Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Sunday, March 11, 2012
Mencari Cinta Di Tempat Yang Salah
Salam semua
Sambil bersantai di pagi ini, ingin saya bicarakan satu hal ini, tentang bagaimana kita semua cuba mencari cinta bagi mencapai kebahagiaan yang kita impikan. Kata peribahasa orang putih, "Looking for love in all the wrong places." Begitulah kadang-kadang yang terjadi pada kita. Kita mencari kasih atau cinta di tempat yang salah. Mungkin tidak disengajakan, tetapi ada ketika kita tidak melihat apa yang kita sangkakan baik itu. Bila kita rasa elok, sekalipun ada yang berkata tak elok, mata yang sudah kata elok itu, tak akan mahu menerima apa-apa teguran yang tak elok. Begitulah buta hati kita bila sedang jatuh cinta. Betul tak?
Memang payah untuk kita menerima hakikat bahawa kadang-kadang apa yang kita sangka cinta itu sebenarnya bukan pun, sekadar satu ilusi sahaja. Ada ketika, berkali-kali kita mencari dan berkali-kali kita jumpa, tapi tak ada satu pun yang kena. Mungkin lebih baik begitu, kita berjaga-jaga daripada main 'rembat' aje.
Paling malang buat kita, kalau memang kita ni jenis yang tidak melihat walaupun mata kita nampak. Apa maksud saya ialah, kita tidak melihat apa-apa yang mungkin tak kena dengan 'relationship' kita kerana kita mahu bersangka baik sahaja. Walaupun ada 'benda-benda' yang tak elok, kita cuba nafikannya dan berkata pada diri 'it's okay'. Bila kita terus sahaja menganggap bahawa 'it's okay', bila sudah melarat, kita payah hendak menepisnya.
Seelok-eloknya, bila kita berkenalan dengan seseorang itu, elok kalau kita perhatikan segala-galanya, termasuk emak-ayahnya. Kalau dia jenis yang suka sorok-sorok tentang hal keluarganya, pasti ada yang tak kena. Walaupun kita berkawan sekejap, sebaik-baiknya kita tahu latarnya. Kita tak boleh terima sebarang alasan yang 'kabur' yang ingin dia beritahu pada kita. Kita juga perlu kenali kawan-kawannya. Kalau dia nak sorok kawan-kawan dia daripada kita, kita juga harus berjaga-jaga, kerana kawan-kawan memang mainkan peranan yang kuat dalam hidup seseorang itu.
Bila kita mencari cinta, biarlah kita mencarinya di tempat yang betul. Bila tersalah tempat, pasti kita akan merana, kalau tidak serta-merta, suatu hari nanti. Bila kita mencari cinta, pastikan kita tahu 'semuanya' tentang dia. Maksud saya di sini ialah kelakuannya, hobinya, ibu bapanya, latar belakangnya, kegemarannya dan mungkin juga sedikit sebanyak 'sejarahnya'. Kalau terlalu banyak benda-benda 'rahsia' yang sengaja dia mahu sorok daripada kita, anda haruslah berjaga-jaga. Tiada pertalian yang mampu kukuh tanpa kejujuran. Kejujuran itulah yang kita cari dalam 'cinta' kita dengan dia. Bila terlalu banyak rahsia, itu bermakna bahawa cinta dia bukan untuk kita. Pergilah cari di tempat lain, tempat yang tidak berkabus, tidak ditutupi atau lindungi awan tebal. Biar kita nampak apa yang kita mahukan, bukan sesuatu yang tersembunyi di balik kabus yang tebal.
Wallahua'lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)