

Orang yang bijak,tidak sekadar boleh mengaturkan kata-kata bijak, tetapi boleh berfikir bijak dan berlaku bijak!
Bunyinya macam senang aje, kan? Memang senang. Senang berkata-kata, tetapi kadang-kadang susah nak buat. Rata-rata kita berasakan diri kita bijak. Mungkin kerana itulah apa yang kita fikir bijak akan kita lakukannya. Mungkin juga kerana kita fikir kita bijak, akhirnya kita kerugian.
Misalnya: Kita sedang lakukan sesuatu yang agak baik untuk kita. Sebelum itu, kita pernah ingin mencuba, tetapi tak menjadi. Sebaik sahaja dah menjadi, kita pun rasa happy. Kerana itu juga,kita mula rasa bangga. Tambah pula ada yang memuji,bertambahlah menjadi-jadi. Kita mula terasa bijak dan apa saja yang orang kata, kita pun suka nak percaya, maklumlah kita rasa yakin pada diri kita. Kita ubah strategi... kerana rasa kita mampu laku dengan lebih baik lagi. Tetapi... rupa-rupanya kita dah menjeratkan diri. Tahu-tahu kita dah mula rugi. Aduhai... silapnya.
Mungkin inilah yang selalu terjadi. Kita suka berkata-kata, tetapi kita tak mampu lakukannya dengan bijak, mahupun berfikir dengan bijak. Hidup di dunia ini bukan sekadar berkata-kata sahaja, tetapi yang penting ialah memikirkannya dan berfikir secara baik dan matang sebelum melakukannya. Sudahkah kita berfikir? Mungkin tentang masa depan, tentang memilih kekasih atau pasangan hidup, mungkin tentang rakan, tentang orang yang boleh kita percayai, mungkin tentang kerjaya, mungkin juga tentang rumah tangga kita. Berfikir-fikirlah.