Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, December 24, 2012

Beautiful Place

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah saya update semula blog ini. Dah tinggal berapa hari sahaja lagi sebelum masuknya tahun baru 2013. Sebenarnya saya memang malas nak tulis, tapi tak apalah, rasa macam nak share kisah-kisah di hujung minggu.

Hari Sabtu, kami ke Genting Highlands. Konon-kononnya ada yang nak berhibur di taman temanya. Tetapi malangnya buat kami, orang terlalu ramai. Jadi overall, kira 'TAK BERBALOI' lah. Bayar mahal-mahal, tapi nak naik apa-apa pun susah. Kena beratur sampai berjam-jam untuk naik satu benda. Last2, mereka yang ke taman tema luar, dapat naik dua ride sahaja. Seorang kena bayar RM50. Rata-rata, taman tema Genting Highland sangat uzur dan tidak terjaga (no maintainance). Ada yang sangat daif. Misalnya kereta apinya banyak koc yang dah rosak, tak boleh pakai. Kiranya management di Genting Highlands tu cuba kaut keuntungan sebanyak mungkin tapi kepuasan pelanggan tidak dihiraukan. Dulu, masa anak-anak saya kecil saya pernah ke sana. Dan sekarang ini anak-anak saya semua dah lama dewasa, keadaan di sana tiada perubahan. Banyak bangunan yang buruk warnanya. Kata orang sangat 'cikai'. Alahai... kenapa jadi macam tu ya? Sedangkan saya tengok banyak betul pelancong luar negara yang berada di sana. Kita tak malu ke? Saya rasa sangat malu sebab saya pernah ke taman-taman tema di luar negara, tak ada pun keadaannya yang macam di Genting Highlands.

Tinggalkan Genting Highlands, jom kita ke Kuala Selangor dan Sekincan. Saya seronok sangat di sana sebab sekali lagi kami ke rumah Rozie. Kali ini, Rozie ditemani kakak2 nya, kawan-kawannya. Saya berkenalan dengan Sara dan juga Anie. Sara datang dari Subang Jaya dan Anie memang orang Tanjong Karang. Kami berbual-bual tentang pelbagai hal dan lepas itu kami meronda-ronda di Sekincan. Pergi ke Kilang Padi dan beli beras baru. Kebetulan, masa makan tengah hari di rumah Rozie, kami makan nasi beras baru. Sangat-sangat sedap! Kami juga beli beras Pearl Rice, iaitu beras Jepun. Rupa-rupanya peladang padi di Sekincan juga tanam beras untuk di ekspot ke Jepun dan juga ada Brown Rice. Masa saya di sana (kilang padi), terserempak dengan jiran saya Mook. Dia dan suami juga ke Sekincan untuk beli beras Jepun!

Rupa-rupanya juga Sekincan sudah diperkenalkan kepada orang ramai sebagai 'The Beautiful Place'. Wakil rakyat di tempat itu yang telah buat promosi agar Sekincan lebih dikenali, Sungguh tu, tempai tu sangat cantik. Dapatlah juga kami melihat jentera memotong padi dan masukkan ke dalam lori. Sungguh menarik!

Kebetulan juga, Rozie mengajak kami cuba makan Mentarang bakar yang dijual di tepi jalan di Sekincan. Memang menarik. Siap makan mangga dan jambu merah. Juga makan jagung dan semestinya minum air kelapa muda!

Nak apa lagi eh? Jauh lagi seronok daripada ke Genting Highlands!

Wassalam.

PS: Gambar-gambar masa kami ke 'The Beautiful Place'.

           Angkut beras baru di kilang padi
     Benih padi - sangat cantik
          Kami beramai-ramai di kilang padi (pakai baju belang ialah Anie).
        Padi masak
     Mamat-mamat kampung Sekincan
              Potong padi
            Lepak kat bendang
        Masukkan padi dalam lori
     Mentarang bakar
              Minuman
                 Mentarang bakar- ready to eat
                        Firas
  Ibu Rozie, kakak-kakak Rozie, Sara, Anie, Rozie dan anak saudara Rozie dengan saya di rumah ibu Rozie.
Hujan tengah lebat semasa kami bergambar.

       Bangau di sawah padi
     Bangau terbang - cantik giler!