Assalam
Hari ini saya busy sikit. Kami akan ke Shah Alam untuk urusan bertunang anak saudara saya. Awal pagi tadi, kami ke Lenggeng dulu. Pagi tadi angin sangat kuat, memang bestlah kat Lenggeng. Lepas tu kelam-kabut balik ke rumah. Sekarang ini kami sedang siap-siap untuk ke Shah Alam pula.
Wassalam.
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Saturday, January 31, 2015
Friday, January 30, 2015
Jom Kongsi!
Assalam
Ilmu yang baik patut kita kongsi sama-sama. Pun begitu, bukan semua benda dalam dunia kita kena kongsi, biar kita pilih-pilih mana yang patut sahaja. Ada orang... mungkin terasa apa saja yang dia nak, dia pun nak ambil... tak payah fikir apa-apa. Terasa macam berhak apa saja.
Okeylah... semalam saya dapat satu message, yang bagi saya sangat interesting dan berilmu. Memang kita biasa terima message daripada kenalan kita, kadang-kadang sampai tak henti-henti. Macam-macam benda yang nak dipaparkan, tetapi bukan semuanya bagus untuk kita kongsi. Tetapi bila saya membaca message yang dikirim ini, saya terasa mahu kongsi dengan orang lain juga. Satu peringatan buat kita semua, semoga kita jadikan panduan perjuangan hidup di dunia ini.
Dalam surah 89, Al-Fajr, ayat 15 dan 16, Allah swt berfirman yang berbunyi, "Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata, "Tuhanku telah memuliakanku." Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, "Tuhanku telah menghinaku.""
Ayat di atas ini sebenarnya menjelaskan kepada kita bahawa dalam apa jua keadaannya, yang kaya atau miskin, manusia ini tetap diuji. Dalam kedudukan di atas atau di bawah, iman kita tetap diuji-Nya.
Mungkin kerana kebanyakan manusia tidak sedar, maka manusia sering menyoal bila mereka mendapat ujian berat seperti sakit, kehilangan, kurang rezeki dan macam-macam lagi. Bermakna, manusia sering merungut-rungut tak puas hati. Namun apabila Allah berikan kecemerlangan seperti kekayaan, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah-lipah, rumah besar, kereta besar dan macam-macam lagi, mereka sering tidak bertanya apa-apa lagi seolah-olah itu adalah haknya.
Bila dapat, kita kata itu hak kita, Bila diambil, kita marah pula.
"Sometimes you are not satisfied with your life, while many people in this world are dreaming of living your life."
Apabila kita terlupa untuk bersyukur, kita akan terus marah-marah dan mencari jalan untuk buat apa-apa sahaja asal kita dapat apa yang kita mahukan. Namun apabila kita diberi, kita terlupa untuk merasakan bahawa apa yang kita dapat ini masih tetap Tuhan yang punya.
Kerana itulah tak banyak orang kaya yang rasa bahagia walaupun duduk dalam rumah besar dan punyai semuanya. Mungkin ada yang lupa untuk bersedekah, membayar zakat dan menjaga orang tuanya. Tak semestinya orang miskin pula rasa seronok, kalau hidupnya asyik merungut-rungut. Asyik rasa tak puas hati.
Kebanyakan kita manusia punyai rasa sakit di hati bila melihat akan kehidupan orang lain, sedangkan kita terlupa bahawa apa yang kita punyai itu adalah yang terbaik buat kita.
Selagi kita manusia terlupa untuk berasa insaf dan terus bersyukur, selagi itulah semuanya tak akan memuaskan hati kita.
Pada hari yang mulia ini, jom kita kongsi ilmu ini agar kita terus jadi insan yang hidup bersyukur di atas segala ujian Allah swt.
Wassalam.
Sharing is caring

Thursday, January 29, 2015
Tak Menulis Ke?
Assalam
Hari ni lambat sikit update blog. Tadi pagi, kami ke Lenggeng, lepas tu barulah pulang ke rumah. Alhamdulillah, perkembangan di Lenggeng sangat memberansangkan. Nampaknya tahun ini, itulah menjadi prioriti saya dan suami. Terpaksa juga tangguhkan banyak perancangan untuk melancong. Bukan batal semua, tapi kena kurangkanlah.
Okeylah... ada yang bertanya pada saya, novel baru tak ada ke Kak Aina? Alahai... saya masih merangkak-rangkak sambil menulis manuskrip baru. Oleh kerana banyak aktiviti lain, saya terpaksa memperlahankan kerja penulisan saya. Bukan tak minat dah, tapi saya juga terpaksa fokus dengan hal-hal lain yang juga sangat penting. Tentang hal penulisan ini, semestinya sentiasa penting buat saya kerana ini merupakan sesuatu yang sangat dalam di jiwa saya, in syaa Allah.
Saya tak pernah rasa bosan untuk menulis dan kerana itulah saya juga rajin update blog saya ini. Cumanya... biasalah... kadang-kadang ada hal-hal lain yang juga perlukan perhatian dan komitmen saya. Alhamdulillah. Tulis tetap tulis... walaupun agak perlahan.
Apa pun, mood saya sangat baik hari ini kerana saya berpuas hati dengan apa yang saya lihat di Lenggeng pagi tadi. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan suasana jadi ceria. Cuaca kering juga sangat membantu. Alhamdulillah ya Allah.
Wassalam

Wednesday, January 28, 2015
Hidup Yang Bukan Perfect 10!
Assalam
Saya akui bahawa saya tidak pernah hidup dalam kehidupan yang serba sempurna. Tidak ada perfect 10 buat saya. Namun alhamdulillah, dalam kesederhanaan kehidupan saya itulah saya merasakan satu kepuasan. Bahagia atau tidak, juga sangat subjektif mungkin kerana kita hanyalah manusia biasa. Kalau kita kata kita bahagia, maka bahagialah yang kita rasa, tetapi kalau kita rasa tak bahagia, mungkin itu juga yang kita rasa, kan?
Alhamdulilllah, dalam hidup itulah yang saya cari, satu keadaan yang sederhana sahaja, saya tidak pernah meminta apa-apa yang lebih. Biar serba okey, serba ada, serba merasa dan serba sederhana. Saya sentiasa berasa syukur pada Allah swt sekalipun ada ketika saya diuji. Ada ke manusia yang tidak diuji? Kalau tiada ujian, maka mungkin tak teguh iman. Biarlah saya jadi insan yang hidup beriman, bertakwa pada Ilahi, lebih baik daripada insan yang tersesat jalan.
Apa yang buat saya suka?
Dalam hidup saya yang sederhana ini, saya sangat suka bila di awal pagi pada hari bekerja, anak-anak saya datang ke rumah dan berkumpul di meja makan kami. Kadang-kadang ada yang sudah pun bersarapan, tetapi mereka tetap duduk dengan saya dan suami, kami sama-sama minum kopi. 'Morning coffee' yang sangat bermakna buat saya. Di meja itulah kami berbual, berbincang mungkin dan bercerita tentang apa sahaja yang mungkin ada kaitan dengan kerja, dengan negara dan juga tentang dunia. Di situ juga saya sering ingatkan anak-anak, agar jadi manusia yang mendahului Allah swt dalam segala tindakan. Jangan sekali-kali terlibat dengan perbuatan jelek seperti aktiviti 'rasuah'. Buat kerja biar penuh amanah sekalipun banyak musuh di luar sana.
Kadang-kadang, ada anak-anak saya yang makan malam bersama kami juga. Selalu juga kami berkumpul di hujung minggu untuk lepak bersama-sama. Biasanya kami lakukan ini bila ada apa-apa yang kami nak raikan. Tetapi kalau masing-masing sibuk, tak adalah.
Sekarang ini, empat-empat anak saya bekerja dengan dua syarikat keluarga kami. Yang sulung dan yang kedua, mereka menguruskan satu syarikat dan yang ketiga dan bongsu, mengurus satu lagi syarikat. Alahmdulillah mereka pergi kerja bersama-sama dan rumah saya dijadikan 'port' mereka untuk bertembung.
Saya dan suami juga sangat seronok melayan cucu-cucu yang mempunyai macam-macam kerenah. Walaupun kadang-kadang bising, kami tetap berasa tenang bila si kenit-kenit ada di rumah kami. Kelakuan dan kerenah mereka itulah yang sangat menghiburkan. Semoga Allah swt pelihara mereka dunia dan akhirat.
Rutin harian saya sangat biasa-biasa sahaja. Taman saya adalah penting dalam hidup saya. Saya sangat suka dengan segala macam tanaman yang ada dan saya pastikan saya dan suamilah yang memberi fokus di situ. Kadang-kadang di waktu petang, kami akan melepak di kawasan balkoni untuk minum teh petang.
Saya tahu apa yang saya lalui setiap hari tentunya bukan sesuatu yang 'perfect 10'. Ada-ada sahaja yang kadang-kadang membuat kita rasa stress. Tetapi saya bersyukur Allah berikan semua yang terbaik sekalipun tidak lari dari cabaran dan ujian. Segala cabaran inilah yang membuatkan diri kita bertambah dekat dengan Tuhan.
Paling saya benci kalau ada yang cuba mendekati kami dengan perasaan yang tidak ikhlas. Bagi saya, kalau ada agenda lain yang bukan seperti apa yang dibentangkan, lebih baiklah pergi jauh-jauh.
Saya memang suka berkawan dan saya akui yang saya mempunyai banyak kawan. Dalam pada itu juga, kadang-kadang saya berjaga-jaga. Memang kita tak nafikan ada manusia yang suka pakai topeng bila berkenalan dengan kita. Namun alhamdulillah, kawan-kawan saya bukan sekadar mereka yang sama usia dengan saya, tetapi ramai yang umurnya masih muda termasuk pelajar-pelajar universiti. Mereka sudi menjadikan saya kawan baik mereka. Alhamdulillah. Betapa Allah berikan nikmat ini buat diri saya, walaupun tidak 'perfect 10', saya bersyukur.
Wassalam.
Sharifah Nabeehah - Puteri terbongsu dalam keluarga
Tempat yang menghiburkan hati saya
Tempat lepak sambil minum teh petang di balkoni
Kawasan yang selalu tenangkan hati dan jiwa

