Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, April 04, 2014

Bila Bertudung...

Assalam

Semoga hari Jumaat ini dipenuhi dengan barakah, insyaa-Allah.

Hari ini, sekadar untuk bersembang tentang bila wanita Muslim memilih untuk memakai tudung. Sekarang ini, lebih trendy dipanggil 'hijab'. Alhamdulillah, semakin lama semakin ramai yang merasai bahawa sebagai wanita Muslim, kita wajib berhijab, atau menutup aurat sebaik mungkin. Malah, kalau dulu pernah pakai seluar pendek atau berbaju nampak pusat, ada yang berubah lalu memilih untuk berhijrah lalu menutup aurat dari atas hingga ke bawah. Syukur.

Pun begitu, kita janganlah pula memandang 'hina' pada yang belum menutup aurat sepenuhnya. Kita tidak tahu bila mereka akan berubah dan mungkin juga bila mereka berubah, akan menjadi jauh lagi baik daripada kita yang dah lama berhijab, insyaa-Allah.

Dalam pada itu, sebagai wanita Muslim, janganlah pula kita mengambil peluang dan ruang untuk mengguna hijab bagi menyorokkan akhlak kita yang 'tak elok'. Memang payah untuk kita percaya bahawa ada orang sengaja bertudung sekadar jadikan tudungnya sebagai trend agar dirinya mudah diterima masyarakat. Maklumlah, bila sahaja bertudung, orang akan sangkakan akhlak mereka yang bertudung itu sesuai dengan imej yang cuba ditonjolkan. Tetapi, sangat malang bila ada yang mudah memakai tudung tetapi akhlaknya langsung tidak seperti imej yang ditonjolkan itu.

Terlalu banyak wanita muda yang bertudung litup, tetapi melakukan maksiat pelbagai rupa, ada yang tak peduli pun siapa yang memandang mereka. Ikut suka hati sahaja duduk berduaan (dengan lelaki yang bukan mahram), berkepit dan ada juga yang lakukan pelbagai aksi yang mencolok mata. Nauzubillah. Bertambah malang, kalau umur sudah tidak berapa muda, tetapi memakai tudung dengan cuba menutup akhlaknya yang serupa mereka yang menjual diri di lorong-lorong pelacuran. Sememangnya ada yang memakai tudung bila ke tempat kerja dan di khalayak masyarakat umum, namun di sebalik itu, mereka sanggup lakukan maksiat bila tiada yang melihat. Mereka sanggup masuk ke hotel dengan lelaki dan lakukan perkara-perkara terkutuk. Mereka boleh buat apa sahaja asal dapat apa yang diinginkan. Mereka terlupa walaupun tiada yang melihat, namun Allah SWT masih tahu. Nauzubillah min zalik.

Begitu rendahnya akhlak dan iman mereka yang sanggup menutup aurat sekadar untuk menutup maksiat yang dilakukan. Sepatutnya bertambah umur kita, semakin kita mahu jadi manusia yang lebih baik, kerana semakin banyak usia, semakin pendek tempoh kita untuk berada di dunia ini.

Semoga kita lakukan apa sahaja kerana Allah SWT, bukan mengambil kesempatan untuk sorokkan kelakuan buruk kita di mata manusia yang lain. Subhanallah.

Wassalam.


                            Sekadar hiasan