Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, September 23, 2016

Nak Berjalan Lagi

Assalam

Memang betul, minggu depan kami akan berjalan-jalan. Dah lama tak keluar negara kerana duk sibuk dengan kebun. Walaupun sibuk, kami sempat juga merancang dan dah lama merancang nak jalan ni. Kali ini insyaa-Allah kami akan ke Uzbekistan pula selama 10 hari. Selain daripada kami suami isteri, anak perempuan kami, cucu kami dan dua orang kawan baik akan ikut sekali dalam rombongan ini. Insyaa-Allah, kami harapkan satu perjalanan yang akan menyeronokan dan berilmu.

Dalam pada itu, saya banyak aktiviti di tempat tinggal kami di Lenggeng. Esok pun busy. Kami akan masuk hutan trekking dengan budak-budak kampung. Lepas tu nanti, kami akan pergi ke sebuah bukit berdekatan untuk meninjau tanah dari situ.

Hari ini, sengaja saya tulis di blog untuk update. Takut minggu depan saya akan bertambah busy.

Okeylah, kalau ada masa, saya akan tulis lagi sebelum berangkat ke Uzbekistan.


Monday, September 19, 2016

Kalau Baik Hati

Assalam

Hujung minggu yang agak busy kerana kaum kerabat ramai datang berkumpul dan akhirnya, ramai yang nak datang ke kebun kami. Apa lagi... kami pun beli buah durian banyak-banyak dan melayan mereka semua. Alhamdulillah.

Hari ini memang banyak kerja. Kerja mengemas rumah. Kebetulan, sepupu saya Ahmad tiba dari Bandung bersama anaknya Irsyad. Kami pun memang sibuk melayan mereka hinggakan saya tak sempat mengemas rumah di Nilai. Jadi, hari ini kira macam 'back to work' lah. Sibuk dan sibuk tetapi memang saya akui kerja rumah baik untuk kesihatan. Banyak bersenam. Tak payah pergi ke gym.

Sebenarnya dalam hidup ini, kalau kita sentiasa bersyukur, mungkin tak banyak yang akan menjadi beban kita. Hati kita juga jadi tenang. Tak payah stress stress. Relaks. Asal tidak ditimpa musibah yang berat-berat, kita tak perlu risau sangat kerana setiap hari pasti ada ujian yang kita lalui, tak kira dalam keadaan senang atau tidak. Kadang-kadang kita tak sedar pun. Yang penting, kita jangan bangga diri dan jangan bersikap sombong kerana Allah tak suka manusia yang sombong. Tiada tempat di sisi Allah bagi mereka yang sombong, tak kiralah kaya mana, berpangkat apa, cantik mana sekalipun, atau mewah dan terkenal, kerana segala yang ada pada kita hanyalah pinjaman semat-mata. Allah pandang pada hati kita, kalau baik hati maka cantiklah akhlak, mulialah diri.

Wallahuaklam.

Wassalam.




Thursday, September 15, 2016

Anak Saudara Nak Kahwin

Assalam

Ya sungguh ni... musim kahwin-kahwin, tetapi sebenarnya ada ke musim yang orang tak kahwin? Hihi...

Kali ini kami akan melalui majlis perkahwinan ahli keluarga sekali lagi. Anak saudara saya (anak adik lelaki) akan berkahwin pada esok hari insyaa-Allah. Nampaknya kali ini anak saudara saya yang ini, akan berkahwin dengan seorang selebriti. Semoga berbahagia hingga ke jannah hendaknya. Aamiin.

Anak jiran juga akan berkhwin esok, tetapi semestinya saya kena dulukan anak saudara. Deena (kami panggil Qabila) atau Qabila Deena Emir, merupakan anak sulung adik saya. Sejak kecil lagi kami perhatikan dia membesar. Harap-harap biarlah Allah swt peliharanya dan mendapat kebaikan dalam perkahwinan yang sedang diaturkan ini. Aamiin. Semestinya esok, kami saudara mara akan berkumpul. Inilah masa nak jumpa semua orang.

Okeylah... saya pun tak ada masa ni. Semoga berjumpa lagi di lain post. Aamiin.


Tuesday, September 13, 2016

'True Colors' Atau Warna Sebenar Karakter

Assalam

Hari kedua hari raya korban. Mungkin banyak masjid dan surau yang sedang ushakan penyembelihan korban untuk penduduk kawasannya. Alhamdulillah.

Apa-apa pun, jom kita bual-bual tentang subjek 'korban' yang berkaitan dengan 'true colors' yang saya mahu bangkitkan. Dalam hal seharian dan kehidupan kita, kadang-kadang kita terpaksa melakukan pelbagai pengorbanan. Kadang-kadang korban ini ada kaitan dengan keluarga, dengan pasangan, dengan kawan-kawan dan macam-macam lagi. Namun demikian, biarlah apa sahaja pengorbanan yang kita mahu lakukan, kita lakukannya kerana Allah SWT, bukan untuk niat yang lain.