Tuesday, January 27, 2015
Tak Puas Hati
Sekadar hiasan
Assalam
Dalam banyak keadaan, manusia selalu tak berpuas hati sekalipun setelah melakukan kesilapan. Masalahnya juga, ketika buat salah dan silap, hati kecil pula menafikannya.
"Bukan aku yang salah!" Begitulah suara yang terdengar bergema dalam jiwa.
Sebetulnya, manusia segan untuk mengaku akan kesalahan diri kecuali memang ketara mungkin, atau bila ditangkap kerana melakukan kesalahan itu.
Saya bukan berkata tentang kes jenayah sahaja, malah apa-apa kes sekalipun, termasuk perhubungan suami isteri, cintan cintun antara makwe dengan pakwe, antara adik-beradik dan macam-macam lagi, termasuklah di tempat kerja.
Biasanya juga, bila kita lakukan sesuatu, pasti bersebab, kan? Kadang-kadang sahaja kita melakukannya tanpa sedar. Ada ketika, hati yang lembut mudah tergoda dengan kata-kata, maka terjadilah sesuatu di luar dugaannya. Bila tersedar, barulah nak menangis. Menyesal!
Pun begitu, ada juga yang tak menyesal kerana dia tidak merasakan dirinya buat salah. Dia masih cuba menegangkan benang yang basah! Katanya, "Aku tak buat salah pun! Aku nak cari pahala apa. Aku nak buat benda baik... dia tu yang tak baik!" Huhu... masih berbunyi lagi hati kecil yang menafikan kesilapannya.
Kerana itu mungkin, dia tak berpuas hati. Sekalipun perkara dah berlalu pergi, hatinya masih berasa geram dan marah-marah. Masih lagi dia menafikannya dan kalau boleh mahu sahaja dia menyalahkan orang lain! "Salah dia lah ni! Dia yang jahat!" Huhu... orang lain juga yang salah...
Dia terlupa untuk menilai dirinya sendiri. Dia terlupa bahawa keasalahan itu dilakukan kerana dia yang pilih untuk melakukannya. Paling malang, kerana dia melibatkan orang lain sama! Dia cuba punahkan hidup orang lain kerana dia sedang mencari kebahagiaan!
Adoii... kenapa kita jadi bodoh sangat, kan? Kenapa kita pilih untuk membodohkan diri? Bukankah kita akan tahu jua, kalau cara yang kita pilih itu tidak menepati jalan yang soheh, maka segala-galanya akan punah jua! Kalau nak buat benda baik, kenalah cari jalan yang baik juga. Kalau kita berangan-angan nak buat benda baik tetapi dengan strategi kotor, maka akhirnya diri kita juga yang jatuh ke dalam lembah yang kotor lagi menjijikkan. Lepas tu... dah tak tahu macam mana nak keluar. Dah tak tahu macam mana nak cuci diri yang kotor tu!
Hati masih geram. Sakit tetap tak mahu pergi. Dia pun tercari-cari... kalau boleh nak membalas kot. Tapi tak terdaya. Dia mengintai-intai lagi dan terus mengintai kerana tak puas hati. Terus terasa sakit tapi tak dapat nak meluahkannya. Takut orang lain tahu. Tak mahu orang lain tahu tentang dirinya itu. Malu! Jiwa pun mungkin terganggu kerana lukanya tak hilang-hilang!
Adoii... mungkin sampai mati pun dia akan terus menafikan bahawa bila dia melakukan kesalahan, itulah padahnya!
Semoga kita pilih jalan yang lurus dan semoga iman kita sentiasa diteguhkan Allah ta'ala. Aamiin.
Wassalam.
Monday, January 26, 2015
'Strong Character' atau 'Be Yourself'?
Assalam
Banyak orang kata, 'Be yourself' lah... itu kan diri kita sendiri? Tetapi, mungkin 'be yourself' sedang membendung satu karakter atau perwatakan yang lemah atau lembik! Suka terpengaruh dengan cakap orang, senang kena kelentong, tak bijak berfikir, tak pandai buat keputusan, mungkin juga sangat mudah terpengaruh atau terperangkap dengan 'kata-kata yang mencairkan hati.'. Banyak orang yang begitu, bermakna walaupun mungkin itulah karakter asalnya, namun karakter itu mudah mengundang malang!
Bila orang luar dapat melihat kepada kelemahan perwatakan kita, mereka sering ambil peluang!
Banyak juga orang yang lemah perwatakannya, memilih untuk mencari pasangan yang 'strong character', kerana mungkin dia sedar akan kelemahannya. Kalau terus-terusan terpengaruh dengan 'be yourself', kemungkinan besar akan selalu 'terkantoi'!
Biasanya juga, orang yang mempunyai 'strong character' tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata sekalipun kata-kata yang mencairkan hati. Sebelum buat keputusan, mereka akan berfikir dulu sekalipun banyak benda yang mampu mempengaruhi fikiran mereka. Orang yang 'strong character', mereka tidak takut dengan 'threats' atau 'ugutan'.
Jadi memang payah nak belit atau nak kelentong orang yang perwatakannya kuat.
Kadang-kadang, ada orang 'curious'. Sifat ingin tahu itu kalau tak betul gaya, mampu memperangkapnya dalam situasi yang dia sebenarnya tidak suka. Malangnya, orang yang punyai watak lemah sangat mudah mengambil langkah yang silap.
Strong character pula, walaupun mempunyai daya kreatif yang lebih dan juga 'semangat ingin tahu' yang luas, namun mereka tidak mudah terperangkap dalam keputusan yang salah. Orang yang mempunyai 'watak kuat' biasanya akan mengambil masa untuk berfikir, tidak mudah 'tergoda'!
Dalam erti kata yang lain, kita mudah melihat pada karakter-karakter manusia, sama ada watak mereka itu kuat atau lemah. Kalau punyai karakter lemah, memang bahaya kalau kita amalkan semangat 'be yourself', kerana tanpa berjaga-jaga, manusia yang punyai watak yang lemah akan selalu terbelit dan membuat keputusan yang salah. Akan ada yang mengambil kesempatan!
Cuba anda duduk dan fikirkan hal ini. Bukan maknanya bila badan tegap, suara kuat, orang begini mempunyai watak yang kuat, kadang-kadang banyak yang kelihatan hebat sebenarnya mereka mempunyai watak yang lemah! Perwatakan adalah terdiri daripada diri kita dan melibatkan keputusan yang kita ambil. Jadi... cemerlangkanlah hidup kita melalui pembinaan watak yang lebih kukuh. In syaa Allah, kalau kita dekatkan diri dengan Allah swt dan banyak berdoa, kita mampu menjadi manusia yang 'tidak lemah' wataknya.
Wassalam
sekadar hiasan

Sunday, January 25, 2015
Ada Aku Kisah?
Assalam
Penting sangat ke apa warna kulit kita? Putih tu cantik... dan tak putih tu tak cantik ke? Adoii... kalau otak kita terkunci dengan fikiran yang macam itu, maknanya kita memang terperangkap dan memang kita jenis tak bijak. Sama ada kita kolot atau mungkin memang kita bahlul! Tapi... itu juga sebahagian daripada realiti kehidupan orang Melayu. Kita taksub memandang warna kulit orang. Konon-konon yang putih gebu itulah yang cantik, biar macam tempoyak pun tak apa! Huhu... bab tempoyak tu saja saya seronok menambah.
Kita terlupa bahawa kadang-kadang, tak penting pun wajah orang itu cantik ke tidaknya... tapi kalau hatinya cantik, serinya kelihatan di wajah. Kita senang dengan wajah yang berseri-seri.
Dah jadi macam penyakit orang kita hari ini, sibuk nak cerahkan warna kulit. Mereka tak kira pun sebenarnya perkara itu adalah tak baik dalam Islam. Kita tak boleh menukar apa yang Allah dah bagi pada kita, kecuali kalau ia memudaratkan diri kita. Yang peliknya, ada wanita tu siap bertudung labuh lagi, tapi sangat taksub untuk memakai produk bagi memutihkan kulit wajah dan tubuhnya. Sanggup buat apa sahaja asal dikatakan putih gebu. Tapi kalau kita lakukan sesuatu secara 'artificial', tentulah akan ada kesan buruknya, kan? Adoii... lantaklah, siapa nak beria-ia memutihkan kulit muka dan badan. Ada aku kisah?
Itu satu halnya... lagi satu ialah tentang menyebar cerita-cerita yang mengaibkan. Kadang-kadang nak tergelak juga kita melihat telatah manusia ni. Konon-konon marah sebab ada orang mengaibkan orang lain, tapi masalah besarnya si tukang marah tu, dia pun sama-sama menyebarkan cerita aib atas alasan nak bagi tahu orang lain! Hah... jadi buat apa kita nak bising-bising? Bukan ke kita kat Malaysia ni memang pakar aib-mengaibkan? Pakar juga menyebar fitnah?
Huhu... mungkin ada yang marah bila baca artikel saya ni, tapi bukan kah itu satu realiti yang sering sangat terjadi?
Okeylah... saya sering sibuk. Esok pun tak update blog kot... sebab akan keluar daerah. Hari ni sibuk masak lunch untuk famili... semalam sibuk makan di luar. Adoii... kadang-kadang jadi bosan kalau selalu sangat makan luar. Jadi... sibuk pun saya cuba juga masak di rumah.
Take care... jumpa lagi di entri satu lagi. Bye2 and wassalam.

