Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, March 13, 2015

Jaga Kesihatan Mental

Assalam

Selamat pagi semoga hari Jumaat ini dipenuhi dengan rahmat dan barakah buat kita, insyaa-Allah.

Hari ini dan juga hujung minggu saya akan kesibukan insyaa-Allah. Ini adalah kerana Selasa depan saya dan cik abang saya, kami akan ke luar negara bercuti yang agak panjang, selama dua minggu. Insyaa-Allah kami akan ke benua Afrika, ia itu ke Morocco atau apa yang kita kenali sebagai Maghribi. Morocco terletak di utara benua Afrika, di bahagian Mediterranean tak jauh dari Sepanyol, dari Tunisia dan juga Algeria. Pada asalnya kami merancang untuk ke Afrika Selatan, tetapi kerana hal-hal tertentu, kami berubah haluan dan memilih Morocco. Kebetulan, abang dan kakak ipar saya akan ikut serta rombongan cuti-cuti ini. Sebenarnya kami sangat 'look forward' kepada percutian ini kerana Morocco merupakan salah satu negara idaman kami. Semoga Allah berikan kelancaran dan kemudahan buat kami untuk bercuti ke sana.

Apa-apa pun, sajalah nak bercerita tentang 'jaga badan'. Ramai orang sangat ambil berat tentang penjagaan kesihatan atau tubuh badan kerana rata-rata kita tak mahu sakit. Kalau boleh, biarlah hidup sihat. Insyaa-Allah. Oleh kerana itulah kita ambil berat tentang apa yang kita makan. Tak boleh main makan apa sahaja walaupun rata-rata, asalkan halal okey saja. Pun begitu, kita kena pastikan makanan yang kita ambil itu seimbang. Biarlah terlebih buah dan sayur.

Dalam hal jaga badan, bukan sekadar makanan sahaja, tetapi 'exercise'. Ramai orang tak ambil berat tentang hal ini. Mungkin badan tak gemuk, tapi kalau tak ada exercise, satu hari nanti mungkin badan mampu ditimpa kejutan. Tiba-tiba sahaja kita jadi sakit akibat beberapa reaksi negatif yang menimpa tubuh badan. Kalau setiap hari kerja kita hanya duduk sahaja, pasti segala urat saraf akan terkesan dek rutin harian sebegitu. Jadi, berjaga-jagalah. Bukan apa, takut usia tak tua mana, tapi badan dah jadi lemah dan tak larat, lebih teruk daripada orang yang jauh lebih berusia.

Selain daripada itu, kesihatan kita bukan sekadar bergantung pada makanan dan exercise sahaja. Malah, bukan hanya pada tubuh kita sahaja, tetapi jauh lagi penting adalah kesihatan mental kita. Anatomi mental itu penting. Biar minda seharian kita segar tidak malap. Biar otak kita cerdas. Biar mental kita tenang dan tidak gusar dan tergugat. Banyak orang mempunyai tubuh badan yang okey-okey, tetapi kesihatan mentalnya berserabut. Setiap hari kelakuannya seperti orang 'meroyan' atau kelam-kabut, tak tahu bagaimana mahu berasa aman dan tenang. Sentiasa tegang dan stres.

Ada ketika manusia mampu jadi begitu kerana perbuatannya sendiri. Mungkin umur tak tua, rezeki pun ada, fizikal pada tubuh badan pun kira macam okey juga, tetapi akibat hatinya yang sering 'sakit' dan 'geram', kesihatan mentalnya jadi tergugat! Atau mungkin tak bijak mengatur urusan seharian. Dalam keadaan seperti ini, manusia berkenaan akan berkelakuan pelik (dengan sedar atau tanpa sedar) dan keadaannya itu semestinya membuatkan orang lain tidak senang untuk dekat padanya. Kalau kesihatan mental kita berserabut atau tak sihat, pasti kehidupan kita akan terjejas.




Jadi... kalau nak jaga badan, pastikan keseluruhan tubuh termasuk segala yang terletak di hati dan otak, turut segar, bersih dan tidak sakit. Bila kita kawal segala-galanya, pasti jiwa akan tenang dan kita tak jadi macam 'orang meroyan'!

Tumpukan pada fikiran, tumpukan pada jiwa untuk beribadah pada Allah swt, berdoalah agar Tuhan berikan kita kesihatan tubuh dan mental jua, semoga kita akan alami jiwa yang tenteram.


Wassalam.