Assalam
Hari ni lambat sikit update blog. Tadi pagi, kami ke Lenggeng, lepas tu barulah pulang ke rumah. Alhamdulillah, perkembangan di Lenggeng sangat memberansangkan. Nampaknya tahun ini, itulah menjadi prioriti saya dan suami. Terpaksa juga tangguhkan banyak perancangan untuk melancong. Bukan batal semua, tapi kena kurangkanlah.
Okeylah... ada yang bertanya pada saya, novel baru tak ada ke Kak Aina? Alahai... saya masih merangkak-rangkak sambil menulis manuskrip baru. Oleh kerana banyak aktiviti lain, saya terpaksa memperlahankan kerja penulisan saya. Bukan tak minat dah, tapi saya juga terpaksa fokus dengan hal-hal lain yang juga sangat penting. Tentang hal penulisan ini, semestinya sentiasa penting buat saya kerana ini merupakan sesuatu yang sangat dalam di jiwa saya, in syaa Allah.
Saya tak pernah rasa bosan untuk menulis dan kerana itulah saya juga rajin update blog saya ini. Cumanya... biasalah... kadang-kadang ada hal-hal lain yang juga perlukan perhatian dan komitmen saya. Alhamdulillah. Tulis tetap tulis... walaupun agak perlahan.
Apa pun, mood saya sangat baik hari ini kerana saya berpuas hati dengan apa yang saya lihat di Lenggeng pagi tadi. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan suasana jadi ceria. Cuaca kering juga sangat membantu. Alhamdulillah ya Allah.
Wassalam