Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, January 06, 2012

Jual Isteri, Betul Ke Ni?

                    Sekadar Hiasan


Salam

Ingat tak ada orang jual isteri ke? Hahaha... dulu masa saya bekerja, pernahlah seorang teman saya bercerita. Dia mengisahkan seorang kawan yang pernah menjadi rapat dengannya. Dulu-dulu, mereka sekolah bersama-sama, tetapi selepas itu kawan saya masuk universiti dan temannya itu mula bekerja. Setelah lama berpisah, mereka berjumpa kembali. Kata kawan saya;

"Aku hairan tengok perubahan pada dirinya. Dia kahwin dengan orang biasa-biasa aje, tapi pakaian dia, perhiasan dia, termasuklah jam tangan dia... semuanya mewah. Aku hairan sungguh-sungguh, sebab dia kerja pun biasa-biasa aje, bukan berpangkat pun. Gaji aku jauh lagi banyak." Itulah permulaannya.

"Lepas tu, aku tanya lagi. Macam mana dia boleh hidup bergaya sakan? Katanya, tanpa terasa segan, yang boyfriend dia tukang sponsor semua ni. Aku bertambahlah hairan, sebab kawan aku tu dah kahwin. Kebetulan, kawan aku tu memanglah cantik, tapi taklah cantik gila. Rupa-rupanya, tukang sponsor dia tu ialah bos dia sendiri. Bos tu dah ada isteri dan kawan aku ni dah dijadikan macam 'gundik' dia. Tapi aku memang peninglah bila kawan aku tu kata yang suami dia tak kisah. Aku percaya cakap dia, sebab takkanlah suami dia tak nampak barang-barang mewah yang ada pada isterinya tu."

Saya ingat sangat-sangat kisah itu. Ketika itu, saya masih muda dan saya selalu fikir macam mana perasaan seorang suami yang tahu isterinya mempunyai lelaki lain untuk menghiburkan hatinya. Kata kawan saya, temannya itu tidak pun berasa segan untuk bercerita. Malah baginya, dia bangga kerana mempunyai suami yang 'sporting'. Katanya juga, suaminya tak mampu untuk memberi kemewahan kepadanya, jadi dia lebih rela isterinya 'diguna' juga oleh orang lain, tetapi kekal menjadi isterinya. Kongsi pun tak apa, beb!

Pelik tetapi benar. Mungkin ramai lagi yang berdepan dengan keadaan yang begitu, tetapi dengan cara yang berlainan. Banyak suami yang tidak mahu melalui kerenah untuk berkahwin lebih daripada satu, tetapi masih mahukan perempuan lain untuk menghiburkan hatinya. Banyak juga isteri yang tak kisah pun kalau mereka meduakan suami. Paling malang, memang ada suami yang sanggup 'menjual' isteri mereka asal mereka dapat hasil daripadanya.

Suami kaki judi, kaki botol dan kaki dadah memang kerap 'menjual' isteri mereka kepada orang lain dan perkara ini biasa terjadi, cuma masyarakat tidak menghebahkannya. Isteri-isteri yang melalui keadaan ini biasanya tidak bercerita kerana tidak mahu mengaibkan diri mereka dan suami mereka. Ada juga isteri yang 'okey saja' untuk buat begitu, asal hidupnya menjadi aman dan ada wang yang masuk! Nauzubillah.

Saya memaparkan kisah ini untuk mengingatkan kita semua bahawa 'wang-ringgit' bukan semuanya dalam kehidupan kita. Kalau kita pilih untuk menjadi hamba kepada 'wang', maka inilah yang akan terjadi. Sampai mati pun kita akan menjadi 'kuli' wang ringgit. Kita juga perlu ingat, sekiranya panjang umur kita, sanggupkah kita berdepan dengan hal ini di hari tua kita nanti? Macam mana nak jelaskan pada anak cucu? Dan bagaimana pula kita hendak menghadapi alam barzakh bila tiba giliran kita untuk kembali kepada-Nya?

Banyak benda lain yang kita boleh ushakan untuk jual, tak perlulah kita jual isteri! Sebaik-baiknya, biarlah kaum Adam beragama Islam mempunyai akhlak yang mulia, agar kaum Hawa menurutnya. Adam adalah ketua dan Hawa pengikutnya.

Wallahua'lam.