Friday, January 23, 2015
Mula-Mula Cuba, Lepas Tu Terlupa...
Sekadar hiasan
Assalam
Semoga hari Jumaat ini kita diberkati Allah swt. Aamiin.
Hari yang elok untuk mengingatkan diri sendiri dan juga teman-teman yang kunjung ke mari. In syaa Allah.
Setiap hari saya cuba beritahu diri ini agar lakukan perkara yang baik-baik sahaja. Sememangnya kita mudah tergoda untuk melakukan perkara-perkara buruk (mungkin tak besar pun) tetapi kalau kita rajin berdoa, in syaa Allah diri kita terasing daripada segala perbuatan negatif.
Masalah yang sering berdepan dengan individu ialah untuk mencuba. Inilah yang dikatakan 'mula-mula cuba, lepas tu terpedaya... atau terlupa... atau terpengaruh... atau terbeban.' Terpulanglah bagaimana kita dapat menguruskannya. Setiap perbuatan tak baik atau negatif itu, kalau kita pilih untuk mencubanya, pasti akan membawa bencana dalam hidup.
Begitulah hidup mereka yang mula-mula mencuba, kemudian menagih. Seperti si penagih dadah, si penagih judi, si kaki minum, si kaki perempuan... dan macam-macam lagi. Biasanya juga perbuatan negatif berlaku pada diri individu kerana terpengaruh dengan pujukan rakan-rakan. Kadang-kadang seorang rakan sahaja sudah mampu untuk mengubah hidup dan masa depan kita. Seorang kawan, kalau tak betul gayanya mampu membawa kita ke pintu neraka!
Saya membaca kisah benar seorang wanita Mesir, yang pada asalnya hanyalah orang biasa sahaja, tetapi kerana tekanan hidupnya, tahu-tahu dia berubah dalam usia yang muda, daripada hidup biasa menjadi seorang pelacur. Katanya juga, di Mesir (ini kisah zaman sekitar 1960-an) ramai perempuan menjadi pelacur dengan cara tidak merancang. Mula-mula mereka cuba untuk melakukan kerja-kerja maksiat mungkin kerana terdesak, tetapi akhirnya mereka berubah dan terus jadi pelacur jalanan. Masalahnya, ramai yang tak tahu mereka ini sudah jadi pelacur, kerana mereka juga bekerja di tempat kerja biasa-biasa!
Bagi saya, kisah begini sangat menarik kerana saya juga percaya perkara seperti ini tidak hanya terjadi di Mesir, tetapi di mana-mana sahaja, termasuklah di Malaysia. Saya juga pernah mendengar cerita-cerita 'buruk' seperti ini yang sering diamalkan oleh wanita dalam pelbagai peringkat umur. Ada pelajar, ada yang bekerja dan ada yang sudah matang umurnya dan dah bekerja lama. Mungkin mereka bermula untuk sekadar mencuba (konon-konon buat suka-suka), tetapi akhirnya mereka terjerumus dalam kancah maksiat tanpa sedar yang mereka kini sebenarnya sedang menjalankan aktiviti pelacuran. Ada yang mengenakan bayaran (biasanya student dan mereka yang mahu lebih kemewahan) dan ada yang tidak kenakan apa-apa, sekadar seronok-seronok sahaja. Ada perempuan yang belum kahwin, ada yang merupakan janda atau balu, ada juga isteri orang yang mungkin sedang kesunyian atau sakit hati!
Masalah besarnya ialah bila kita bermula dengan mencuba, tahu-tahu diri sudah terlupa mungkin kerana sedang rasa seronok atau mungkin juga sudah tak tahu bagaimana mahu kelaur dari perangkap! Bukan hanya perempuan yang mudah terperangkap begini, tetapi lelaki juga. Mula-mula dengar cakap kawan dan mahu suka-suka 'flirt around', tetapi kerana dari mencuba sudah menjadi tabiat, memang mereka akan terus terperangkap dalam kerja maksiat! Allahuakbar.
Berjaga-jagalah wahai anda semua di luar sana. Perbuatan tak baik ini ada di mana-mana sahaja dan kita sebagai manusia, janganlah terpengaruh dengan apa-apa yang akan merosakkan hidup dan masa depan kita. Malah, bila terjerumus dalam aktiviti 'kejahatan' ini, tentu sekali kita akan ke pintu neraka kalau tak sempat bertaubat, atau taubat kita tak diterima Allah swt. Bagi orang perempuan di negara ini, anda berjaga-jagalah dengan tipu helah dan amalan 'nikah batin' yang menjadi sogokan sang lelaki untuk mendapat 'servis seks' yang percuma atau berbayar daripada anda! Bagi lelaki pula, janganlah mudah terpengaruh dengan kata-kata 'pikat' sang wanita yang terasuk dek syaitan.
Sebagai insan yang pegang teguh dengan amalan agama Islam, jagalah diri anda sebaik mungkin agar jangan sekali-kali berani mencuba apa sahaja yang negatif, yang akhirnya nanti memudahkan kita untuk terlupa lalu terperangkap dalam pelukan SYAITAN. Nauzubilah min zalik.

Thursday, January 22, 2015
Tak Payah 'Cover Line'
Assalam
Sajalah teringat untuk berkata-kata di sini. Mungkin untuk memperbaiki diri sendiri, mungkin juga untuk pesan-memesan agar kita sama-sama jadi orang yang lebih baik. In syaa Allah.
Susah ke sangat nak jadi orang yang baik hati budinya? Bagi saya, Allah melihat apa yang tersirat dan tersorok di hati kita. Itu... orang lain tak nampak tapi Allah swt sentiasa melihat. Baik atau jahat kita memang terletak di dalam hati, tidak pada apa yang kita pakai atau apa yang kita tunjuk pada orang di luar sahaja. Itu sekadar penampilan kita, ada peranannya juga, namun apa yang berada di dalam hati itulah yang utamanya.
Kita mengucap dua kalimah syahadah, mengaku pada Tuhan yang satu dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah. Kita sudah pun jadi orang Islam dan orang lain tiada hak untuk menanggalkan gelaran Islam pada kita. Hak itu adalah hak Allah swt selagi kita tidak syirik. Namun kita boleh jadi orang yang jauh lagi baik, kalau kita pertingkatkan sifat dan akhlak yang mulia dalam diri.
Hidup setiap hari, biarlah kita sentiasa bersyukur, tidak asyik merungut sahaja. Memang kita berdepan dengan ujian, tapi jangan kita asyik kompelin aje, seolah-olah segala nikmat yang ada itu tiada nilainya buat kita. Kalau kita tak bersyukur, memang apa sahaja tak menjadi nikmat buat kita. Dalam hal ini, memang elok kita melihat mereka yang jauh lagi susah daripada kita, jangan melihat mereka yang lebih senang daripada kita. Biarlah kita jejak kaki di bumi nyata. Jadilah manusia yang 'humble', yang rendah diri.
Jangan pula kita suka bercakap besar. Ada sedikit pun asyik nak menunjuk-nunjuk. Ada banyak lagi menunjuk. Itu namanya manusia yang lupa daratan. Sekali lagi, biarlah 'humble' dan ikhlas mahu berkongsi dengan orang lain apa sahaja yang kita mahu mereka tahu, bukan untuk menunjuk-nunjuk. Allah tidak suka pada mereka yang bongkak.
Satu lagi sifat buruk yang perlu kita elakkan dalam hidup ialah sifat suka membohong! Menipu ini sangat dibenci Allah swt, apatah lagi yang kita menipu itu dengan orang yang dekat dengan kita misalnya pasangan kita, ibu bapa kita, kawan baik kita, boss kita dan sebagainya. Sifat ini adalah sifat orang-orang munafik. Jangan kita sangka kita boleh menipu untuk 'cover line' benda-benda tak baik yang kita takut menyakitkan hati orang lain, kerana perbuatan itu tetap dibenci Allah swt. Perbuatan itu akan mendatangkan bala dan sengsara buat diri kita. Elakkan.
Jangan juga jadi manusia hipokrit, buat-buat baik sebenarnya kita cuba 'cover line' atau kita menyimpan niat jahat untuk lakukan sesuatu yang tak baik untuk kepuasan hati kita. Banyak orang buat macam ni mungkin tanpa sedar yang dirinya hipokrit, tak sedar yang dia mementingkan diri sendiri dan menolak kepentingan famili dan rakan-rakan. Biasanya ada orang sanggup 'berlakon' atau 'berdongeng' untuk mencari keuntungan peribadi sekalipun perbuatannya itu mungkin merosakkan hidup orang lain. 'Hipokrit' dan 'penipu' biasanya bersaing, tidak banyak bezanya. Nauzubilah minzalik.
Yang penting juga, kalau kita tersilap langkah, biarlah kita bertaubat pada Allah agar kita tidak akan lagi mengulanginya. In syaa Allah... kalau kita pohon pada Allah untuk memperbaiki akhlak kita, Allah akan bantu, janji kita betul-betul ikhlas bertaubat.
Mempunyai sifat yang baik akan membantu kita untuk menjadi insan yang baik juga. Singkirkanlah segala perasaan 'tamak haloba', sifat dengki dan khianat, sifat tidak suka melihat orang lain senang, sifat 'sakit hati' tak tentu pasal, sifat tidak bersyukur di atas nikmat yang Allah berikan, dan jauhkan diri daripada amalan-amalan manusia munafik, agar Allah swt memberi keredhaan untuk kita mencari kebahagiaan dalam hidup. Bahagia tidak bergantung pada harta atau wang ringgit, bahagia ada di dalam hati dan jiwa kita sebagai seorang mukmin yang ikhlas mencintai Tuhannya.
Wassalam
Tuesday, January 20, 2015
Lirik Lagu 'Touching'
Assalam
Bila saya dengar lagu, saya mendengar juga liriknya. Biasanya lagu yang indah melodinya mempunyai lirik yang indah juga. Semestinya jiwa saya merupakan jiwa romantis dan kerana itu, alhamdulillah saya mampu menghargai lirik lagu yang romantis. Bagi saya lagu 'Di Pintu Syurga' nyanyian Dayang Nurfaizah sangat menyentuh hati dan jiwa. Bukan sekadar suara Dayang sangat unik, tetapi lagu ciptaannya juga sangat unik. Semoga anda dapat menyelami kata-kata 'touching' dalam lirik lagu ini.
Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada
Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya
Hilanglah sepi
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya
Hilanglah sepi
Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi
Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih
Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga
Di pintu syurga
Nak Minum Coklat?
Assalam
Esok saya tak update blog ini kerana esok saya akan keluar dengan cik abang saya. Dia ada kerja dan dia mahu saya menemaninya. Ikut sahajalah...
Okey... awal pagi tadi, saya ke rumah Kak Timah salah seorang jiran saya. Kak Timah ni dah lama jadi ibu tunggal dan saya selalu support Kak Timah dengan apa sahaja aktivitinya terutama yang ada kaitan untuk tambahkan rezekinya. Kak Timah memang supplier baja untuk tanaman saya. Dia menjual baja organik buatan anak saudaranya. Memang 'first class' baja Kak Timah. Pokok saya sihat alhamdulillah, yang mana jenis berbunga memang rajin mengeluarkan bunganya dan mana yang berbuah, juga rajin berbuah termasuk pokok markisa saya. Alhamdulillah. Yang lain-lain pokok hijau memang sihat dan mengeluarkan warna yang sihat. Kak Timah sendiri memang rajin menanam pokok herba di keliling rumahnya.
Beberapa bulan yang lepas Kak Timah menyuruh saya cuba minum produk koko jualannya. Minuman ini diperbuat dari buah koko dan juga buah tamar (kurma). Mula-mula tu saya macam berat-berat juga nak mencubanya, takut tak sedap. Tapi alhamdulillah, sekarang ini 'Tamar Cocoa' ini menjadi minuman popular di rumah saya. Tak payah guna susu dan tak payah tambah gula. Hanya letakkan serbuknya dan campurkan dengan air panas. Nak sejuk, letaklah ais. First class! Kata suami saya, rasa macam chocolate Van Houten. Memang sedap. Yang bagusnya minuman ini banyak khasiatnya, terutama tenaga, dan bagus untuk minda kita. Juga tinggi zat besinya. Memang elok untuk keluarga termasuk anak-anak. Semua orang dalam keluarga saya sukakannya. Malam-malam, itulah minuman kami. Jadi pagi tadi, selain daripada baja, saya juga menambahkan paket minuman koko untuk keluarga saya.
Bukan tujuan saya untuk buat promosi, tetapi apa salahnya kalau kita tolong promote produk keluaran anak tempatan (produk itu dibuat di seberang perai). Kalau anda mahu cuba, cuba cari Tamar Cocoa di Internet. Pasti anda akan jumpa. Kalau anda kaki minum air coklat atau koko, cubalah minuman ini. Pasti tidak menyesal. harganya juga sangat berpatutan.
Inilah rupanya minuman yang saya maksudkan

