Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, December 28, 2015

Bila Dia Pergi....

Assalam

Hari ini belum sambung lagi cerita 'Aku Seorang Perempuan' sebab saya sangat sibuk. Hujung minggu yang lepas, banyak sangat aktiviti di Lenggeng dan juga di Nilai. Ramai juga tetamu-tetamu yang datang di Lenggeng dan juga di Nilai. Jadi, tak ada masa nak sambung cerita. Insyaa-Allah akan saya sambung!

Hujung minggu lepas juga sempat tengok drama 'Setulus Janji'. Thumbs up untuk Dian P. Ramlee kerana hafal dialog dengan baik dan buat kita semua berasa sedih. Setiap kali saya membaca bahagian itu, selepas Aiman meninggal dunia, saya akan teringat pada 'ustazah' di Bangi yang pernah kehilangan dua orang anak lelakinya serentak! Saya pinjam ayat ustazah itu dan Dian sebagai ibu Aiman, berjaya untuk buat kita rasa sedih. Semestinya ramai yang geram dengan Juwita dan juga dengan Ilham. Jadi... yang mana terlepas tu, jom google cari episode yang terlepas. Minggu depan, jom tengok lagi sambungan drama Setulus Janji.

Wassalam.