Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, May 28, 2014

Tolonglah Mereka

Assalam

Semalam memang tak sempat update blog ini. Saya ada beberapa mesyuarat dengan produser. Pagi tadi pun tak sempat, banyak betul kerja dan aktiviti saya. Apa-apa pun, alhamdulillah masih berkesempatan untuk memberi masa dan ruang buat aktiviti yang sedang kami usahakan untuk rumah tumpangan orang tua Al Ikhlas di Pulau Meranti, Puchong. Kedudukannya sangat berdekatan dengan ofis-ofis anak-anak saya di Puchong dan Cyberjaya. Kami sedang uruskan program khas buat mereka di rumah itu, agar nanti lebih banyak sumbangan yang akan disalurkan oleh orang ramai.

Ketika di rumah Al Ikhlas, saya berkesempatan untuk berbual-bual dengan penghuninya. Kali ini, tiga wanita, Leha, Nora dan Nuraini yang membuat saya terharu. Mereka dan cerita mereka dan alhamdulillah, saya berada di sini dan masih berupaya untuk membuat sesuatu untuk mereka yang menetap di rumah Al Ikhlas. Nora merupakan bekas guru, tak pernah kahwin dan tak punyai anak sendiri. Kini, sedang mengidap kanser. Leha pula, bekas jururawat dan dikatakan punyai ahli keluarga, tetapi malang buatnya, mereka tak mahu menjaganya. Begitu juga Nuraini, yang merupakan seorang mualaf. Suaminya sudah meninggal dua tahun yang lalu dan sejak itu, anak-anaknya tidak mahu menjaganya kerana mereka semua bekerja. "I miss my husband..." itulah kata Nuraini, menyentuh hati saya. Saya sempat melayan dan menyuap dia makan kerana jejarinya ada masalah. Selesai melayan dia berkata pada saya, "Are you going to miss me?" Aduhai... kesiannya dia.

Begitulah kita, tidak tahu lagi apa yang akan terjadi di masa depan nanti. Sekalipun mungkin ada kerja, ada harta, tetapi belum tahu lagi sekiranya kita juga diberikan kasih sayang. Subhanallah.

Saya berkenalan dengan Puan Ho, pengetua kolej komuniti Ulu Langat. Beliau dan kumpulannya datang ke situ untuk hulurkan bantuan. Alhamdulillah, sekalipun Puan Ho bukan orang Islam, namun hatinya sungguh mulia dan dia juga tidak berkira. Katanya kepada saya, "Puan Aina... apa sahaja yang saya boleh bantu, akan saya bantu rumah ini."

Ya Allah, ya Tuhanku, bukalah hati mereka di luar sana agar orang-orang tua di rumah Al Ikhlas ini akan kita bantu dan tolong mereka untuk dapatkan kasih sayang dan keselesaan.

Saya juga berbual dengan Dr.Sandigeswary dan pembantunya Afizudin (mereka dari klinik kesihatan Dengkil) dan katanya, kliniknya datang ke rumah itu sebanyak empat kali seminggu untuk memeriksa pesakit yang berada di rumah itu.

Tak kira Melayu, Cina atau India, kalau kita mempunyai hati dan budi, siapa sahaja kita akan bantu apatah lagi orang-orang tua dan sakit, yang memerlukan bantuan kita semua.

Wassalam.

                                             Inilah keadaan orang-orang tua lelaki
                                             Dr. Sandigeswary sedang melayan Puan Nora
                                           Cikgu-cikgu ini sedang melayan Puan Leha
                                                                 Saya dan Puan Ho
                                              Saya, Puan Ho dan seorang pembaca saya
                                           Sumbangan kolej komuniti buat rumah Al Ikhlas
                                             Lagi sumbangan kolej komuniti
                           saya bersama ahli kolej komuniti dan orang tua-tua rumah Al Ikhlas