Assalam
Ramai yang masuk ke blog saya ini sebab nak cari tempat bercuti yang menarik. Bangkok lah, Istanbul lah, Phuket lah, Sri Lanka lah dan macam-macam lagi. Maklumlah dah masuk November. Bulan depan memang bulan cuti-cuti sebab ramai yang nak habiskan cuti masing-masing. Hujung tahun ini, saya dan cik abang tak bercadang untuk ke mana-mana. Kami nak selesaikan projek di Lenggeng. Lagipun, insyaa-Allah dah pasang rancangan untuk berjalan-jalan lebih sikit tahun hadapan. Jadi cik abang kena simpan cuti banyak-banyak sikit. Mujurlah tahun ini kami tak banyak berjalan, hanya sempat ke Morocco dan Jakarta dua kali. Tahun depan, ada umur dan rezeki, rasa macam nak jalan jauh lagi, insyaa-Allah. Apa apa pun, Lenggeng kini di hati kami dan kami bercadang untuk banyak melepak di sana, insyaa-Allah.
Ada juga yang bertanya pada saya, "Kak Aina dah tak banyak menulis ke?"
Huhu... begitulah nampaknya. Saya terpaksa 'slow down' sikit. Lagipun, dunia kreativiti ini sangat luas, bila dah bosan dengan satu bab, kita boleh berubah ke bab lain. Dulu masa saya mula-mula menulis, saya memang sedang 'angau' untuk menulis. Rasa seronok nak 'share' ilmu dan pengalaman dengan orang lain. Tetapi, sejak-sejak kebelakangan ini, saya tak rasa yang dunia buku di Malaysia menarik lagi. Terlampau 'merapu' sangat di pasaran, hinggakan 'kualiti' dah tak ada lagi. Siapa-siapa pun boleh jadi penulis sekalipun tak punyai cukup ilmu pengetahuan dan cukup pengalaman, tak ada 'exposure' pun boleh tulis apa-apa sahaja hinggakan 'pembaca' mula lari dari membaca dan saya sebagai penulis, mula hilang mood dan momentum. Kedai-kedai buku cekik darah, penerbit pun mula belit sana-sini dan terbit apa saja, last-last penulis yang betul-betul ikhlas menulis dah malas nak tulis lagi. Yang berlambak kini adalah penulis baru seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Saya menulis kerana 'passion' atau minat yang mendalam, bukan kerana wang atau nama. Insyaa-Allah saya tak kejar itu semua dan saya percaya Allah berikan yang terbaik buat saya. Jadi... yang terbaik sekarang ini ialah apa yang sedang saya lakukan. Ubah haluan. Saya tidak tinggalkan penulisan, namun saya tidak lagi rancak seperti dulu. Saya tak kisah pun kalau karya saya tak banyak keluar sekarang ini. Lagipun... saya tak mahu menulis sekadar apa-apa sahaja. Saya juga tak mahu menulis kerana sesuatu 'trend' kerana itu akan merosakkan 'passion' saya. Saya menulis kerana 'cinta' bukan kerana duit, jadi tak apa-apalah... saya tak mahu jadi macam anjing di tepi jalan, main rembat siapa-siapa sahaja untuk menerbit, menjual dan membaca buku saya. Insyaa-Allah, kalau kita punyai niat yang baik, Allah juga akan berikan yang terbaik.
Saya idamkan ketenangan dan kebahagian dalam apa jua yang saya lakukan di dunia ini dan semestinya, apa sahaja yang saya lakukan adalah untuk bekalan akhirat jua. Insyaa-Allah dan aamiin.
Wassalam.
Kerana Cinta