Assalam.
Dua hari saya berehat, alhamdulillah. Dalam masa itulah, kami berkumpul dan berbual-bual tentang masa depan negara dan juga bangsa Melayu. Kami berharap sangat, agar orang Melayu mahu berusaha untuk berubah. Kita hanya boleh berubah dengan berusaha kuat, bukan sekadar mencari ilmu dan pendidikan, tetapi juga untuk menghayati dan menjiwai agama kita yang mulia ini. Kita berdoa, tidak jauhkan diri daripada Tuhan, tetapi jauhkan diri daripada kejahatan termasuk perbuatan keji seperti rasuah, fitnah, bergosip dan cuba jatuhkan bangsa dan agama sendiri.
Kalau kita amalkan ajaran agama Islam, tidaklah kita tersungkur dengan perbuatan yang jelek dan itu tidak bermakna kita perlu taksub membabi buta dengan segala apa yang kita fikir seperti 'ilmu agama'. Kita tak perlu taksub dengan mana-mana karakter yang kita fikirkan sebagai alim, kerana tidak ada sesiapa pun yang sama tarafnya dengan Nabi Muhammad SAW. Kita harus buka fikiran dan jangan suka ikut-ikutan kerana kalau kita gagal untuk berfikiran bijak, maka akan ada yang ambil kesempatan!
Biarlah bangsa kita berubah dan berlaku bijak. Kalau orang lain aturkan strategi, jangan kita pula terperangkap sama. Fikirlah untuk masa depan, untuk anak cucu kita. Jom kita ramai-ramai tolak budaya 'rasuah'. Jangan ambil rasuah dan jangan beri rasuah. Jangan berkawan dan dekat dengan mereka yang suka beri rasuah!
Kita juga perlu ingat, musuh besar agama Islam ialah pihak zionis. Dengan itu, berjaga-jagalah kerana pihak ini akan rapatkan diri dengan kita dan akan meracuni fikiran kita dengan pelbagai helah. Nauzubillah.
Orang Melayu boleh berjaya kalau berusaha dalam semua bidang terutama ekonomi. Orang Melayu wajib adakan network, bukan hidup bercakaran dan bermusuhan kerana kelakuan itu akan menguntungkan orang lain. Orang Melayu wajib berubah untuk jadi manusia yang bijak dan luas fikiran, bukan macam katak di bawah tempurung, main ikut sahaja cakap orang lain!
Jom, kita fikir-fikirkan dan ambil tindakan untuk lakukan sesuatu yang lebih positif!