Sekadar Contoh
Assalam semua
Anda pernah dengar tentang gangguan seksual? Biasanya dikaitkan dengan suasana di pejabat di mana terdapat lelaki dan wanita yang bekerja di tempat yang sama. Biasanya juga, yang mengganggu adalah bos-bos lelaki dan yang kena ganggu ialah staf wanita di bawah pengawasannya. Apa mat salih kata sebagai 'take advantage' atau ambil kesempatan. Bila manusia merasakan diri mempunyai kuasa, inilah jadinya, boleh buat sesuka hati!
Tapi anda jangan cepat melatah pulak. Dalam hal ini, memang sang lelaki yang berakhlak macam buaya dan 'gatal', suka mengganggu semua wanita muda, terutamanya yang cantik menarik dan tak kira status. Anak dara ke, janda ke atau isteri orang. Malangnya, dalam hal ini juga, wanita-wanita yang jadi mangsa, mudah kena perangkap. Biasanya, lelaki-lelaki sang buaya akan mengguna strategi memberi hadiah. Walaupun kecil, tapi kalau sang wanita menerimanya, maka kes gangguan seksual akan terhangus dengan sendirinya!
Tapi saya memang tak faham, kalau sebagai wanita, kita suka menerima hadiah orang, apatah lagi kalau yang memberi itu merupakan 'sang buaya'. Takkan lah tak perasan kot kenapa lelaki-lelaki ini suka nak bagi hadiah? Tapi kalau perempuan jenis materialistik, mereka akan 'take advantage' juga.
So adik-adik, berjaga-jagalah... kalau dah ambil hadiah orang, jangan ingat free-free saja... mesti ada udang di sebalik mee goreng!
Untuk makluman anda semua, yang merancang untuk bercuti ke Sri Lanka (saya pernah kata bahawa negara itu sangat best!), buat masa ini, saya nasihatkan anda untuk tangguhkan niat anda. Saya dimaklumkan bahawa buat masa ini, mereka yang bukan beragama Buddha, tidak selamat berada di negara itu kerana buat masa ini ada kumpulan ekstremis Buddha yang sedang menganiayai mereka yang beragama lain, termasuk Muslim, Kristian dan Hindu. Jadi... carilah tempat lain untuk bercuti!
Wassalam.