Monday, January 19, 2015
Jom Cuba Pakai Necklace!
Assalam
Saya rasa anda semua tahu yang saya memang suka pada aksesori walaupun saya pakai tudung. Bagi saya, memang tak salah kalau kita nak bergaya, janji kena gayalah dan janji juga bagi saya... pakaian saya tak terbuka. Tapi apa yang penting, walaupun saya menutup aurat saya masih boleh bergaya.
Cuba lihat gambar di atas ini. Apa agaknya yang membuatkan mereka kelihatan cukup menarik dan menonjol? Solekan ke? Gaya
rambut mereka ke? No, jawapannya adalah rantai leher. Ya, rantai leher! Sekadar aksesori sahaja.
Ramai dah tahu yang rantai leher ataupun necklace adalah antara aksesori yang paling popular. Ianya
menjadi pilihan oleh ramai wanita di seluruh dunia termasuklah
selebriti-selebriti terkenal yang kita tahu. Dalam dunia fesyen itu sendiri
women necklace merupakan antara aksesori fesyen yang sering mendapat permintaan
yang cukup tinggi dalam pasaran. Pertama, sebab ianya sangat mudah untuk
digayakan. Kedua, a simple women necklace sebenarnya mampu menonjolkan
persalinan seseorang.
Tambahan pula koleksi necklace wanita
menampilkan pelbagai rekaan yang cukup cantik, sesuai dengan kemahuan wanita
urban yang gemarkan gaya glamour dan moden.
Di atas ini terdapat dua contoh padanan
rantai leher dan persalinan yang mungkin dapat berikan anda sedikit idea
bagaimana untuk menggayakan rantai leher agar dapat membuatkan imej anda
kelihatan lebih menonjol. Apa yang penting ialah anda harus pilih rekaan yang
dapat menyerlahkan gaya dan personaliti anda!
Jom cuba bergaya!
Wassalam
Nak Cari Suami?
Assalam
Hari Isnin dan masing-masing mulakan minggu ini untuk mencari rezeki dan menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Semoga kita mencari rezeki yang halal, buat perkara yang baik-baik dan jadilah orang yang baik. Sentiasalah beringat bahawa segala apa yang kita buat, Allah swt melihat.
Baru-baru ini saya bersembang-sembang dengan beberapa orang yang saya kenal. Salah seorang daripada mereka adalah seorang ibu tunggal. Usianya dan banyaklah juga (bukan wanita muda) dan dia sibuk menyuruh kami mencari pasangan untuknya. Kami pun ramai-ramai pakat berkata, "You nak apa lagi dengan suami ni? Takkan nak menyusahkan hidup kot?" Kebetulan wanita ini pernah berkahwin tiga kali dan semua perkahwinannya gagal. Dengan suami pertama dia dapat lima orang anak, dan yang dua lagi tiada anak. Suami keduanya orang berduit, tapi berumur (ketika itulah) dan sudah mempunyai isteri (dia jadi isteri kedua). Tup-tup dia kena cerai sekali lagi kerana perkahwinan mereka tidak direstui famili. Kahwin pula dia sekali lagi, kali ini dengan lelaki yang muda daripadanya dan selepas tujuh bulan, mereka bercerai. Sebabnya ialah kerana suami yang ini pula adalah jenis menghabiskan apa-apa saja!
Kenalan kami ini dah lama hidup membujang, tiba-tiba teringin sangat nak kahwin sekali lagi. "I nak cari lelaki yang berduitlah, sebab kalau tak ada duit mesti tak mampu nak tanggung I. Lagipun... I takut kalau tak ada suami ni... esok-esok siapa nak tanggung I bila I dah tak ada job?" Adoii... saya hairan sungguh dengan cara yang begini. Bagi saya, kalau dah kita tahu bahawa pendapatan kita tak menentu atau ada 'kureng', kenapa kita tak cari jalan untuk lakukan sesuatu yang dapat membantu kita di hari tua? Takkanlah tiada cara lain selain daripada untuk mencari suami sahaja? Lagipun... ingat senang ke nak cari suami yang matang, berduit tetapi bukan suami orang? Kalau dapat suami orang, ingat seronok ke hidup makan hati atau merosakkan hati orang? Semua tu ada dosanya yang kita kena tanggung! Takkanlah kita jadi wanita 'desperate' tahap gaban, tak tahu nak buat apa-apa untuk elokkan keadaan hidup kita? Seolah-olah kita tak percaya yang rezeki kita datang daripada Allah swt, bukan dari manusia lain!
Kami menjadi gerun kerana kenalan ini juga mempunyai seorang anak perempuan yang juga sudah bercerai dengan suaminya. Anaknya ini memang berupa orangnya. Kata kenalan kami, baru-baru ini anak perempuannya itu sedang 'usya' seorang 'Dato' ' yang sudah punyai dua orang isteri. "Hah?" soal kami. "You nak bagi anak you kahwin dengan Dato' yang dah ada two wives?"
Kata dia... "Alah, Dato' tu dalam bisness oil and gas... banyak duit dia." Aduhai... begitu desperatenya dia... hinggakan tak berdaya untuk berfikir bahawa harta dan wang ringgit ini adalah 'material' sahaja yang mampu hilang bila-bila masa sekalipun dalam bisnes oil and gas! kalau lelaki itu tak kaya macam mana? Ingat tak boleh jatuh bangkrap ke?
Kalau niat kita begitu, memang sampai bila-bila pun kita akan jadi manusia yang mempunyai fikiran yang corrupted, yang memang pandang pada harta dunia sahaja. Kalau kita takut untuk hidup susah, mungkin elok kalau kita tidak hidup lama, kerana bagi kita, kita tak mampu untuk menerima ujian Allah swt. Orang yang begini, mungkin hanya berdaya menilai kehidupan dengan mata wang ringgit sahaja, bukan melihat dunia dengan mata yang positif walaupun pada realitinya hidupnya tidak berada dalam kemewahan.
Semoga kita menjadi manusia yang 'humble' yang tidak sanggup untuk menghina diri sendiri kerana gilakan kemewahan dalam kehidupan.
Wassalam
Contoh suami pilihan?

