Oh ya, semestinya saya rindu pada anda semua. Kalau tak rindu bermakna tidaklah sayang, kan? Tapi kan... telinga saya ni masih terdengar-dengar lagi lagu-lagu Jawa yang selalu didendangkan di mana-mana sahaja kami pergi. Begitulah bangganya masyarakat Jawa di kota Yogyakarta atau apa kita panggil sebagai 'Jogja' sahaja. Orang Jogja sangat bangga dengan bangsa mereka, malah mereka juga kaya dengan adat budaya yang sangat kuat dipegang mereka. Sekalipun 75% rakyat Jogja merupakan orang Islam, namun mereka (tak kira agama apa) sangat kuat dengan budaya yang diamalkan.
Mesti anda nak tahu kan, best tak pergi ke Jogja ni? Hahaha... macamlah anda tak kenal saya, pernah tak saya kata ada tempat yang tak best kat dunia ni? Tentulah saya sangat suka dengan apa yang saya lihat dan apa saya alami ketika berada di sana. Dunia kurniaan Ilahi untuk semua insan. Saya sangat tertarik dengan budaya Jawa amalan rakyat daerah itu. Kota yang masih banyak kratonnya (istana) dan kota yang sangat menghormati raja-raja mereka. Di mana-mana saya pergi, lagu-lagu klasik Jawa akan berkumandang. Malah, setiap pagi ketika bersarapan, itulah lagu-lagu yang kami dengar di ruang makan hotel yang berlatarkan swimming pool bertaman nusantara. Sangat autentik dan buat kami tidak lupa pada Jogja.
Semua orang di sana sentiasa ingatkan kami untuk makan makanan mereka terutamanya Nasi Gudeg (buat dari sayur nangka), beli batik mereka (katanya antara terbaik di Indonesia), rasa kudapan mereka, lihat budaya mereka dan lihat juga kerja seni mereka. Walaupun Jogja kaya dengan kesenian, termasuk batik, lukisan dan kraftangan perak, Jogja juga mempunyai banyak sekolah-sekolah agama, kolej-kolej dan universiti yang terkemuka dalam pelbagai bidang. Ilmu merupakan sesuatu yang sangat sinonim dengan kota yang kaya dengan adat dan budaya itu. Sejak beribu tahun yang lalu lagi, Jogja sudah ada dan sudah tegak kerajaan dan pelbagai candi dan bangunan yang hari ini merupakan heritage rakyatnya.
Memang tak sah kalau ke Jogja tidak melihat candi-candinya. Ada candi Buddha dan ada juga candi Hindu dan ada juga sebahagian besar candi-candi itu termusnah dalam bencana gempa bumi di kawasan itu dan kini sedang dibaik pulih. Kota cantik ini juga mempunyai banyak masjid-masjid lama dan baru dan sentiasa kedengaran azan ke mana sahaja kita pergi. Tidak jauh dari kotanya, sudah ada kawasan kedesaan yang masih kerjakan hasil-hasil pertanian seperti padi, buah salak, sayur-sayuran, mangga dan macam-macam lagi. Tanah di sana sangat subur kerana tidak jauh dari gunung berapi. Malangnya kami tak dapat melihat Gunung Merapi (yang masih aktif) kerana cuaca kurang elok.
Bagi saya, Jogja ada sedikit macam Bali (tidak terlalu komersial seperti Bali), ada juga seperti Bandung dan Surabaya, tetapi Jogja sangat bersih, cantik dan menarik. Sangat-sangat Jawa. Orangnya sangat friendly dan lembut bahasanya. Berhenti dulu di sini untuk beri sedikit ruang saya letakkan foto-foto yang diambil di sana. Paling best... masa di sana, terasa mood holiday... hehe... best sangat-sangat!
Wassalam.
Kedai lukisan
Taman Sari - tempat mandi keluarga raja
Wayang kulit
Kraton - jadi kedai batik
Candi Prambanan
Menghala ke Candi Borobodur
Taman di kawasan Candi Borobodur
Naik beca
Lukisan