Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, January 05, 2015

Jakarta yang Cool

Assalam

Saya dah pun pulang dari Jakarta. Alhamdulillah segala-galanya okey. Majlis perkahwinan anak sepupu saya Shirren yang bernama Noulah sudah pun berlangsung dengan baiknya. Pengantin baru Noulah dan suaminya Dr. Haris sudah pun berbulan madu di pulau Maldives.

Kami pun tiba di Malaysia tengah malam tadi. Sepanjang di Jakarta, cuaca sangat dingin kerana setiap hari hujan dan angin pun agak kencang. Hotel kami di sana pun sangat bagus. Kami tidak ke mana-mana sangat kecuali banyak bershopping di Thamrin City dan juga di Pasaraya Blok M. Sempat juga makan tengah hari dengan Suzy dan family, juga dengan sepupu saya Inez dan familynya. Kami juga melawat sepupu saya Izat yang sedang berada di hospital.

Walaupun ramai yang takut untuk terbang, namun Alhamdulillah, kami bertawakkal sahaja. Penerbangan MAS cool sahaja walaupun cuaca memang kurang elok dari Jakarta pulang ke Malaysia.

Saya akan letakkan gambar2 kemudian okey.

Wassalam.