Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, May 22, 2015

Suami Suka Maki

Assalam

Pagi Jumaat yang dingin, alhamdulillah semoga Allah swt curahkan barakah dan rahmat-Nya.

Rupa-rupanya ada yang minat dengan artikel saya semalam tentang kedudukan wanita dalam Islam. Kalau kita bijak, semestinya kita peka dan mahu ambil tahu terutama tentang apa yang berlaku dalam famili atau di sekeliling kita. Jangan buat pekak atau buta, kerana mungkin tingkah kita itu akan membiarkan mereka yang dibuli terus dibuli.

Kata seorang teman yang membaca entri saya semalam. "Nak buat macam mana kalau ada kerabat kita yang dibuli suami sendiri?" Kisahnya begini. Si A baru lagi mendirikan rumah tangganya dengan si B, yang sepatutnya sangat 'crazy over' A. A taklah kenal sangat dengan B, tetapi latar belakang B membuatkan A menerima lamarannya. Keluarga A pun sokong. Jadi mereka berkahwin. Tetapi sebaik sahaja berkahwin, barulah A tahu tentang sikap B yang sebenar. B adalah lelaki kaki buli. Setiap hari kalau ada yang tersilap atau yang tidak disukai B, akan dimaki hamunnya isterinya A. Kata A, dia sedang berdepan dengan seorang suami yang berpelajaran tetapi mempunyai akal fikiran yang sewel! Suaminya kaki 'mental torture'.

Sifat sebegitu memang ada dan ramai wanita mengalaminya. Buli secara fizikal ada, tetapi secara mental memang ramai giler! Kalau tak betul gaya, orang yang kena torture mampu jadi gila sama! Nauzubillah.

"Nak buat macam mana ni?"

Bagi saya, seelok-eloknya mengadulah pada ibu bapa kita, agar mereka tahu apa yang sedang berlaku dan mungkin mereka dapat berbincang dengan sang suami. Tapi kalau suami tak mahu terima dan tak mahu ubah kelakuannya... blah sahajalah! Tak berbaloi bersuami dengan orang gila macam itu. Sampai bila kita nak hidup terus-terusan dengan manusia yang selalu maki hamun kita? Baru kahwin pun dah buat perangai, nanti kalau dah lama kahwin macam mana pula?

Okeylah... saya nak keluar dengan kawan. Semoga kita fikirkan tentang hal ini. Adios.

Wassalam.