Assalam
Semalam saya tak update blog kerana kebetulan saya sangat sibuk. Hari ini pun masih sibuk kerana kami sekeluarga akan ke rumah adik lelaki saya yang akan uruskan majlis aqiqah untuk cucu pertamanya. Selepas itu nanti, kami bercadang untuk melawat anak saudara suami saya yang masih berada di hospital. Alhamdulillah, walaupun dia koma hampir sebulan, kini sudah banyak perubahan menghala kepada semua yang positif. Betapa besarnya kuasa Allah SWT, yang dianggarkan akan tamat hayat oleh para pakar kerana keadaan yang sangat teruk, berkat doa dan izin-Nya, mampu beransur-ansur pulih. Subhanallah. Kami semua bersyukur kerana Allah masih izinkannya untuk bernafas dan insyaa-Allah akan satu hari nanti 'back to normal.' Satu keajaiban atau miracle yang hanya Tuhan sahaja mampu mengaturkannya.
Satu penagajaran dan hikmah buat kita semua, jangan sekali-kali kita berputus asa. Berdoalah dan pohonlah pada-Nya. Hanya Allah SWT yang tahu bila kita bertemu ajal, selagi belum tiba, kita janganlah 'give up'. Semua ini adalah Rahsia-Nya.
Selamat berhujung minggu.
