Assalam
Apa khabar semua?
Tak lama lagi dah pun mula Pesta Buku Antarabangsa. Nampaknya, sekarang ini Pesta Buku dah tak seperti dulu lagi. Semakin hari semakin sepi. Walaupun ada minggu buku, hari buku atau bulan buku, tapi nampaknya masing-masing tak kisah pun pasal buku. Yang suka membaca adalah juga mereka yang suka menulis. Rata-rata mereka ini juga yang menulis di sana sini, termasuk di blog dan juga Facebook. Yang tak suka membaca bukulah yang paling ramai. Mereka hanya suka sibuk di sana sini, mengintai blog orang atau facebook orang. Nak tulis sendiri memang tak reti dan tak ambil kisah pun. Apatah lagi untuk membaca buku. Kalau baca pun, mungkin baca benda-benda karut-marut. Jangankan nak baca buku yang penuh dengan ilmu, baca buku cerita pun tak mahu.
Mungkin kerana itulah semakin hari semakin sepi dunia buku di Malaysia!
Mungkin juga dah tak banyak penulis yang hebat di luar sana. Yang menulis memang ramai, tapi yang menulis apa sahaja pun ramai juga. Ramai penulis main hentam menulis, tanpa buat research, tanpa buat kajian dan tak kisah pun dengan plot atau bahan yang diatur dalam buku. Akhirnya pembaca pun jadi bosan. Dulu suka baca, sekarang dah malas nak baca lagi.
Mungkin juga kerana itu, banyak penerbit yang pilih untuk terus tutup kedai. Buat apa nak teruskan bisnes, kalau bisnes dah jadi suam-suam kuku? Buku dalam stor jadi bertimbun. Kalau tak buat buku baru nanti kedai tak mahu ambil, tapi bila buat buku baru, buku baru kurang laku. Akhirnya berlambak dalam stor. Yang terpaksa tanggung kerugian ialah penerbit. Penulis tak rugi apa sangat, mungkin rugi masa lah kerana menulis memang makan masa. Mungkin juga rugi tenaga dan usaha. Tapi penerbit memang rugi duit!
Tak usahlah eksyen dan berkata yang dia merupakan penerbit hebat! Kerana kalau dia kata begitu, maknanya dia adalah PENIPU!
Hari ini, bisnes buku merupakan bisnes yang malap. Dulu, sekitar sepuluh atau lima belas tahun yang lalu, bisnes buku memang merupakan bisnes yang HOT. Sekarang ini dah tak lagi! Salah siapa agaknya?
Rata-rata, tak banyak peruntukan yang dikhaskan untuk perpustakaan atau pembacaan buku untuk rakyat. Jadi... semestinya rata-rata bisnes buku jadi malap.
Mungkin itulah salah satu strategi, agar anak muda tak ghairah membaca. Bila tak baca, maka mereka jadi manusia yang kurang ilmunya. Bila tak ada ilmu, maka kuranglah pengetahuan, tak tahu segala-galanya. Maka jadilah manusia yang kurang bijaknya. Mungkin mudah untuk mengatur manusia yang tidak bijak, kalau banyak yang cerdik pandai, memang susah!
Wallahuaklam.
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Thursday, April 26, 2018
Tuesday, April 17, 2018
Sabar Itu Kena Ada
Assalam
Inilah pengalaman saya. Hidup di dunia ini, selagi ada umur, ada kesihatan yang baik, ada rezeki, kita perlulah sentiasa bersyukur. Pun begitu, bagi sayalah, kita kena ada banyak kesabaran dalam diri. Bukan semua yang kita suka itu kita pasti dapat. Kadang-kadang, ada perkara yang tak elok terjadi dalam hidup kita. Dalam perjalanan yang sudah kita rancang, tak semesti apa yang kita mahu itu berjalan lancar. Ada ketika, kita kena sabotaj. Atau mungkin kita mendapat ujian. Ada masa, bukan kerana kesilapan kita pun, tapi apa yang boleh kita lakukan? Kesabaran sahaja yang dapat menjaminkan kekuatan semangat dan kukuhkan iman. Insyaa-Allah.
Kadang-kadang, hati kita jadi geram. Mungkin dengan ahli keluarga sendiri, mungkin dengan kawan-kawan, jiran atau mungkin juga dengan orang luar yang kita tak berapa kenal. Kerana kesalahan atau kesilapan yang dilakukan orang lain, kita mungkin hilang sabar. Itulah yang kita kena buat, agar kita mampu bersabar. Kerana dengan kesabaranlah kita boleh teruskan perjalanan ini. Setiap ujian yang datang itu, pasti ada hikmahnya.
Kita mengandaikan yang orang lain tahu apa yang ada dalam fikiran kita. Rupa-rupanya tidak!
Pengalaman sayalah... kadang-kadang saya jadi bosan kerana melihat mesej yang berulang-ulang yang disebarkan oleh rakan-rakan atau saudara-mara. Masalahnya kadang-kadang si penghantar mesej melakukan itu kerana merasakan yang diri mereka terlalu baik! Ada pulak yang berulang-ulang menghantar mesej yang religious pada hal diri sendiri tidak juga religious. Sebagai contoh, dia menghantar pesanan yang mengingatkan kita supaya kita tidak lupakan Tuhan, atau bersedekah banyak-banyak, atau jangan menyombongkan diri. Dalam masa yang sama, dia juga yang memukul canang dalam group dengan mengatakan yang anaknya mahu bercuti ke Paris dan London! Subhanallah. Apa tujuannya itu? Hanya nak bagitahu ke atau sebenarnya ada rasa 'riak' dalam diri dan kalau itulah yang terjadi, tak guna pun merasakan dirinya terlalu baik dan mahu menunjukkan kebaikannya itu, padahal dirinya taklah baik mana pun! Allahuakbar.
Jadi... jaga-jagalah dengan apa yang kita sampaikan kepada orang lain. Lebih baik berlaku 'normal' daripada merasakan yang diri sendiri adalah orang yang terbaik! Wallahuaklam.
Lagi satu... saya memang tak sanggup betul bila menerima segala macam mesej yang sebenarnya merupakan cerita 'fitnah' atau 'mengaibkan', termasuklah segala macam 'video' yang sebenarnya merupakan 'video fake'! Rasa macam nak muntah!
Apa-apa pun, itulah tahap kesabaran yang kita perlu ada. Dunia hari ini dah jadi pelik. Orang yang sama, yang merasakan dirinya baik, itu juga orang yang selalu menyebar segala macam cerita 'fitnah' dan yang 'mengaibkan'. Wallahuaklam.