Sunday, January 18, 2015
Pulang Ke Kuala
Assalam
Macamlah saya dah balik ke Kuala Kangsar, sebenarnya tak pun. Tapi pada malam Sabtu (malam tadilah), sekolah saya ada gathering, jadi kami seolah-olah pulang ke Kuala Kangsar, tapi sebenarnya ada Di Kuala Lumpur sahaja. Kami bergathering di Royal Chulan di Jalan Conlay. Memang bestlah... terutama bila dapat berjumpa dengan member-member lama. Ada tu memang dah lama beno tak jumpa.
Kami juga menginap di Royal Chulan malam tadi, jadi selepas dinner, kami berbual-bual lagi sampai ke lebih 2.30 pagi. Macam-macam cerita lama yang keluar dan tak sudah-sudah kami ketawa. Alhamdulillah, Allah izinkan kami untuk berjumpa. Selepas Subuh, kami relaks... ada yang sebaik matahari terbit, sudah berada di kolam renang. Kebetulan, kolam renang mengadap kamar tidur kami. Tapi saya memang tak suka berenang, jadi tidaklah saya masuk ke kolam tu, walaupun panorama di kawasan itu sangat-sangat menarik.
Apa-apa pun, syukur ke hadrat Ilahi kerana membenarkan kami untuk berjumpa sekali lagi.
Wassalam.
Bersama Siew Fong dan Salmah - best friends at school
Bersama kawan-kawan sekolah
Bersama Seow Kheng and Salmah - classmates
Back to the 70s

Friday, January 16, 2015
Berlagak Dengan Tuhan Ke?
Assalam
Lepas Maghrib malam ini, in syaa Allah kami akan ke Port Dickson. Saja nak lepak-lepak. Kebetulan anak sulung saya ada workshop di sana dan dia dah dua malam bermalam di sana. Malam ini programnya habis semasa maghrib nanti, jadi lepas itu dia free. Bolehlah kami melepak. Dari rumah saya nak ke Port Dickson, memang tak jauh. Sekejap sahaja dah boleh sampai. Kebetulan, kami memang suka ke sana, mungkin dah biasa kot.
Okeylah... saja nak berceloteh di sini tentang isu-isu hangat yang menjadi kontroversi hari ini. Seperti yang pernah saya bincangkan sebelum ini, isu 'Islam' sering dijadikan masalah 'fobia' masyarakat dunia, seolah-olah jadi orang Islam penuh dengan kejahatan. Memang sangat pelik kerana Islam yang sebenar yang dipinta Allah SWT agar kita tidak menjadi orang jahat, namun malangnya itulah yang menjadi imej dunia. Mengapa imej sedemikian menjadi isu berat, kerana puak Zionis dan mereka yang bertentangan dengan Islam berjaya untuk kelirukan masyarakat dunia. Paling malang ialah kerana ummat yang mengaku Islam juga terlibat untuk kelirukan keadaan.
Masing-masing utamakan kuasa, kedudukan, harta benda... masing-masing tamak haloba material dunia hinggakan terlupa pada Akhirat. Malah, di negara kita pun sama saja. Kerana politik, kerana gila kuasa dan gila material, banyak yang ketepikan agama, malah ada yang guna agama untuk kepentingan hidup di dunia ini. Wallahuaklam.
Ada orang Islam yang sanggup lakukan apa-apa sahaja asalkan dirinya beruntungan di dunia ini. Walaupun tahu bahawa tindakannya akan memusnahkan, bangsa, agama dan negara, malah mungkin dirinya dan keluarga, mereka terus lakukannya dengan alasan mereka terpaksa buat begitu kerana itulah tugasan mereka atau tanggungjawab mereka. Allahuakbar. Mereka sanggup terlibat dengan plot dan komplot yang pasti akan musnahkan masa depan bangsa hanya kerana mereka mahu pastikan generasi masa depan keluarga mereka terpelihara.
Memang sedih, tetapi inilah realiti dan yang sering berlaku. Banyak tindakan diambil atas kepentingan peribadi. Malah, rata-rata manusia memang mempunyai semangat yang begitu. Jarang-jarang orang Islam sendiri yang mahu utamakan Allah swt di atas benda lain. Masing-masing takut kalau rezeki mereka tidak terbuka luas, sedangkan kita semua tahu rezeki kita adalah tertakluk kepada kuasa Allah swt. Masya-Allah.
Kalau kita di sini begitu sifatnya, apakah kita hairan dengan perangai orang kafir di luar sana, apatah lagi mereka yang bekerjasama dan bersubahat dengan Zionis?
Kalau kita datang dari keluarga yang rezekinya datang secara tak halal (mungkin ada yang makan rasuah, atau secara tak halal yang lain), sekalipun banyak harta dan wang ringgit, hidup kita akan jadi sengsara. Tak ada kebahagiaan yang hinggap di jiwa. Mungkin tidur malam juga tak lena. Bertambah takut apabila kita didatangi musibah dan ketika ajal menghampiri kita. Ke mana hendak kita lari? Bukankah kepada-Nya juga kita akan menuju? Jadi... kenapa kita sanggup buat perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak Allah swt? Kita ini beriman kepada-Nya atau pun tidak? Kalau kita percaya pada Allah swt, pasti apa sahaja yang kita mahu lakukan, kita akan dahulukan Dia yang maha satu. Bukan diri kita, bukan material, bukan kuasa, bukan apa-apa.... kerana semuanya tetap Dia yang punya dan kita sekadar meminjam masa-Nya sahaja dan menumpang sementara sahaja. Allahuakbar!
Tak usahlah kita berlagak dengan Tuhan kita. Kita ini bukan siapa-siapa, hanya manusia kerdil sahaja!

Thursday, January 15, 2015
Nak Sihat Atau Nak Kaya?
Assalam
Kesihatan yang bagus merupakan tajuk yang menjadi kegemaran manusia di dunia ini selain daripada harta dan wang ringgit. Semua orang nak sihat dan nak nampak cantik. Kalau boleh bukan sekadar sihat tetapi hidup lama dan bila dah tua pun masih nampak okey. Semua orang mahu yang itu, tetapi memang ramai lagi suka kalau dapat hidup kaya-raya. Tak payah pening-pening kepala.
Kerana benda-benda macam inilah, manusia sanggup buat apa sahaja. Ada yang sanggup menipu, ada yang sanggup makan rasuah, ada yang jadi kaki judi, ada yang jadi pelacur dan ada juga, sekalipun terpilih untuk lebih berilmu dan jadi orang warak, masih tergila-gilakan harta dunia. Berebut nak beri ceramah sana sini, janji dapat bayaran yang tinggi, berebut nak masuk TV agar cepat popular nanti. Nauzubillah min zalik. Masing-masing sukar mahukan rezeki yang suci murni, semuanya kerana berasakan bahawa harta dunia ini lebih tinggi nilainya daripada mengutip pahala untuk akhirat nanti.
Pun begitu, masing-masing tetap nak sihat. Paling tak suka kalau sakit. Tak suka juga kalau ditimpa musibah. Kalau boleh nak saja hidup dalam rumah besar yang ada segala-galanya. Atau nak duduk kat kondo mewah yang ada sekuriti supaya harta terkawal. Kalau boleh nak punyai kereta besar atau mewah. Kalau dapat free lagilah bagus, tak payah susah-susah.
Banyak orang tak suka kerja susah-susah. Nak buat yang senang-senang tapi yang boleh dapat duit banyak. Banyak orang gemar buat kerja yang ringan-ringan sahaja tapi dapat bayaran yang besar. Sebab itulah kita di Malaysia ni susah nak dapat orang yang nak buat kerja buruh sekalipun gaji buruh sekarang ini dah okey dah. Orang tak mahu buat kerja berat, biar tak ada kerja pun tak apa. Kalau boleh nak duduk dalam bilik aircond dua puluh empat jam, tak kisah pun kalau keadaan itu sebenarnya mampu merosakkan kesihatan kita.
Memang ramai juga di antara kita ini yang suka juga memberi. Ada tu memang giat menolong sana sini. Tetapi malangnya, ramai juga yang gemar pukul canang konon-konon dialah manusia yang terbaik kerana murah hati dan tinggi budi pekerti. Tulis di Facebook, bagi tahu di group whatsapp, letak gambar di Instagram dan macam-macam lagi agar semua orang tahu tentang perilakunya yang baik itu. Dari satu sudut, pastinya ada kebaikan juga kalau perkara baik itu disampaikan pada orang lain agar lebih ramai lagi yang akan membantu. Tetapi kalau sekadar nak menunjuk sahaja, baiklah tak usah. Buat rugi sahaja kerana perbuatan itu serupa dengan tak ikhlas.
Dalam pada itu, memang eloklah kalau kita sama-sama jaga kesihatan. Tak susah pun, janji kawal apa yang kita makan dan rajinlah beriadah agar diri kita sentiasa segar. Dulu-dulu saya hairan juga kenapa Nabi junjungan kita Muhammad SAW dikatakan memakan buah-buahan dahulu sebelum makan main meal. Ini adalah kerana kita biasa makan buah sebagai pencuci mulut kerana kita diberitahu bahawa pencuci mulut dimakan selepas makan main meal. Rupa-rupanya memang banyak khasiatnya kalau kita makan buah-buahan terlebih dahulu. Malah, dah bertahun-tahun saya amalkan begini kerana kita akan berasa lebih sihat dan segar kalau rajin makan buah-buahan sebelum makan main meal. In syaa Allah. Sebenarnya kalau kita nak jaga kesihatan, adalah lebih baik kalau kita renungkan tabiat Nabi junjungan kita Muhammad SAW. Lihatlah apa yang tertera di al Quran, kerana Allah SWT sudah maklumkan kepada kita cara terbaik untuk jaga kesihatan. Namun semuanya adalah urusan-Nya kalau kita ditimpa sakit.
Apa-apa pun, kalau ada duit setinggi gunung, harta sepenuh kapal pun, tanpa kesihatan yang baik, tiada maknanya harta dan duit itu. Dalam pada itu, sekalipun mahu berusaha untuk dapatkan rezeki yang banyak, biarlah kita buat dengan baik, tanpa terbelit dengan tingkah laku yang bertentangan dengan Islam. Nak buat apa pun, buatlah kerana Allah. Rezeki kita di tangan Tuhan dan sebaik-baiknya doa kita kepada Allah SWT agar rezeki yang diberi tidak putus buat kita dan janganlah kita terbelit dengan hutang di keliling pinggang.
Kita nak sihat, kita juga nak rezeki yang halal yang tidak terputus. Kedua-duanya mampu menolong kita untuk beramal dan beribadah dengan fokus yang baik. Semoga kita jadi orang-orang Muslim dan Muslimah yang soleh dan solehah. Aamiin.

