Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, April 29, 2014

Semudah Buat Dosa!

Assalam

Adoii... tak suka betul nak cakap pasal orang, tapi rasanya kenalah juga cakap. Kadang-kadang mungkin kita tak perasan ada benda kita buat kita ingatkan elok sangat, tapi rupa-rupanya tak elok mana, malah boleh jadi berdosa.

Begini ceritanya. Kadang-kadang, kita ralit sangat dengan trend dan nak sangat wujudkan fenomena, konon-konon sangat 'cool' lah. Kita buat semua yang bertentangan dengan budaya dan agama sebab kita rasa cara itulah kita akan menjadi sesuatu yang 'menarik'. Memang tidak dinafikan, perbuatan yang kelihatan seperti 'protes' akan menjadi sesuatu yang mencabar dan mungkin juga akan mejadi sesuatu yang diminati oleh remaja sekarang. Tetapi... apa untungnya kita membudayakan sesuatu yang menghampiri 'dosa' hanya kerana kita nak ke depan dan menarik mereka yang ingin mengikut trend?

Di manakah letaknya tanggungjawab kita sebagai manusia dan juga hamba Allah kalaulah kita ini mengaku yang diri kita adalah 'Muslim'. Tak usahlah terlalu nak ikut trend dan nak jadikan fenomena pada sesuatu yang kita tahu akan akhirnya nanti mampu untuk merasuk jiwa dan minda anak muda dan suatu hari nanti payah untuk kembali ke jalan yang lurus.

Nak buat apa pun, biarlah berpada-pada jangan sampai lupa dan terleka. Janganlah galakkan anak muda kita berkata buatlah apa-apa pun terutama yang mudah kerana perbuatan itu semudah buat dosa! Allahuakbar.

Sekalipun kita nak protes, sebenarnya siapa yang hendak kita marahkan? Pada diri kita sendiri macam mana? Buat apa nak marahkan orang lain sangat sedangkan diri sendiri tak mampu untuk berubah. Kot iya pun nak marah, biarlah bertempat, jangan sampai kita dilihat sebagai menjijikkan, jangan sampai jadi fitnah kerana perbuatan kita yang tidak menghormati orang lain yang mahu utamakan perkara-perkara yang lebih baik untuk dunia dan akhirat.

Hah... memang berbunyi satira. Kalau anda bijak, pasti akan faham apa yang saya nak katakan ini. Semua ini ada kaitan dengan dunia 'membaca buku' pada hari ini.  Berjaga-jagalah, apa sekalipun yang kita nak buat, pastikan kita bertanggungjawab pada agama dan budaya kita. Jangan lupa! Wallahuaklam.

Wassalam.

                                      Pengunjung di booth Karnadya bersama Azlee Khairi