Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Tuesday, June 30, 2015
Kadang-Kadang Aku Malu Jadi Penulis
sekadar hiasan
Assalam
Sebagai penulis, kadang-kadang saya berasa malu teramat sangat bila mendengar komen-komen negatif dari pembaca atau penonton drama Melayu yang diadaptasikan dari novel-novel. Memang trendnya begitu, tetapi saya turut terasa bila ada yang mengata-ngata tentang kualiti atau mesej yang hendak disampaikan melalui penulisan bahasa Melayu.
Semestinya saya rasa segan dan malu kalau mendengar komen-komen yang tak elok dari orang luar walaupun novel atau tulisan itu, juga skripnya bukan produk saya! Namun, saya terbeban dengan kata-kata buruk yang dikeluarkan oleh orang yang membaca atau menonton, seolah-olah produk itu adalah karya saya.
Saya tak tahu kenapa ada penulis yang sanggup tulis apa sahaja asalkan produk mereka akan menjadi 'pisang goreng panas'. Mereka juga tak kisah kalau dikutuk atau karya mereka bertahan buat seketika sahaja. Janji laku!
Memanglah kita nak bagi ramai yang membaca karya kita atau menonton hasil karya kita, tetapi janganlah biarkan karya kita itu tak meninggalkan apa-apa kesan positif, sebaliknya hanya negatif sahaja yang ada. Janganlah biarkan orang pandang remeh dan rendah pada kualiti karya penulis lokal. Paling sedih bagi saya, janganlah orang mempersendakan dan memperlekehkan karya kita, sekalipun mungkin ramai yang membaca atau menontonnya. Apa gunanya karya kita 'meletup-letup' tetapi 'kutukan' pun sama letupnya. Apa untungnya si tukang buat karya? Sekadar dapat lebih duit sikit... takkanlah kita kemaruk pada 'material' kot hinggakan kita menjatuhkan maruah sebagai pengkarya! Nauzubillah min zalik.
Tak kisahlah nak tulis pasal cinta atau pasal apa... tapi janganlah tulis benda yang bukan-bukan dan merepek.
Janganlah kita terpengaruh dengan trend dan terpengaruh dengan kehendak sesetengah golongan masyarakat yang mungkin mentalitinya sangat rendah. Biarlah kita sebagai penulis jaga mertabat kita, jaga maruah kita dan jaga kualiti produk kita. Biar kurang laku tak apa, asalkan kita tak mengedar hasil produk yang meninggalkan kesan negatif buat masyarakat. Jangan lupa, kita bertanggungjawab untuk memikul bebannya kalau apa yang kita buat itu membawa kesan buruk terutama buat mereka yang muda dan mentah. Kalau kita orang Islam... sedarlah!
Nak tulis pun, biarlah ada logiknya sekalipun mungkin banyak imaginasi.
Semoga di bulan Ramadhan ini, kita fikirkan hal ini... apakah kita terlalu kemarukkan duit hinggakan kita sanggup buat dan tulis apa sahaja?
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)