Wednesday, January 14, 2015
Propaganda
Assalam
Iya sungguh ni... saya bukan nak gosip tentang dunia hiburan atau pasal artis tempatan... saya tak kisah pun. Nak kahwin ke nak cerai ke, nak cari pasangan baru ke... buatlah apa pun, tapi saya nak bualkan tentang masalah Islam hari ini, secara global.
Kalau kita perhatikan betul-betul, kebanyakan orang kita dan juga kebanyakan orang Islam di luar sana, sangat mudah terpengaruh dengan apa sahaja yang terpapar di peti TV, di surat khabar, malah dalam dunia Internet dan segala macam sosial media yang ada. Apa sahaja yang keluar, kebanyakannya akan percaya bulat-bulat. Mereka yakin apa sahaja yang tersebar itu, pasti tepat terutama kalau berita yang keluar itu dikatakan berita global. Misalnya tentang apa yang terjadi di Perancis baru-baru ini. Dengan mudah sahaja dunia melabelkan Islam sebagai sesuatu yang ada kaitan dengan kejahatan dan tentu sekali secara automatis ramai juga orang Islam yang terima berita itu bulat-bulat dan terimapakai bahawa orang Islam berdendam dan ramai yang suka membuat kecoh dan porak perandakan dunia Barat. Wallahuaklam.
Terlintas tak kita bahawa kemungkinan besar apa yang sedang berlaku kini, apa sahaja yang ada kaitan dengan dunia Islam, merupakan propaganda puak Zionis Barat? Mereka mahu melihat dunia Islam menjadi rapuh dan punah dan mahu mata dunia menganggap bahawa Islam itu 'sangat jahat'? Ingat tak apa yang terjadi di New York lebih sepuluh tahun yang lalu? Ingat tak pada kejadian kapal terbang yang menghentam bangunan tinggi berkembar di kota besar itu? Islam dilihat sebagai kumpulan 'terrorist' melampau, namun setelah tragedi itu, lebih ramai orang bukan Islam di dunia Barat memeluk agama Islam. Ketika itu lagi sudah ada cerita tentang propaganda puak Zionis yang mahu menghancurkan dunia Islam secara berperingkat-peringkat. Apa tak mungkinkah apa yang terjadi di Perancis baru-baru ini merupakan satu lagi propaganda Zionis/CIA?
Cuba kita lihat juga pada kumpulan ISIL/ISIS yang tiba-tiba wujud di benua Asia Barat. Agak-agaknya mana datang kumpulan seperti ini? Kenapa kumpulan ini beria-ia mahu menentang puak kerajaan Syria dan Iraq, sedangkan semua mereka itu adalah orang Islam juga. Kalau betul mereka sedang berjihad di atas nama Allah, kenapa tidak tolong Palestine yang sedang berperang dengan puak Zionis Yahudi di Israel?
Masalah besarnya... orang Islam kebanyakannya lemah dan tidak bijak, dengan mudah sahaja mereka yang mahu memainkan kita berjaya melakukannya. Maka yang tidak pintar (tapi rasa bijak) bergondong-gondong cuba bermatian di Asia Barat dengan mengikuti kumpulan yang konon-kononnya sedang berjihad di atas nama Allah. terlalu banyak kumpulan yang konon-konon berjihad, tetapi mereka membunuh sesama Islam! jihad apa namanya itu? Apakah Allah ada menyuruh kita berjihad dengan cara itu? Ada tertulis di mana-mana di dalam al Quran? Adakah Nabi junjungan kita Muhammad SAW mahu kita buat kerja-kerja seperti itu? Bunuh dan hancurkan sesama sendiri?
Kalau kita berperang sesama sendiri kerana fahaman agama Islam berbeza kerana mengikut imam yang berbeza, maka ingatlah kita bahawa itu adalah 'politik' semata-mata. Iman kita tidak songsang kalau kita tidak beriman pada imam-imam tertentu kerana percaya pada imam tertentu tidak merosakkan iman kita kepada Allah, al Quran, Nabi Muhammad, Malaikat, Akhirat.... jadi kenapa kita boleh bunuh sesama sendiri?
Cuba kita renung-renungkan tentang apa yang Allah nyatakan dalam al Quran... adakah kita mengamalkannya atau kita lebih mudah percaya dengan apa yang dikatakan oleh dunia Barat atau mereka yang berpentingan politik? Sebagai orang Islam, iman kita akan jadi rapuh kalau kita tidak pegang pada Allah dan al-Quran. Ingatlah... kita jadi orang Islam apabila kita percaya bahawa Allah yang satu itu adalah Tuhan kita. Itulah ilmu Tauhid orang Islam, tanpa Tauhid kita bukan Islam.
Jadi macam mana? nak percaya ke, pada propaganda dunia Barat?
Wassalam.
Sekadar Hiasan

Tuesday, January 13, 2015
Islamkah Kamu?
Assalam
Saya tak tahulah anda semua, tapi mungkin normal kot kalau kita tanya diri sendiri sama ada kita cukup Islam atau pun tidak. Kalau selalu buat benda yang bertentangan dengan ajaran Islam, pasti lagi banyak yang kita soalkan pada diri sendiri, betul tak? Atau mungkin kita tak kisah pun. Lantaklah... cukup Islam atau tidak tak penting pun, janji orang luar ingat kita Islam. Mungkin kita juga terlupa yang apa yang tersorok dan tersirat dalam hati itulah yang jauh lagi penting daripada apa yang kita hendak orang lain fikirkan tentang kita melalui apa yang kita pakai.
Memang biasa kita lihat orang yang beria-ia pakai kelengkapan yang membayangkan dia sangat alim atau warak. Kalau wanita Islam, lagilah biasa macam tu. Ada tu beria-ia pakai tudung labuh tapi tidak kisah tentang kebersihan. Sanggup buang sampah sana sini. Serupa juga dengan mamat yang siap berserban, tapi rupa-rupanya kaki ganja. Orang makan ganja dengan orang minum arak, memang tak banyak beza pun. Begitu juga dengan orang yang kaki judi. Tarafnya sama saja... lebih kurang statusnya. Sama juga dengan orang yang makan benda haram macam makan babi atau serupa dengannya. Misalnya makan rasuah. Malah, makan rasuah itu mungkin kedudukannya lagi teruk kot... kerana melibatkan orang lain sama, termasuk melibatkan negara, bangsa dan pastinya imej agama.
Biasakan kita lihat wanita yang bekerja di pejabat, terutamanya di badan-badan kerajaan atau syarikat swasta yang besar? Mereka berbaju sopan dan memakai tudung. Begitulah kebanyakannya. Alhamdulillah kalau pakaian mereka melambangkan akhlak mereka yang sebenar.
Tapi... ada juga wanita yang beria-ia pakai tudung dan buat-buat macam warak, tetapi di luar pejabat, mereka sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk! Ada tu, mereka lelong badan dengan harga yang murah di luar waktu pejabat, janji badan mereka itu digunapakai oleh orang lain... terutamanya lelaki. Tetapi bila di tempat kerja, mereka berlagak sopan. Konon-konon merekalah wanita Melayu yang terakhir. Nauzubillah minzalik. Saya bukan buat cerita dogeng, tetapi hanya mahu berkongsi satu realiti yang mungkin terjadi di depan kita, di belakang kita, dalam keluarga kita atau di mana-mana sahaja. Kadang-kadang kita tak sedar pun yang kita sedang berkawan dengan orang yang seperti itu! Atau mungkin.... kita yang macam tu? Nauzubillah, minta disimpangkan.
Islamkah kita kalau sekadar pandai berkata-kata aku Islam, tetapi hati kita tak pernah jujur pada Allah? Kita sukat orang lain di luar sana, konon-konon mereka pakai seksi atau tunjukkan aurat, tetapi kita yang berkelumbung ini tak punyai akhlak dan hati budi yang tinggi. Kerja kita hanya suka mencaci, merendah-rendahkan orang lain, terutama mereka yang tidak sama imam dengan kita. Sedangkan pada realitinya, tak kisahlah imam kita siapa, tapi kita tak jalankan tanggungjawab kita sebagai mana yang dituntut, sekadar pandai memperdayakan orang lain dengan lagak dan pakaian sahaja! Nauzubillah min zalik.
Sudah Islamkah kita ini? In syaa Allah kita jadi orang Islam yang baik kalau kita pastikan hati kita bersih, bukan sekadar berlakon baik sahaja, kerana lakonan hanya ditontoni orang di luar, tetapi Allah swt tahu apa yang ada di dalam hati kita.
Jangan takut dengan musibah kerana musibah itu datang dari Allah swt dan datangnya juga dengan hikmah. Tetapi takutlah kalau kita tidak mahu dekatkan diri dengan Allah swt, sekadar menjadi manusia plastik yang pura-pura soleh atau solehah. Takutlah kalau Islam kita hanya luaran sahaja tetapi tidak ada di dalam hati.

