Keindahan Alam - Berehat dan Membaca di sini...

Followers

Wednesday, January 25, 2012

Siapa Tak Nak Ke Syurga?

             Sekadar hiasan - ini bukan syurga


Salam pagi Rabu

Semoga anda semua bertenaga semula setelah berehat selama empat hari. Mungkin ada yang masih bercuti lagi, kan? Encik suami saya bercuti lagi sebab syarikat dia tutup minggu ni. Saya suka, saya suka! Hehe... adalah dia temankan saya di rumah ni.

Okeylah... teringatlah pulak cerita pasal nak pergi syurga ni. Saya tak tahulah orang lain, tetapi saya selalu fikirkan hal ini. Kita hidup untuk apa? Untuk cari kemewahan dan keseronokan sekadar di dunia sahaja ke? Tentulah tidak, kan? Sebab kita juga tahu, tak ada siapa pun di dunia ini yang hidup tapi tak mati-mati. Semuanya akan mati, sekalipun makan macam-macam benda dan buat macam-macam benda supaya kita sihat dan lambat mati. Apa sekalipun yang kita lakukan pada diri, kita tetap akan mati juga. Cuma masanya saja yang kita tak tahu, hanya Tuhan yang menentukannya.

Ada orang, siang dan malam fikirkan macam mana nak cari duit banyak supaya dia bahagia di dunia ni. Huhu... kotlah kita boleh bahagia sebabkan duit saja, kan? Habis tu... macam mana pulak dengan depa yang tak berduit tu? Huhu... semua orang teringinkan itu. Happy. Tak ada siapa pun yang nak hidup tapi tak happy, kan? Dan banyak orang fikir, happy tu kita boleh capai kalau kita banyak duit. Iya ke tu?

Kenapa kita tak nak fikir cara lain pula untuk jadi lebih happy? Kita semua nak ke syurga, kan? Jadi, kenapa kita tak nak fikir ke arah itu? Buat benda yang baik, amalkan apa sahaja yang Tuhan suruh kita buat, termasuk menjaga ibu bapa kita dengan baik, ahli keluarga kita dengan baik, walaupun mungkin kita tak banyak duit. Apa sahaja yang kita lakukan itu, buat dengan baik kerana Allah swt. Bila kita ingat pada Tuhan, kita susah nak buat benda tak elok, betul tak?

Kita tak lakukan rasuah, atau 'kutip tol' (terma baru untuk rasuah), kita tak curi tulang, kita tak mengumpat, kita tak tabur fitnah, kita tak bunuh dan membunuh saja-saja, kita tak minum arak, kita tak berjudi, tapi kita rajin salat, kita rajin berzakat dan bersedekah (walaupun tak banyak duit), kita berpuasa (bila masanya dan juga lain-lain masa), kita rajin mengaji dan faham al-Quran, kita berdoa dan berzikir (ingat pada Tuhan), kita tolong orang dalam kesusahan, kita amanah, kita sayang pada keluarga kita dan jiran kita... macam-macam yang kita buat yang mampu kita lakukan atas nama Allah swt.

Tak apalah kalau kita tak punyai banyak duit, kerana kadang-kadang bila kurang duit kita, banyak lagi masa yang kita tumpukan pada Akhirat. Kalau banyak duit, takut tak ada masa untuk Akhirat, sebab duk sibuk dengan Dunia.

Setiap pagi bila kita bangun, ada tak kita fikir tentang persediaan kita di dunia ini, selagi kita masih bernafas lagi, semoga apa sahaja yang kita lakukan, kita sebenarnya sedang bersiap sedia untuk ke Syurga?

Siapa yang tak nak ke Syurga? Semua nak, kan?

Kebetulan semasa saya ke Utara, saya melihat perkembangan seorang insan ini (ada kena-mengena dengan saya). Dulu-dulu, dia terbabit dengan alam dadah. Kerana itu juga, insan ini pernah hidup tak seperti manusia. Sampaikan isterinya pun terpaksa lakukan bukan-bukan untuk cari duit. Semuanya dilakukan kerana mahu cari kesenangan di dunia, hinggakan ahli keluarga yang lain takut dan akhirnya hina dia. Alhamdulillah, setelah puas hidup tak seperti manusia, dia berubah 360 darjah. Sejak mungkin empat tahun yang lalu, dia sudah cuba kembali ke pangkal jalan. Perlahan-lahan, dia mencari jalannya, agar suatu hari nanti mampu untuk ke Syurga jua. Mula-mula tu, tak ada siapa pun yakin yang dia akan kekal jadi manusia, tetapi alhamdulillah, dia sudah nampak akan kebahagiaan yang pernah hilang daripada hidupnya. Memang contrast giler! Dulu, semua orang takut nak jumpa dia. Sekarang ni, semua orang seronok nak jumpa dia.

Insya-Allah, sama-samalah kita beri peluang dan semangat kepada mereka yang tersesat jalannya. Sama-samalah juga kita berusaha agar jalan yang kita lalui ini merupakan jalan yang insya-Allah membawa kita ke Syurga bila Akhirat tiba. Ameen.

Wassalam.