Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, November 27, 2012

Niloufar - gambar terbaru

Salam

Saja nak letak gambar terbaru si kenit Sharifah Niloufar. Comel tak?




Siapalah Aku Ini


Salam

Pernah tak kita menyoal diri bila sesuatu yang tak elok terjadi, "Kenapa benda ni terjadi pada aku? Kenapa aku yang kena rasa, orang lain tidak? Kenapa aku pulak yang ditimpa musibah macam ni?" Kita selalu berasa marah kerana kita rasa tak adil sesuatu itu terjadi pada kita. Misalnya, kita sedang bercinta, tahu-tahu dah putus cinta dan untuk jangka masa yang lama, kita tak bertemu cinta baru lagi. Kita rasa macam hidup tidak adil buat kita. Kita nak marah Tuhan kita takut, tapi kita merungut diam-diam, dalam hati (macam Tuhan tak tahu apa yang kita rasa tu). Kalau kita rasa macam tu, memang kita normal pun, sebab rata-rata kebanyakan manusia sentiasa akan merungut dan rasa tak puas hati dengan apa-apa yang tak elok yang menimpanya. Jarang-jarang kita nak berterima kasih atau berasa syukur pada benda-benda lain yang cantik dan indah yang datang pada kita.

Dalam hal ini, bila kita melihat ada haiwan yang diheret untuk disembelihkan, adakah kita bertanya, "Kenapalah ini terjadi pada binatang ini?" Kita tak akan bertanya pun kerana kita tahu haiwan itu akan disembelihkan untuk makanan kita. Betul tak? Kalau sesuatu itu terjadi untuk kebaikan atau kepentingan kita, kita tak akan merungut sekalipun ada yang mungkin sengsara kerana kita. Tetapi kalau yang tak elok itu menimpa kita, kita akan membebel dan rasa tak puas hati. Kenapa tidak kita terima sahaja keadaan ini sebagai satu kehidupan, kerana dalam hidup ini, sekalipun kita naik tinggi menggunung, satu hari nanti kita akan pasti turun juga. Saya percaya kerana itulah kita sentiasa diingatkan untuk bersederhana sahaja. Cuba kita lihat pada mereka yang selalu disanjung atau dipuji, apa rasanya bila tiba-tiba sahaja orang dah tak peduli? Tentu akan berasa hati, kan? Mungkin lagi seronok dan bahagia bila kita hidup sederhana sahaja, ada yang suka, tentu ada juga yang tak suka pada kita.

Bila kita sakit, kita jangan merungut-rungut, terimalah ia sebagai sebahagian dari hidup kita. Tiada manusia yang sempurna yang tak akan sakit dan tentunya akan mati. Kalau kita kerugian, janganlah kita menyesal sangat. Kalau kita tak dapat sesuatu yang kita idamkan, tak perlulah kita marah-marah, kerana apa jua yang ada ini adalah sementara sahaja.

Okeylah... sebenarnya saya ingin mengingatkan diri saya ini, agar sentiasa tidak lupa bahawa saya adalah manusia kerdil, yang masih kurang ilmu dan mengharapkan Rahmat dari Allah swt untuk tumpang di dunia ini. Akhirnya nanti akan kembali semula untuk diperhitungkan segala amalan yang ada. Wallahua'lam.

Wassalam.