Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Saturday, August 22, 2015

Berdamailah Wan Chor

Assalam

Saya, suami dan seorang anak saudara, baru sahaja balik dari Ipoh kerana menziarahi ibu saudara tiri yang meninggal dunia. Kami panggil arwah 'Wan Chor' sebab dia merupakan anak yang terbesar dari keluarganya. Walaupun Wan Chor merupakan kakak kepada ibu tiri saya, tetapi kami sangat rapat dengannya.

Dulu, ketika kanak-kanak dan remaja, setiap kali saya dan adik-beradik ke Ipoh, pasti kami melepak di rumahnya. Wan Chor suka memasak dan dia memang pandai masak. Yang bestnya, suami Wan Chor yang kami panggil 'Pak Cik Putih' memang sangat friendly dan baik budi pekerti. Arwah Wan Chor dan suaminya selalu ke rumah kami dengan menaiki Vespa.

Beberapa bulan yang lepas, saya dan suami serta adik perempuan saya, kami sempat melawat Wan Chor di Ipoh.

Semoga roh Wan Chor dirahmati Allah swt dan diampuni dosa-dosanya. Semoga damailah rohnya di sana. Al Fatihah.

Untuk makluman anda semua, drama Bunga-Bunga Kemboja yang diadaptasi dari novel saya 'Bunga-Bunga Kemboja sedang diulangtayang di RTM1 setiap Isnin hingga Khamis jam 3.00 petang.

Wassalam