Sekadar hiasan
Salam
Pagi ini anak sulung saya dah pun sampai dari Germany, alhamdulillah. Mujurlah rumah kami dekat dengan airport, sekejap aje dah boleh sampai.
Okeylah, saya nak bercerita tentang sesuatu yang sangat real. Orang kata, boleh kalah semua realiti show, sebab ini yang betul-betul berlaku di dunia kita. Kita selalu tengok drama kisah perkahwinan yang konon-kononnya dipaksa atas pasangan. Banyak juga buku cerita yang mengisahkan hal ini hinggakan remaja hari ini ada yang tergila-gila nak baca kisah kahwin paksa. Mungkin ramai yang teringin juga nak kena kahwin paksa. Cumanya di Malaysia ni, payah nak dengar kot kisah mereka yang kena kahwin paksa. Kalau ada pun sekadar perkahwinan yang diaturkan, tetapi sebelum kahwin pasangan dah jumpa dan berkenalan. Memang tak samalah macam cerita orang kahwin paksa.
Kalau di UK, kita selalu dengar tentang kahwin paksa ni di kalangan rakyat Pakistan dan India, begitu juga di negara-negara sub continent, India dan Pakistan, memang selalu sangat. Tapi hari ini saya nak bawa cerita benar tentang kahwin paksa di Yemen, terutamanya daerah yang saya kenal iaitu Hadhramaut. Seperti pembaca blog ini sedia maklum, saya memang kenal ramai student Yemen yang belajar di sini. Bila mereka dah habis belajar pun ramai yang contact saya dan menjadi rapat. Saya seperti ibu dan kawan mereka.
Di sana, memang menjadi budaya dan amalan mereka untuk berkahwin dengan gadis-gadis yang dipilih dan diatur oleh keluarga. Dan juga, mereka tidak melihat gadis-gadis itu hinggalah setelah menikah. Kiranya, malam pertama tu barulah tahu bagaimana rupa isteri mereka. Bayangkanlah... tentu kita sebagai manusia biasanya dah mempunyai impian dan harapan pada pasangan kita. Tapi bila tak pernah lihat wajahnya, macam mana rasa agaknya bila pandang buat kali pertama?
Saya dah lama kenal S. Dia berkahwin sekitar dua setengah tahun yang lepas. Semuanya diaturkan buatnya. S belajar di Malaysia dan bila berkahwin, berkali-kali juga S datang ke Malaysia, tapi saya tak pernah pun jumpa isterinya. Sekali tu, S datang dan tunjuk gambar anak yang baru lahir. Sangat comel baby nya itu. Masa saya ke Mekah pun saya ada hubungi S, tapi malangnya S berada di Yemen dan tak sempat nak datang jumpa saya di Saudi.
Baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa S sudah lama berpisah dengan isterinya. Saya memang terkejutlah kerana biasanya, mereka bukan jenis yang suka bercerai-berai, jadi saya tanyalah mengapa? Katanya, sekarang ini, memang dah susah buat lelaki Hadharamaut menerima perempuan yang tak sama wave length dengan mereka. Kata S kepada saya, "Dari hari pertama lagi saya tahu saya akan berdepan dengan masalah. Dan memang tepat jangkaan saya tu. Walaupun mungkin latar belakang kami sama, tetapi kami dah tak sekufu lagi. Saya dah ada banyak pendedahan dan dia pula masih terperap di sana dan masalahnya dia tak mahu ikut saya ke mana-mana. Jadi susahlah. Paling susah kerana keluarganya turut campur tangan."
Jadinya... kahwin paksa sebenarnya boleh jadi tak indah mana. Janganlah berangan-angan, konon-konon best giler!
Aduhai... sedihnya saya dengar. Sekarang ini, semua pelajar Yemen yang lain (yang saya kenal), takut nak kahwin macam tu lagi. Masing-masing nak cari bakal isteri sendiri, tapi masalahnya, boleh ke? Hahaha...
Ada tu kata pada saya, "Aunty... kalau cari orang Malaysia, boleh tak?" Hehe, boleh tu memang boleh, tapi nak ke minah-minah Malaysia ikut mereka balik ke Hadhramaut? Memang boleh, kalau minah-minah tu jenis adventurous macam saya... yang suka appreciate tempat lain. Wallahua'lam.
Wassalam.
