Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, July 16, 2007

Penantian

Semalam, aku masih mengintai-intai mesej-mesej yang aku terima melalui emel. Tapi malangnya, masih tiada mesej yang aku nanti-nantikan. Aku tak akan putus asa. Aku tahu dia akan menghantar mesej itu. Bukankah pertama kali dulu, semasa aku mengenalinya, kami bertemu di alam maya? Aku tahu dia akan datang mencariku melalui saluran itu!
"Kau nak tunggu apa lagi, Ina?"
"Saya nak tunggu mesej dia."
"Tapi... dah lama, Ina. Dah lebih 10 bulan dia tak hubungi kau. Takkan ada mesej lagi yang hendak dihantarnya?"
"Takkanlah dia boleh lupakan saya begitu saja."
"Carilah orang lain, Ina. Kumbang bukannya seekor di dunia ni. Masih banyak yang berterbangan di luar sana."
"Tapi... tak ada yang sama dengan dia. Mana saya nak cari?"
"Kalau kau nak cari yang serupa macam dia... memang payahlah. Cari saja yang lain. Dia pun, bukannya hebat sangat. Kalau hebat... tidaklah dia biarkan kau macam ni!"
"Bukan salah dia. Memang salah saya. Tapi... saya tak berniat untuk buat macam tu pada dia. Saya menyesal. Sungguh-sungguh menyesal! Tapi... saya masih sayangkan dia. Saya... tak mampu hidup tanpa dia."
"Isy... dah 10 bulan pun! kau masih okey lagi. Takat monyok saja. Kau yang layan sangat hati kau tu. Cuba berubah sikit. Mesti okey."
"Takkan sama. Walaupun dah 10 bulan.... saya masih terasa lagi kehadiran dia. Tak mungkin saya boleh lupakan dia. Tak mungkin!"
Aku akan terus menunggunya! Dia akan datang, aku tahu. Aku pasti dia kan menghubungiku lagi melalui alam maya. Di sana kami bertemu dan aku tahu memang itu caranya. Dia akan datang... dan aku akan menunggu. Biar apa pun yang orang lain katakan, aku tetap akan menunggunya!