Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, December 07, 2014

Nak Rehat-Rehat

Assalam

Memang tak sempat nak update blog tetapi alhamdulillah majlis tahlil kami berjalan dengan baik sekali pada hari Sabtu yang lepas. Kaum kerabat, ramai yang dapat hadirkan diri, begitu juga tetamu-tetamu lain termasuk rakan-rakan rapat kami dan juga jiran-jiran lama kami. Ada juga yang dah lama tak jumpa tetapi dapat meluangkan masa untuk datang, alhamdulillah sekali lagi. Makanan yang disediakan pun alhamdulillah, sedap-sedap dan memuaskan hati semua yang datang.

Walaupun bukan suatu majlis yang besar, namun kecohnya sama sahaja. Hari ini, dapatlah saya relaks sedikit. Malah, pada petangnya, sempat kami ke Lenggeng lagi. Kali ini bawa Faiz anak sulung kami. Faiz pun tertarik dengan perancangan yang sedang kami aturkan untuk projek Lenggeng. Lewat petang, kami menziarahi pusara arwah ibu saya. Sebenarnya memang saya rindukan ibu saya. Semoga rohnya damai dan aman di alam barzakh. Al Fatihah.

Sekarang ini, kami sibuk pula untuk bersiap-siap ke Bandung, insya-Allah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Saya tak ada apa sangat nak cerita kerana masih perlukan untuk berehat. Semoga Allah pelihara kita semua, Aamiin.