Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, December 30, 2014

Kenapa Boleh Terkantoi?

Assalam

Dah berhari-hari cuaca mendung. Malah, hari-hari cuaca dingin terutama hari ini. Matahari main tutup-tutup mata, sekejap ada sekejap hilang. Beginilah keadaannya bila masuk musim tengkujuh. Kadang-kadang tak teruk sangat, sekali-sekala datanglah bencana. Kita sebagai manusia perlulah belajar untuk terima semuanya.

Cuba kita fikirkan... kalau Allah nak bagi kita sakit, macam mana? Kita macam tu juga, kan? Terpaksa terima sekalipun mungkin terasa bebannya. Malah, apa sahaja musibah yang Allah nak bagi pada kita, kita kena terima sekalipun mungkin tak suka. Siapalah kita, kan? Apatah lagi kalau musibah itu merupakan bencana alam, memang kita tak boleh buat apa-apa. Alangkan datang musibah akibat perbuatan manusia yang tak bertanggungjawab pun kita terpaksa terima juga. Setidak-tidaknya kalau kerana manusia yang sengaja mendatangkan bala itu, bolehlah kita tunjuk marah kita. Tapi kalau dah bukan kuasa kita, nak buat macam mana lagi?

Sajalah nak bercerita, kerana kita juga tahu yang musibah boleh datang melalui macam-macam. Kalau akibat perbuatan manusia ni memang sangat keraplah. Hampir sentiasa berlaku. Baru-baru ini saya ada berbual dengan seseorang. Dia bercerita pada saya, "Hairan benarlah saya... dulu dia kata dia sayang saya, tiba-tiba tak lagi."

"Awak percaya ke dengan kata-kata dia tu?"

"Percayalah juga. Dia belikan saya macam-macam..."

"Kot dia jenis berduit atau jenis yang macam tu... suka bagi hadiah kot." Kata saya pula.

"Biasanya orang kalau suka bagi hadiah ni memang orang baik, kan?"

"Tak semestinya. Kita pun janganlah menilai orang dengan apa yang dia berikan pada kita. Jangan juga nilai dengan mudah dengan kata-katanya. Kadang-kadang kata 'sayang' tu sangat murah buat mereka yang tahu macam mana nak kelentong kita. Bukan susah pun... air liur saja. Mungkin dengan kata macam tu, mudah dia dapat apa sahaja dari kita." Itulah kata saya.

"Sekarang ni saya sedih. Kadang-kadang geram sangat. Dia boleh blah macam tu saja, macam tak rasa apa-apa pun. Saya macam tak percaya aje." Katanya lagi.

"Percayalah... yang dia memang tak mencintai awak. Kalau dia betul-betul sayang, dia akan  buat 'all out' untuk awak. Kalau dia blah macam tu, maknanya awak tak bererti untuk dia. Pasti ada orang lain yang jauh lagi berharga dan tinggi nilainya. Sebagai manusia, awak kenalah belajar untuk faham. Tak payahlah beremosi. Buat buang masa saja. Mungkin elok juga kalau anda tengok di mana silapnya... tentang diri awak. Kalau nak bagi orang betul-betul sayang dan setia, kita juga kena jadi manusia yang ikhlas. Bukan manusia yang mengharapkan sesuatu daripada orang lain."

Mungkin minah tu bengang, tapi tak apalah. Kita kena belajar dari kesilapan kita. Jangan pula kita ulangi kesilapan itu lagi. Sebenarnya sebagai manusia kita memang boleh buat apa sahaja yang kita suka, tak kiralah betul atau salah, tetapi kita kena ingat setiap kesalahan yang kita buat, Allah melihatnya. Sebab itulah kita hairan bila kita rasa diri kita terkantoi!

Wassalam.