Monday, January 12, 2015
Tak Pukul Canang!
Assalam
Saya memang bukan jenis pukul canang. Kalau tak bersebab, saya tak ceritalah kalau saya giat menghulur sana atau sini. Bagi saya... biar orang lain tak tahu tak apa. Lagipun bukan saya lakukan untuk menayang... saya buat kerana Allah. Biar Allah yang tahu, dah cukup. Full stop!
Macam yang saya tulis sebelum ini, saya sedang banyak urusan. Malah, hari ini pun sama saja. Pagi-pagi saya dah keluar rumah, macam orang lain yang sibuk nak ke ofis. Sebenarnya saya memang tak suka keluar ke KL masa orang sibuk nak pergi kerja, tapi nak buat macam mana... terpaksa sibukkan diri kerana tugasan. Mujurlah ada driver yang bawa saya tadi... hehe.
Lepas meeting, cik abang jemput saya. Memang saya tak ikut dia pagi tadi sebab pagi Isnin dia juga ada meeting di tempat kerjanya. Tetapi selepas mesyuaratnya, kami keluar untuk urusan yang tak habis lagi. Lepas tu balik semula ke ofisnya. Selepas itu kami ke IKEA pula, ada barang-barang yang saya perlu beli. Dua hari berturut-turut kami ke sana.
Okeylah... tak ada kaitan dengan cerita di atas ni, tapi... sekarang ini macam-macam cerita yang kita dengar sedang berlaku di dunia ini. Rata-rata memang banyak orang tak suka atau bersyak wasangka pada orang Islam. Konon-konon orang Islam jenis 'terrorists'. Kita di Malaysia ni macam mana pula? Sibuk berkelahi juga ke? Di seluruh dunia, Islam sesama Islam berperang dan berbunuh. Memang sedih. Macam-macam teori dan macam-macam kata-kata. Tapi, orang Islam juga perlu disalahkan kerana orang Islam tidak mahu bersatu dan orang Islam sanggup menuduh orang Islam lain macam-macam yang bersifat kafir sedangkan kita tak ambil kisah pun bila ada orang kafir yang memijak kepala kita!
Jom renung-renungkan hal ini. Jangan biarkan kita turut sesat sama dan jangan biar diri tersalah amal dan tersilap iman. Pastikan iman kita betul. Subhanallah.

Sunday, January 11, 2015
Bila Aku Terlalu Sibuk
Assalam
Itulah dianya, bila saya terlalu sibuk, memang tak sempat nak update blog. Hari ini pun saya akan kesibukan dan esok juga. Kebetulan, saya ada meeting penting esok. Hari ini, sambung lepak dengan cik abang kerana urusan tak selesai lagi. Jadi... memang tak sempat nak bercerita walaupun saya ada cerita yang hendak diceritakan. Esok-esok okey? Take care and Wassalam.

Friday, January 09, 2015
Ke Mana Hendak Dibawaku Pergi?
Assalam
Hari ini saya berasa agak segar daripada biasa, alhamdulillah. Mungkin sebab baru selesai urut. Kebetulan, sebaik saya pulang dari Jakarta, tukng urut saya tiba dari Sumatra... jadi memang bestlah sangat-sangat. Kena masanya. Saya memang bukan jenis yang kuat keluar rumah, kecuali ada hal yang penting, jadi masa saya memang banyak dihabiskan dengan aktiviti menulis, menjaga garden saya... selain itu, mungkin mengemas dan memasak.
Sejak ibu saya tiada lagi, tugas memasak jatuh di atas bahu saya. Tapi kalau saya malas nak masak, kami makan di luar sahaja. Cuma kadang-kadang, saya pula kurang selera bila terlalu kerap makan di luar. Jadi... saya lebih selesa untuk pilih memasak sendiri. Saya masak yang simple2 sahaja. Lagipun, cik abang saya dan ahli keluarga yang ada di rumah lebih selesa makan yang simple. Kadang-kadang sahaja kami masak yang 'kencang-kencang' sikit.
Kalau saya dah masak, bila suami saya pulang dari tempat kerja, dia akan usahakan untuk memotong buah-buahan atau menyediakan jus untuk kami minum. Jadi, Kami saling membantu. Kebanyakan kerja mengemas di rumah ini, termasuk membasuh pakaian, adik saya yang lakukan. Jadi, tak adalah saya kalut sangat. Sebenarnya saya tak suka fikirkan hal-hal yang boleh merunsingkan, saya lebih suka untuk relaks sahaja. Buat apa yang patut, kalau tak larat nak buat, jangan buat. Janji rumah tak kotor sebab saya memang pantang tengok rumah kotor!
Hari ini hari Jumaat jadi biasanya juga kami suka, kerana esok ialah hujung minggu. Dapatlah kami melepak atau keluar. Kadang-kadang kami relaks-relaks di rumah sahaja. Kebetulan esok tak ada undangan orang kahwin. Kata suami saya tadi, "Esok I nak bawak you somewhere..." Haha... tunggu ajelah ke mana hendak dibawaku pergi.
Sebenarnya dia ada urusan penting, jadi dia mahu saya escort dia... mungkin dia teruja kot, itulah yang hendak sangat saya teman dia. Okey saja kot.
Okey... saja nak share. Sekarang ini, sambil menulis, saya juga membaca sebuah novel luar negara yang berasal dari Mesir, tetapi sudah diterjemah ke bahasa Indonesia. Novel berjudul 'Perempuan Di Titik Nol' adalah tulisan Nawal el-Saadawi. Sepupu saya Inez yang memberi novel ini. Dia beria-ia mahu saya membacanya. Sebuah novel tentang seorang perempuan yang sedang tunggu untuk ke tali gantung!
Semoga hidup dan mati kita dirahmati Allah swt. Semoga kita dilindungi Allah swt dunia akhirat. aamiin.

Thursday, January 08, 2015
Melayan Si Dia
Assalam
Hari ini saya agak sibuk sejak awal pagi lagi. Saya keluar rumah hampir sepanjang hari kerana mahu melayan cik abang saya untuk memilih 'barang' yang dia mahu beli. Saya menemaninya bersama anak bongsu kami untuk melihat-lihat pilihan-pilihan yang ada. Bagi saya, memang elok saya ikut menemaninya kerana cik abang saya ni memang suka benar dengar cakap orang. Dia mudah keliru. Sejak dulu lagi itulah kelemahannya, mudah percaya kata-kata orang apatah lagi yang cuba mengampunya! Mujurlah kami ikut sekali tadi, kalau tidak, pasti dia akan memilih yang salah! Pasti juga dia akan menyesal kalau buat keputusan yang silap. Adoii... Apa-apa pun, Alhamdulillah... selamat.
Okeylah... ada yang bertanya dengan saya, "Kak Aina sekarang sibuk ke menulis?" Haha. Pernahkah saya tak sibuk menulis? Menulis adalah sebahagian daripada hidup saya, kalau tak tulis, pasti saya rasa janggal kot. In syaa Allah, selagi Allah izinkan, saya akan terus menulis. Cuma kadang-kadang tu, saya banyak juga buat kerja-kerja penyelidikan. Saya juga banyak membaca selain daripada banyak berjalan. Sejak kebelakangan ini, saya memang banyak sungguh berjalan (merantau) terutama ke luar negara. Jadi... bila saya tidak berada setempat, saya kuranglah menulis. Tetapi itu tidak bermakna yang saya tidak buat apa-apa!
Untuk pengetahuan anda yang tertanya-tanya, saya sedang menulis sebuah manuskrip untuk novel, tetapi masih dalam peringkat awal. saya juga sibuk menulis skrip untuk beberapa program yang saya akan terlibat sama. Seraya itu, saya juga sedang kumpulkan beberapa cerita yang pernah saya tulis di blog, untuk saya kembangkan dan kemudian akan saya terbitkan mula-mula dalam bentuk digital, dan in syaa Allah kemudian dalam bentuk buku fizikal.
Saya juga sibuk melayan hobi cik abang, yang kebetulan merupakan hobi saya juga. Alhamdulillah, Allah berikan nikmat untuk kami lakukan aktiviti-aktiviti ini. Tentunya kami tidak pernah lupa untuk membantu orang lain yang memerlukan. Begitulah kita manusia, semoga tidak lupa daratan dan tidak hanya pentingkan diri sahaja. Sama-samalah kita merelakan sumbangan dan bantuan kepada mereka yang sedang terperangkap dalam keadaan yang perit lagi rumit.
Wassalam.
Saya suka taman yang macam ni

