Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, June 26, 2013

Take Care!

Assalam.

Dada saya masih berjerebu... huhu akibat cuaca yang berjerebu. Tapi alhamdulillah, hari ni tak adalah mengantuk sangat sebab semalam tak makan ubat alergi. Okeylah, bagi mereka yang menonton episod kedua drama Selamat Malam Kekasih, mungkin ada yang nak tanya itu dan ini, terutama tentang dialognya. Kalau nak tahu, memang saya yang sediakan dialognya, tetapi pelakon mengubahkan sikit-sikit ikut kesesuaian mereka dan kesesuaian stesen TV. Ada yang bagi tahu saya, mereka suka cara Anis Al Idrus membawa watak Maya. Ada yang suka sangat-sangat pada watak Misyal tu. Terutama bila tengok Misyal bawa motor besar. Apa-apalah.

Insyaa Allah, esok saya akan ke Alor Star kerana hendak melawat kakak saya (lain ibu) yang sedang sakit. Saya cadang untuk balik malamnya kerana hari Sabtu saya akan ke Johor Bahru pula atas urusan keluarga.

Hingga berjumpa lagi, take care everybody!