Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, September 09, 2012

Bapa Kaki Kelentong, Anak pandai Goreng

                                 Sekadar hiasan

Salam

Seperti yang dah saya katakan, semalam saya sibuk melayan tetamu. Semua tetamu saya semalam terdiri daripada mereka yang muda. Ada anak-anak angkat saya dari Yemen, ada anak-anak teman baik saya, ada anak saudara saya, ada kawan-kawan anak saya Laila dan ada teman-teman anak saya Nabil (kawan Nabil memang banyak). Jadi... biasalah, kami pun sibuk memasak dan melayan. Menu utama ialah nasi beriani kambing dan cik abang saya yang masak. Dia memang pandai buat nasi beriani (belajar daripada arwah ibu bapanya). Kata yang makan, "Sedap macam kat restoran terkemuka,". Hehe... bukan saya masak ya. Saya masak side dish aje, iatu makaroni lapis bakar. Nabil pula sediakan ayam goreng berempah kaw-kaw! Anak perempuan saya buat trifle dan brownies, juga sedap.

Hari ini saya akan hadirkan diri di rumah jiran untuk majlis bertunang anak perempuannya yang sekarang ini masih menuntut di Mesir, buat kedoktoran. Balik ke Malaysia untuk bercuti raya dan bertunang... hehe! Tahun depan kahwin kot. Insya-Allah. Lepas itu, saya plan nak ke KL sekejap. Ada benda yang saya nak kena beli.

Semalam, ada macam-macam cerita yang kami dengar. Salah seorang tetamu saya bertugas di LHDN, jadi banyak juga ceritanya. Salah satu ialah tentang 'Conned Man' atau apa kita panggil kaki kelentong.

Teorinya begini, kalau kita suka kelentong, pasti anak-anak kita, kalau tak semua pun, satu dua akan ikut cara kita itu. Maklumlah kan... bapa borek anak rintik. Alkisahnya ada seorang ini, dia cuba ubah imej diri, sentiasa berpakaian ala koporat ke sana dan ke mari, takut orang tahu yang sebenarnya dia mempunyai background yang rendah. Dah tu janggut dia simpan panjang, konon-konon dia alim. Kalau bercakap pulak mesti guna bahasa Inggeris sekalipun grammar tak berapa nak betul, konon-konon dia educated. Kawan-kawan dia pulak 'kaki gengster', dengan cara tu senanglah dia nak hidup kot. Ke mana-mana pergi pun dia mesti menipu orang. Kalau tak banyak, sikit. Sekarang ini, anak dia pun dah jadi macam tu. Kalau ayahnya kuat kelentong, anak dia sekarang ni dah pakar menggoreng! Hidup dengan menipu. Tak pernah mengaku yang dulunya dia hanyalah mat rempit. Pelajaran tak tinggi mana pun, tapi berlagak macam keluar masuk universiti. Kalau pakai pulak, mesti yang branded, pada hal dirinya tak mampu. Kerjanya ialah korek lubang dan tampal. Bayangkanlah, hutangnya keliling pinggang. Bapanya begitu dan kini anaknya pun sama. Hidup dan bernafas dengan kelentong orang.

Pernah tak anda jumpa orang yang macam ni?

Okeylah, sekadar berkongsi cerita sahaja, semoga kita dijauhkan Tuhan daripada bersikap demikian atau berjumpa dengan orang yang begitu.

Wassalam.