Sunday, April 08, 2018
Akhirnya Dia Pergi Jua
Assalam
Minggu yang baru berlalu ini, merupakan minggu yang tersedih buat saya kerana saya telah kehilangan dua orang ayah saudara. Kebetulan, kedua-duanya merupakan ayah saudara-ayah saudara yang terkahir buat saya yang masih ada lagi. Seorang merupakan adik ibu saya dan seorang ialah adik ayah saya. Pada hari Selasa, saya kehilangan arwah Ami Harun, adik bongsu arwah ibunda saya dan pada hari Jumaat pula, arwah Ami Mustafa saya pulang ke rahmatullah. Ami Mustafa merupakan adik bongsu arwah ayah saya.
Pada hari Jumaat itu, sepupu-sepupu kami di Jakarta telah memaklumkan kepada kami bahawa Ami Mus sedang berdepan dengan masalah kurang oxygen. Kami sama-sama telah melihat monitor yang berada di tepi katilnya. Malah, kami telah ramai ramai mengajar ami mengucap 'Lailahaillallah' sambil mengaji untuknya secara online. Pelbagai mesej yang kami kirimkan dan kami dapat melihat semuanya secara online. Ami kami menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.13 pagi jam Indonesia. Betapa sedihnya hati ini. Walaupun kami dapat menjangkakan yang ami kami tidak mampu untuk bertahan lagi, namun bila dia pergi, bagaikan remuk juga hati ini. Ami Mius kami merupakan seorang insan yang sangat istimewa. Pada usia 95, kami semua berasa teramat sedih dengan kehilangannya itu. Kami tetap bersyukur kerana ami pergi pada hari Jumaat yang mulia, semoga Husnul Khotimah. Jenazahnya dibawa ke masjid dan sempat disolatkan sebaik sahaja mereka menunai solat Jumaat dan kemudian bawa pula ke rumah sepupu saya untuk disolat sekali lagi oleh semua kaum kerabat yang ada. Famili kami memang besar dan betapa beruntungnya ami kami kerana jenazahnya telah diuruskan anak-anak saudara, cucu saudara dan cicit saudara. Alhamdulillah.
Sepanjang hari itu, saya bersedih hati. Walaupun redha dengan pemergiannya, saya tetap sedih kerana ami kami merupakan salah seorang insan terbaik yang pernah hadir dalam hidup kami. Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa-dosanya, rahmati dan berkati rohnya dan terimalah dia sebagai insan soleh untuk ke syurga-Nya. Aamiin ya Rabbal alamin.

Thursday, April 05, 2018
Sedih Sangat
Assalam
Saya berasa sangat sedih kerana degan tiba-tiba sahaja adik bongsu arwah Umi saya, yang saya panggil Ami Harun, meninggal dunia pada petang Selasa yang lepas. Tiba-tiba sahaja dia sesak nafas dan pulang ke Rahmatullah. Ya Allah... sungguh kami semua belum bersedia untuk melihat ami saya pergi. Namun Allah swt sangat sayang kepadanya. Arwah ami saya berusia 73 tahun, masih belum cukup tua, namun ajalnya sudah tiba. Kami meredhainya walaupun hati ini sangat sedih.
Dulu, masa saya budak-budak, ami saya sangat rajin melayan saya. Dia selalu membeli pakaian yang saya idamkan dan rajin membawa saya berjalan-jalan. Saya tak pernah melupakan kasih sayang yang pernah diberikan kepada saya.
Ami Harun saya tinggal di Johor Bahru kerana dia berkahwin dengan orang Johor, juga adalah kaum kerabat kami juga. Malah, isteri Ami Harun juga ada kena mengena dengan suami saya. Mungkin kerana itu, kami sangat rapat. Sekarang ini, saya sudah tidak punyai ayah saudara lagi di sebelah ibu saya. Semuanya sudah pergi. Kebetulan, ibu saya tidak punyai adik-beradik perempuan. Bermakna, kami sudah tidak punyai orang tua lagi.
Semoga Allah merahmati roh ami saya dan semoga Allah ampunkan segala dosanya dan menempatkannya di Syurga Firdausi. Aamiin.

Subscribe to:
Posts (Atom)