Assalam.
Sekarang ini musim hujan lagi. Sebenarnya musim dah tak tentu lagi, kan? Boleh jadi panas dan boleh jadi hujan. Kerana itu juga, orang macam saya yang ada asthma ini, tak tentu rasa juga. Sekejap batuk dan sekejap lagi ada asthma. Apa-apa pun, saya tetap bersyukur pada Allah SWT kerana memberi nikmat untuk hidup di dunia ini.
Semalam, saya ada hal di UKM, selepas itu saya ke IOI shopping mall, sebab ada barang yang nak beli. Semasa di situ, saya nampak orang jual madu dari negara luar dan dalam hati saya berkata juga, nanti nak belilah madu yang bagus ni. Namun rezeki saya lebih baik daripada itu. Bila pulang ke rumah (madu tadi tu saya lupa nak beli), anak saya bawa satu bag dari ofisnya. Katanya, "Ini Jehad kirim. Emak dia bagi." Saya teramat teruja, kerana ibu Jehad mengirimkan kepada saya 'madu terbaik' dari Hadramawt, Yemen. Ibu Jehad tinggal di sana dan abang Jehad baru sahaja sampai dari Yemen. Syukur alhamdulillah. Biasanya saya akan beli dari budak-budak Yemen, tetapi kerana peperangan di sana, jadi payah nak kirim lagi. Namun Allah Maha Besar dan membenarkan saya untuk mendapatkan madu dari Yemen itu. Terima kasih kepada ibu Jehad yang tak pernah lupakan saya. Alhamdulillah.
Inilah dia madu dari Yemen. Memang terbaik!