Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, April 16, 2014

Nak Ubah Apa?

Assalam

Semoga hari Rabu ini membawa rahmat buat kita, insyaa-Allah. Pagi-pagi lagi dah hujan di sini, alhamdulillah.

Hari ini, saja saya nak bersembang tentang 'perubahan'. Dulu, masa saya di UKM, itulah agenda utama saya, untuk menggalakkan perubahan dari segi 'performance' dari yang negatif kepada positif. Tapi kenapa kita perlu berubah? Mestilah bersebab kot...

Kadang-kadang, kita tak sedar yang rutin harian kita yang berlaku berulang-ulang kali, tidak semestinya membuat kita jadi lebih hebat atau efisyen. Kadang-kadang, ada unsur bosan yang datang terselit, membuat kita menjadi tidak efisyen lagi. Kerana itulah, kita kena cari perubahan. Ini adalah dari segi pekerjaan mungkin.

Mungkin tempat tinggal pun begitu, bila kita sudah bosan dengan suasana sekeliling, atau tidak melihat apa-apa yang mampu memberansangkan kita di tempat yang sama, eloklah kita mencari perubahan. Ada kala, kita mencari ketenangan suasana, maka kita pun berubah. Macam-macam yang boleh buat kita mahu berubah.

Pun begitu, ada orang memang takut nak berubah. Biar tak suka dan benci, tetap tunggu lagi. Biar sakit hati, masih mahu berdiri di situ lagi. Bila kita jadi macam itu, memang payahlah.

Namun, kita kena berjaga-jaga, kerana ada kala kita terjerat dengan perubahan yang mahu kita lakukan. Orang putih kata, 'The Grass Is Not Necessary Greener On The Other Side'. Konon-konon kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik, jadi kita pun cuba buat perubahan. Tapi malangnya, perubahan yang kita buat itu membawa kemudaratan buat kita, maka 'kecewa' yang datang dalam hidup.

Apa-apa pun, biarlah kita jadi manusia yang bijak. Biar kita lakukan perubahan pada tempat yang tepat, tidak buat perubahan dengan penuh kesilapan.

Wassalam.