Wednesday, January 07, 2015
Sudah Mahu Kiamat Ke?
Assalam
Saya tak pernah terlintas untuk ambil alih kerja Tuhan. Untuk tahu tarikh kiamat, semestinya kita kena tanya Allah swt, hanya Dia yang tahu bila waktunya akan tiba, betul tak? Dalam pada itu, memang eloklah kalau kita sesama manusia sentiasa beringat-ingat, kerana sebagai Muslim, kita semua tahu satu hari nanti pada waktu yang ditentukan, akan berakhirlah segala kehidupan di dunia ini. Kita pasti akan bertemu Akhirat. Malah, sebagai Muslim, kita wajib beriman pada Akhirat, maknanya kita percaya bahawa Akhirat akan tiba dan hidup kita di dunia ini sekadar sementara sahaja. Sebab itulah apa sahaja yang kita lakukan, kita kena beringat-ingat, biarlah kita lakukan yang baik-baik, tolak tepi segala perbuatan yang jahat. Nauzubillah.
Pun begitu. ada di antara kita yang mula panik sangat-sangat dek kerana musibah yang timpa di negara Malaysia secara berderet-deret pada tahun 2014. Lepas satu tragedi besar, dituruti pula tragedi yang lain, hinggalah sampai kepada tragedi banjir besar dan tragedi terhempasnya kapal terbang Air Asia di Indonesia. Masing-masing mula merasakan bahawa kiamat akan tiba bila-bila masa sahaja. Wallahuaklam.
Tapi agak peliklah pula kalau teori seperti itu kita merasakan sangat logik. Yang peliknya, takkanlah Malaysia sahaja yang kiamat kot? Apa hal dengan negara-negara lain yang tak ada terjadi apa-apa? Misalnya sebahagian dari negara-negara Eropah. Norway ke, Denmark ke, Switzerland ke atau Austria. Malah, tak ada apa-apa yang membimbangkan sangat di negara England pda tahun 2014. Hah... takkan kot mereka tak kiamat kalau kita di Malaysia akan kiamat? Paling pelik ialah kerana macam-macam musibah yang terjadi pada jangka masa yang sangat lama buat sesetengah negara di dunia ini. Misalnya di Afghanistan. Begitu juga Pakistan, Bangladesh, Palestine, Iraq, negara-negara di Afrika, Filipina dan macam-macam lagi. Begitu juga ketika tsunami dulu... Banda Acheh kehilangan beratus ribu nyawa dalam sekelip mata. Namun dunia belum lagi kiamat.
Sekali lagi saya ulangi bahawa kita sebagai manusia sewajibnya bersedia untuk menambahkan bekalan amalan baik dan ibadah, agar bila kiamat tiba, kita jadi ummat yang bersedia. Dalam pada itu, tak payahlah kita war-warkan dengan beria-ia bahawa kiamat akan tiba dalam jangka masa yang terdekat kerana negara Malaysia mendapat musibah yang besar. Alasan itu sangat lucu, seolah-olah dunia kiamat kerana Malaysia tidak layak mendapat apa-apa musibah yang besar. Biar orang lain mendapat musibah di negara mereka, tetapi bila Malaysia mendapat musibah, pasti kiamat akan tiba.
Bagi saya, sekali lagi saya berasa sedih kerana bila musibah terjadi di tempat lain, kita tutup mata dan tutup hati kerana bagi kita, itu adalah hal orang lain. Bila kemiskinan dan kesusahan terhempap pada orang lain di negara lain, kita anggap mereka jadi begitu kerana kebodohan mereka jua. Wah, hebat sungguh kita rakyat Malaysia.
Apa-apa pun, kalau kita rasa bahawa kiamat akan tiba dalam sedikit masa lagi, kenapa kita tidak mahu lihat pada hati kita, lihat juga pada jiwa kita. Baikkah aku? Apa yang dah aku buat untuk Islam? Apakah janjiku pada Allah swt sudah aku tepati? Atau mungkinkah aku ini jenis manusia yang rasa hebat hidup di bumi Malaysia kerana punyai banyak harta dan ilmu. Aku rasa hebat kerana aku tak hidup susah macam orang lain? Aku serba tahu, hidup dalam dunia yang mempunyai semuanya dan musibah jarang-jarang datang menjenguk?
Kita tanyalah pada diri kita sama ada kita ini jenis manusia yang menghormati Muslim lain di dunia ini, tak kira apa fahamannya. Kita juga menghormati orang lain yang tidak melakukan kezaliman pada kita. Kita sentiasa bersimpati pada manusia sejagat dan mahu melihat Islam berkembang sewajarnya. Kita rindu dan sayang teramat sangat pada Nabi junjungan kita Muhammad SAW. Kita mahu jadi Muslim yang bukan hanya taat pada Allah tetapi menyayangi segala ciptaan-Nya. Kita sayang pada tanaman dan haiwan. Kita tidak tamak haloba, tidak materialistik, tidak zalim, Kita cuba jadi manusia yang memperbaiki solatnya, tingkatkan amalannya, mencuci hati dan jiwanya tanpa mahu bersangka buruk pada mereka yang kelihatan buruk di mata kita. Biarlah umur yang Allah berikan ini kita penuhi dengan amalan dan ibadah yang sebaik mungkin, bukan dipenuhi dengan kejahatan dan dosa yang tak mampu dihapuskan.
Jom kita bertaubat dan jom kita cuba jadi manusia yang bersih hati dan jiwanya untuk Islam. Aamiin ya Robil alamin. Semoga kita sentiasa bersedia sekalipun kiamat tiba atau belum tiba, in syaa Allah.
Wassalam.
Imej ciptaan mata yang menjadi pembayang kiamat, wallahuaklam.

Tuesday, January 06, 2015
Tinggal di Atas Langit
Assalam
Di Malaysia, masing-masing sibuk bercerita tentang banjir besar di Pantai Timur dan negeri-negeri lain, terutama tentang negeri Kelantan. Macam-macam teori tentang banjir besar dan macam-macam komen yang dikaitkan dengan musibah banjir ini. Bagi saya, saya terima keadaan musibah ini dengan hati yang terbuka tanpa mahu membuat apa-apa teori kerana tak pasti akan mendapat jawapan yang tepat. Tapi saya percaya, pasti juga ada kaitan dengan kelemahan manusia. Pasti ada yang tamak di sana sini, yang mahu cepat kaya tanpa fikirkan tentang 'nature'. Jadi bila 'nature' dinodai, maka akan menangislah ia. Apa-apa pun, kita wajib terima musibah itu datangnya dari Ilahi, maka kita manusia bertawakallah. Begitu juga dengan kehilangan dan kejatuhan kapal-kapal terbang kepunyaan bisnes negara ini. Pasti Allah mahu kita semua tidak jadi manusia bongkak, tetapi jadilah manusia yang rendah diri, yang jejak kakinya di bumi nyata.
Kadang-kadang, dalam keadaan kita manusia yang serba kekurangan dan serba kelemahan, memang sangat mudah untuk mengeluar kata-kata yang mungkin menyinggung hati orang lain. Begitu juga ketika kita merantau dan melawat negara orang, ada di antara kita sangat mudah menghukum orang lain, termasuk merasa hina pada orang lain, tetapi begitu bangga pada diri sendiri kerana menjadi orang Muslim Melayu di negara Malaysia. Ah! bagi saya, tak usahlah kita buat begitu kerana sebetulnya, sekalipun kita rasa diri kita hebat dan serba tahu, kita masih tak layak untuk menghukum orang lain sebagai manusia jahil hanya kerana orang lain itu tidak seperti kita dan tidak buat apa yang kita buat.
Sekadar bercerita untuk dijadikan pengajaran, ada seseorang yang saya anggap sebagai orang yang kuat ilmu agamanya. Baru-baru ini dia ke negara Turki dan komennya pada kami, "Kesiannya orang kat negara tu... mereka tak ada ilmu agama. Mereka masih hidup dalam dunia jahil. Beruntungnya kita jadi Muslim di Malaysia kerana kita jauh lagi banyak ilmu kerana tak putus-putus kita didedahkan dengan majlis ilmu." Subhanallah, saya sedih mendengar komennya kerana bagi saya terlalu mudah dia menghukum orang lain hanya kerana matanya kata begitu.
Okeylah... mungkin kita cuba jadi manusia yang mengamalkan ilmu yang ada sebaik mungkin, kerana ilmu kalau ada sekalipun tetapi tidak diguna dengan penuh kebaikan, mungkin tidak membawa kebaikan yang banyak untuk kita. Kalau kita sentiasa merasa bahawa kita ini berada di langit biru dan orang lain berada di lembah yang kotor, mungkin elok kita bukakan hati dan jiwa kita untuk merendahkan diri dan budi. Allahuakbar!
Saya letakkan beberapa gambar yang kami ambil ketika berada di Jakarta baru-baru ini.
Wassalam.
Kamar kami di hotel di Jakarta
Kita tak swimming pun
Dia orang ni yang swimming
Depan hotel kami
Makan-makan di Djakarta Cafe
Makan di Blok M
Makan-makan ni Nona Manis di Kemang Village bersama famili Suzy
Di Nona Manis, Restoran makanan tradisional Indonesia bersama Abby dan Hibshi
Di lantai kamar-kamar kami di hotel
Di hotel kami ketika ready nak pergi majlis perkahwinan
Di Tempat majlis perkahwinan Noulah dan Dr. Haris di Jakarta
Pengantin Noulah dan Dr. Haris
Noulah dan Haris
Di Majlis perkahwinan
Ketika di lobby bersedia nak pergi shopping
Ambil foto bersama pengantin
Dengan family Bandung
Kaum kerabat di Jakarta dan Bandung
Bersama Menteri Pelajaran Indonesia, Anies Basweedan (kebetulan merupakan ahli keluarga kami di Jakarta)
Di Wowzania, tempat main budak-budak di Kemang Village
Shopping di Blok M
Di Djakarta Cafe
Di airport
semasa majlis perkahwinan

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)