allah swt terus memberi kami hidayah dan jalan yang terbaik untuk ke akhirat nanti.
Wassalam.
Semasa kami bercuti di Chiangmai, Thailand tahun lepas.