Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, August 02, 2013

Apa Salahnya?

Assalam

Kadang-kadang, kita jadi sakit hati bila melihat orang lain lagi elok keadaan hidupnya. Mungkin rumah dia lagi besar dari rumah kita, kereta dia lagi mewah dari kereta kita, buku dia lagi popular dari buku kita, orang lagi suka dia daripada kita, semua yang dia ada memang lagi hebat daripada kita. Kalau kita fikir macam tu, hati kita memang gundah gulana dan malam-malam kita payah nak tidur sebab teringat yang bukan-bukan. Apatah lagi kalau dia itu tinggal dekat dengan kita atau selalu menghubungi kita. Mungkin juga dia sedara kita atau jiran kita, atau kawan kita.

Tapi... apa salahnya dia dapat benda-benda yang lagi baik daripada kita?

Itu bukankah soal material yang kita dapat tengok dengan mata? Mungkin duit dia lebih banyak daripada kita.

Tapi... kita tak tahu apa yang merunsingkan dia.

Entah-entah hutangnya keliling pinggang. Mungkin juga dia mempunyai penyakit yang payah nak diubati. Atau mungkin juga jiwa dia tak pernah tenteram. Barangkali juga dia tak ambil kisah untuk bayar zakat, atau lakukan amal-amal yang wajib dan sunat dilakukan. Semua itu kita tak tahu.

Lagipun... biarlah dia dengan kehidupannya. Kita doakan yang baik-baik buat dia. Walaupun kita lebih kurang daripada dia, masih ramai lagi yang jauh lagi teruk daripada kita. Ada yang tak cukup makan, ada yang tak bertempat tinggal, ada yang tak bertempat untuk tidur. Ada yang tak mempunyai suadara mara, hidup sebatang kara. Ada yang tak bahagia. Tapi... ada juga yang jauh lagi bahagia daripada kita dan juga si dia, walaupun dari segi material dia tak mempunyai apa-apa. Hatinya tetap tenang, wajahnya masih berseri-seri... semua kerana dia redha dengan apa sahaja yang ada padanya.

Apa salahnya kita hidup seadanya? Bukankah kita di sini sekadar sementara? Menumpang buat seketika.

Wallahuaklam.