Assalam.
Demam pilihan raya datang lagi. Saya tak kisahlah siapa nak pilih untuk mengundi parti mana pun. Masing-masing dah ada pilihan sendiri kot. Jadi tak payahlah kita nak cerita itu dan ini lagi. Dalam group whatsApp, terlampau banyak yang nak tunjuk pandai dan alim, padahal diri sendiri pun masih tunggang-langgang!
Saya malas nak baca sekadar copy dan paste sahaja, atau main forward-forward entah apa-apa! Ada kala, manusia yang tukang forward atau copy and paste tu, tak tahu pun kebenarannya. Main hentam, kalau tak benar, kita sedang menabur fitnah atau mengaibkan orang lain. Buat berdosa sahaja.
Kadang-kadang, masing-masing nak tunjuk bijak dan alim, maka keluarlah segala macam fatwa. Kalau diikutkannya, adakah parti politik yang betul-betul ikut ISLAM? Kalau ada, baguslah. Tapi kalau sekadar guna nama atau menyorok belakang agama, namanya itu adalah PENIPU. Kalau duk makan rasuah sana sini, atau duk mengkeji orang sana-sini, tak kiralah parti apa pun, namanya tetap bersalah!
Saya tak mahu terlibat dengan benda-benda kotor macam ni. Kebetulan, memang ramai rakan-rakan saya yang masuk pelbagai parti politik. Pembangkang atau sebaliknya. Semua adalah kawan, tapi tak semestinya saya membabi-buta menyokong mereka!
Bagi saya, niat saya jauh lagi penting daripada sekadar copy paste pandangan orang lain, atau main forward-forward tafsiran orang lain. Lebih baiklah saya duduk dan berfikir untuk masa depan negara ini. Mana hala tujunya? Akan maju atau terus jahanam?
Wallahuaklam.
Semoga Allah swt beri kita akal fikiran untuk mencari jalan untuk kebenaran. Aamiin.