Bukan susah menjadi seorang perempuan kerana mengikut agama Islam, perempuan patut dilindungi lelaki. Suami, ayah, abang, adik lelaki, ayah saudara, semuanya bertanggungjawab untuk melindungi kita. Tetapi, kita boleh jadi susah apabila kita yang mencari susah. Perempuan mudah diperangkap orang, sebab itulah sebagai perempuan kita tidak dibenarkan keluar seorang diri, terutama apabila mahu ke luar negara. Kita semestinya ditemani muhrim. Kalau kita memandai-mandai, main ikut sahaja cakap orang atau kita terlalu mahukan wang, itulah yang akan terjadi. Kita akan ditipu orang. Malangnya, kalau kita terperangkap di luar negara, tambah pula melibatkan diri dengan kes dadah, tentu sekali tiada apa-apa yang boleh kita lakukan lagi. Kita akan menjadi mangsa!
Sebagai orang perempuan, kita sepatutnya meletakkan nilai yang tinggi buat diri kita, agar kita tidak tercampak dan terjebak dalam sebarang kerja kotor manusia yang tidak bertanggungjawab. Yang penting, sebagai perempuan, sayangilah diri kita. Kita patut bangga menjadi perempuan dan kerana itu, hargailah anugerah yang diberikan Tuhan.