Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Saturday, June 16, 2012

Kalau Tak Sanggup Jangan Buat-Buat Sanggup

    Sekadar hiasan - tiada kaitan dengan judul


Salam

Malam tadi memang seronok tengok bola. Walaupun penat, tapi tengok jugak sebab team-team yang best berlawan. Okeylah, pagi ni tak nak cerita bola tetapi cerita benda lain.

Kebetulan saya terbaca satu artikel tentang orang bermadu dalam perkahwinan. Lebih kurang beginilah ceritanya. Kata si penulis, dia sangat hairan mengapa terlalu ramai wanita yang suka menyeksakan diri. Bila suami mereka mahu berkahwin lagi, mereka terima dan tidak membantah. Tetapi selepas itu, mula merungut-rungut. Semuanya tak kena. Tapi, mahu teruskan perkahwinan mungkin kerana sayangkan suami dan tak mahu anak-anak hidup tanpa ayah di samping mereka. Biar tidak bahagia tak apa.

Kata penulis artikel lagi, betul ke cara ini? Kenapa hendak menyeksakan diri sedangkan sebenarnya dirinya tidak sanggup menerima. Kata penulis lagi, tiada siapa-siapa yang boleh memaksa kita untuk menerima sesuatu yang kita tidak rela. Tetapi kalau kita buat-buat rela, itu bermakna kita adalah hipokrit. Kalau betul-betul rela, janganlah merungut. Kita kenalah terima apa sahaja. Kalau rasa macam melampau dan selepas berbincang dengan pasangan cara yang baik, tetapi masih juga tidak berkesan, apa guna kita teruskan sebuah perkahwinan yang menyakitkan? Dalam Islam tak ada macam tu pun. Manusia yang suka menuduh lalu berkata bahawa itu adalah kehendak Islam.

Saya tersenyum juga membaca artikel yang ditulis oleh kaum hawa itu. Apa yang ditulis itu memang ada kebenarannya. Kalau sekalipun kita mahu lakukan sesuatu yang baik atas nama agama, jangan pula kita buat dengan perasaan yang sakit dan tidak rela. Kalau kita buat macam tu, tentulah akan menyusahkan hidup kita juga. Sedangkan dalam hal ini, tiada paksaan. Kalau tak rela bermadu, tiada siapa pun yang boleh memaksa kita. Tapi jangan pula kata okey (konon-konon sanggup berkorban) lepas tu kita jadi marah dan meradang. Lepas itu kita jaja sana sini cerita yang tak baik pasal suami dan madu kita. Huhu...

Dahlah. Saya bercerita ini sekadar berkongsi info dan mungkin untuk mengingatkan kita sesama sendiri. Buatlah yang terbaik buat diri kita dan famili. Wallahua'lam.

Wassalam.