Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, May 29, 2014

Almarhum Sultan Azlan Shah Kembali Ke Rahmatullah

Assalam

Sebagai anak Perak jati, saya ingin menyatakan rasa sedih di atas kehilangan baginda Sultan Azlan Shah, Sultan Perak, di antara sultan yang sangat bijak dan prihatin terhadap rakyatnya. Kami sebagai rakyat, sangat bangga kerana mempunyai sultan yang sangat elegan dan berjiwa rakyat.

Kebetulan juga, suami saya sangat rapat dengan menantu sultan (sama-sama di MCKK dulu), adik saya pula, ayah mentuanya pernah menjadi ADC Sultan Azlan ketika baginda menjadi agong. Selain itu, kawan baik saya mendapat gelaran 'Datuk' nya anugerah daripada Sultan Perak dan baginda sangat prihatin dan baik hati pada kawan baik saya itu. Alhamdulillah.

Semoga roh baginda almarhum dirahmati Allah swt.

Baginda merupakan seorang raja yang sangat minat dengan permainan hoki dan kebetulan, saya pernah merupakan pemain hoki negeri Perak. Rata-rata, rakyat Perak sangat bangga dengan sultan mereka. Alhamdulillah.

Apa yang penting, sekalipun Almarhum Sultan Perak sangat tinggi pelajarannya, sangat tinggi budi pekertinya, baginda juga sangat 'down to earth'. Semoga kita akan mendapat sultan yang seperti itu lagi, insyaa-Allah.

Al Fatihah.

Wassalam.


                                                                  Almarhum ketika muda