Assalam
Saya dah pun balik dari Chiangmai... mungkin anda semua nak tahu, best tak Chiangmai? haha... ada ke tempat yang tak best kat dunia ni?
Alhamdulillah... bagi saya Chiangmai merupakan satu destinasi percutian yang 'semuanya ada'. Yang tak ada hanyalah laut sahaja. Yang penting, selama kami di sana (5 hari 4 malam), terlalu banyak aktivitinya. Tak berhenti-henti. Alhamdulillah hotel penginapan kami sangat strategik kedudukannya, betul-betul mengadap 'market' yang terbesar di Chiangmai. Sudah itu, sangat mudah untuk mencari tempat makan orang Islam. Sangat happening dan banyak hotel terkemuka di kawasan itu.
Apa yang kami tak buat di Chiangmai? hampir semuanya kami cuba lakukan termasuk naik kereta lembu, naik gajah, naik rakit, tengok perkampungan orang Kalian (leher panjang), pergi tengok taman buaya, tempat beruk, pergi taman orkid, pergi tempat lebah madu (honey), pergi kota lama Chiangmai, tengok kuil, lepas tu pergi ke taman istana di puncak gunung (sangatlah cantik), pergi tengok kuil atas gunung dan pergi zoo (sangat nyaman dan cantik). Kami juga pergi ke pelbagai pasar (market atau bazaar) yang terdapat banyak di Chiangmai, selain daripada pergi berurut (Thailand sangat popular dengan servis urutan Thai).
Aduh, memang Chiangmai sangat menarik bagi kami semua. Mempunyai macam-macam aktiviti dan pemandangan yang sesuai untuk semua orang. Sesuai untuk keluarga, untuk kumpulan orang-orang bujang, juga sesuai untuk mereka yang nak bersantai atau kunjungan 'honeymoon'.
Nanti saya ceritkan lagi tentang kota Thailand yang bernama Chiangmai. Insyaa-Allah.
Lobi hotel tempat penginapan kami
Sekarang ini memang musim laici di Chiangmai
jualan di pasar Chiangmai
meronda-ronda di pasar
Halal Street
Di kawasan Masjid Hidayatul
Bilik kami di Chiangmai
Penyanyi cilik di Saturday Market
Di Pasar Malam Sabtu
Perjalanan ke tempat aktiviti - dalam kereta Komuter
Naik kereta Lembu
Naik gajah
Merentas sungai sambil naik gajah
Firas dan Ali semasa elephant show
Kami berakit buluh- menarik sangat
Di perkampungan orang kalian- leher panjang
Perkampungan orang kalian