Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, April 10, 2012

Mengapa Ada Lelaki Suka Mencari GRO?



Salam

Pagi ini, encik suami saya akan ke Kota Kinabalu. Oh, ya... saya sangat suka dengan Kay Kay ni.... nak macam Kay Kay kat kampung saya. Saya tak ikut sebab encik suami saya tu ada kerja. Kadang-kadang tak best ikut dia kalau dia sibuk. Huhu... tak apa, nanti awal May saya akan berjalan-jalan dengan dia. Hanya kami berdua.

Okeylah... saya nak berbual tentang sesuatu yang sensasi dan tentunya sensitif. Kenapa agaknya ada ramai perempuan yang jatuhkan maruah mereka lalu memegang gelaran perempuan 'sun* al', atau kadang-kadang kita panggil rama-rama malam (sekarang ni siang pun ada kot)? Macam-macam nama yang diberikan pada mereka, kalau dulu kerap kali dipanggil 'pelacur' tapi sekarang ini lagi elok sikit namanya, dipanggil 'GRO'. Apa pun, kerja mereka tetap sama, melayan lelaki-lelaki yang suka pada perempuan jalanan seperti mereka ini. Pada pendapat saya, selain untuk mencari wang, mereka berada di alam itu kerana ada lelaki-lelaki yang mahukan servis mereka. Kalau tak ada siapa yang perlukan mereka, maka tak wujudlah mereka itu. Malah, sejak dulu lagi, wanita yang memegang jawatan seperti ini sudah ada, bukan sesuatu yang baru.

Suatu malam, sekitar sebulan yang lalu, saya dan encik suami sedang lepak-lepak di sebuah restoran mamak (saya jarang ke restoran itu, biasanya saya ke restoran yang berdekatan di rumah saya). Kebetulan, restoran mamak itu berdekatan dengan kawasan pusat bandar baru Nilai dan di sekitar tempat itu memang banyak benar hotel-hotel kecil. Hotel besar pun ada juga. Sedang duduk-duduk, saya melihat dua orang lelaki (sekitar awal 40-an) sedang dilayani dua orang perempuan 'GRO'. Walaupun tiada tanda nama gelaran jawatan pada dahi mereka, cara pakaian dan kelakuan dapat mengagakkan siapa mereka. Kebetulan juga, saya tahu sekitar kawasan itu memang banyak perempuan-perempuan seperti itu. Kedua-dua lelaki tadi adalah orang Melayu (saya dengar mereka bercakap) dan kebetulan, kedua-dua wanita itu juga orang Melayu. Tentunya saya tertanya-tanya di hati kecil, mengapa lelaki-lelaki itu berada di kawasan itu bersama-sama wanita itu? Mereka tiada isteri ke?

Bagi saya, kemungkinan besar kedua-dua lelaki tadi mempunyai isteri, tetapi mereka sudah biasa mendapatkan servis begitu. Tapi tak kisahlah mengapa mereka berada di tempat itu, tetapi isunya, mengapa mereka perlukan servis sebegitu sekalipun tahu perbuatan mereka haram dan menjelekkan? Kemungkinan besar mengapa ada lelaki yang suka cari perempuan seperti itu, kerana mereka sebenarnya tidak mampu untuk mendapat kepuasan seks seperti lelaki normal. Kemungkinan besar juga, mereka lebih suka 'dilayani' daripada 'melayan'. Secara mudah, teori saya ialah lelaki seperti ini sebenarnya tidak normal dan ada kelemahan pada diri dari segi 'seksual' nya. Untuk mencari jalan mudah, mereka guna servis pelacur.

Ada juga kerana sangat terbiasa dan merupakan budaya hidup mereka sejak kecil lagi. Mungkin ayah mereka juga begitu dan kerana itu mereka tidak rasa lengkap dan normal kalau tidak melakukan perkara sama seperti ayah, atau adik-beradik dan orang sekeliling mereka. Tentunya, ada lelaki yang dilatih oleh teman-teman.

Lelaki yang guna 'servis' pelacur memang tak akan berlaku romantik kerana mereka tidak tahu apa itu 'romantik'. Kerana mereka juga sudah biasa mendapat servis daripada perempuan sebegitu, kalau mereka bersama dengan isteri, mereka juga tidak pandai beraksi dengan cara yang 'baik' dan ada ketika, lelaki-lelaki seperti ini mungkin melayan isteri mereka sama seperti mereka melayan pelacur, dengan tidak memberi layanan yang baik!

Huhu... beginilah kisahnya. Saya sekadar berkongsi cerita dengan anda sekelian, dengan teori saya dan juga apa-apa yang saya pernah baca tentang hal seperti ini. Apa pun, lelaki yang suka pada pelacur tentunya merupakan 'maniac' atau mungkin juga 'perverts', dan mereka bukan lelaki normal.

Wassalam.