Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, May 26, 2009

Hargailah...

Hidup di dunia ini memang macam berjuang. Kita sentiasa kena buat pilihan. Salah pilih, kita akan merana. Kalau kita nak berjaya, tentunya kita kena bekerja kuat. Tak boleh main ambil mudah saja. Kalau kita baru tamat pengajian, jangan ingat yang orang di luar sana sedang menunggu untuk ambil kita bekerja. Hari ini, terlalu ramai yang sedang mencari kerja. Kalau kita dah dapat kerja, janganlah ambil ringan sahaja, seolah-olah kalau kita tak bekerja di tempat itu pun tak apa, sebab masih banyak tempat yang mahukan kita. Kalau kita terus dengan perasaan yang begitu, ke mana sahaja kita pergi, tak ada yang akan kena dengan kita, dan ke mana sahaja kita pergi, orang juga tak suka pada kita.

Orang akan suka dengan kita, apabila kita tidak berkira-kira. Ringan tulang, tak banyak cakap, dan tak suka merungut-rungut. Percayalah, tak ada kerja yang mudah di dunia ini, kecuali kalau kita pilih untuk goyang kaki sahaja. Tak apalah kalau nak goyang kaki, kalau kita merupakan anak orang kaya, tapi kalau lama-lama,duit dan harta setinggi gunung pun boleh habis!

Rebutlah peluang yang ada semasa kita muda. Bermulalah dengan titik permulaan yang positif. Positif semangat, berbudi bahasa, ikhlas dan jujur. Sekalipun kita tak cekap atau mungkin tak hebat mana dalam melakukan pekerjaan, tetapi sifat-sifat mulia yang ada pada kita seperti amanah, ikhlas dan ringan tulang itu akan terus dihargai. Percayalah.

Hargailah masa muda kita agar kita tak menyesal di masa depan.