Pun begitu, ada kala dan ketika, kita mampu jadi keliru dengan karakter atau personaliti individu-individu tertentu. Sebagai contoh, dalam 'group whatsapp' individu itu kerap tonjolkan karakter 'religious' nya kerana rajin benar menghantar post2 yang berkaitan dengan agama, seolah-olah dia sudah mendapat taraf 'ustaz' atau 'ustazah'. Setiap kali akan ada sahaja post2 yang menegur orang lain untuk berbuat baik dan kerana usahanya yang begitu, kita akan menganggap yang individu berkenaan semestinya merupakan seseorang yang sangat ambil berat tentang agama, hukum-hukumnya dan semestinya juga sedang mengumpul pahala sebanyak mungkin untuk bekalan akhiratnya.

Dalam kita fikirkan begitu tentang individu berkenaan, tiba-tiba terjadi sesuatu dan ketika itu barulah kita melihat 'the true colors' atau warna sebenar karakter individu berkenaan. Selama ini kita lihat biru, rupa-rupanya sebenarnya dia hijau atau oren. Mungkin kita tak akan menyangka yang individu ini mampu melakukan sesuatu seperti mengeluarkan kata-kata yang agak menyakitkan hati hanya kerana sesuatu yang 'tidak besar'. Kita tak akan menyangkakan yang individu itu boleh merungut dan mengungkit serta 'menghina' hanya kerana kesalahan yang tidak disengajakan!

Allahuakbar. Kadang-kadang manusia terlupa, dalam keghairahan nya untuk menonjolkan sifat mulianya, dengan sengaja atau tidak, dia juga memaparkan akhlak yang rendah kerana tak mampu menyorokkan sifat jengkelnya! Wallahuaklam.

Begitulah keadaannya, sekalipun biasa memperlihatkan karakternya yang seolah-olah sangat religious itu, rupa-rupanya dia masih merupakan manusia yang rendah akhlaknya kerana bila tiba soal 'material' dia berubah menjadi sesuatu yang kita tak menjangkakan.

Semoga Allah SWT pelihara akhlak kita agar tidak memaparkan sesuatu yang hina di mata sesiapa jua, tentu sekali buat Allah SWT. Aamiin ya Rabbal alamin.


Thursday, September 08, 2016

Jiwa Penulis

Assalam

Kadang-kadang terasa juga macam nak menulis lagi. Maksud saya menulis manuskrip dengan tujuan untuk diterbitkan. Maklumlah, walaupun saya sibuk dengan hal-hal lain, tetapi jiwa penulis masih ada lagi terselit di celah-celah hati.  Kadang-kadang juga, terasa rindu di hati ini kepada patah-patah perkataan yang seringkali menghiasi kertas putih atau di skrin laptop ini. Malah, memang ada manuskrip yang terpengkalai, ditulis sekerat jalan sahaja. Kesian. Malangnya, payah nak terus masuk begitu sahaja kerana sebagai penulis, saya perlukan konsentrasi dan mood untuk terus menulis. Insyaa-Allah , satu hari nanti mungkin mood itu akan datang dengan baik untuk saya berikan fokus pada penulisan. Ramai penyokong dan pembaca saya yang tak henti-henti bertanya tentang buku baru saya. Insyaa-Allah, insyaa-Allah, insyaa-Allah. Dengan izin Allah, mungkin akan ada juga nanti.

Sebenarnya dalam hidup ini, kita sentiasa perlukan cabaran. Kita perlu lakukan sesuatu yang baharu, agar kita akan terus berusaha dan gunakan otak kita dengan baik, tidak jadi buntu. Sekalipun umur mungkin masih muda, tetapi kalau kita biarkan diri tidak berkembang, maka otak kita akan jadi jumud. Tak bergerak dan akan menjadi seorang yang berfikiran negatif. Semua tak boleh!

Kita mahu jadi seorang yang positif dan merasakan mampu untuk lakukan macam-macam termasuk sesuatu yang baru dan mencabar!

Walaupun umur saya dah agak tinggi, namun hati saya tetap bersemangat untuk lakukan sesuatu yang 'menarik' dan tidak biarkan diri saya jadi malap, insyaa-Allah.

Bagi saya, selagi Allah berikan waktu dan usia serta kesihatan yang baik, kita sepatutnya gunakannya dengan cara yang baik juga, tidak biarkan waktu berlalu tanpa melakukan sesuatu yang berguna. Apa jua yang kita lakukan, kita sepatutnya memikirkan tentang dunia dan akhirat juga. Tak payahlah kita hanya fikirkan akhirat tanpa pedulikan dunia, kerana tanpa kebaikan yang kita lakukan di dunia, maka akhirat kita juga menjadi pudar. Allahuakbar!

Adalah seorang ni yang saya jumpa. Umurnya sekitar akhir 40an. Katanya kepada saya, "Sekarang ni saya dah tak kisahkan dunia ni sangat. Apa yang penting, saya nak sediakan bekalan untuk akhirat."

Saya tersenyum mendengar kata-katanya. Mungkin dia tak perasan kot, sebab semasa saya berjumpa dengannya, mukanya bermekap beria-ia, pakai pun beria-ia dan dia sedang berada di rumah saya untuk bersuka ria bersama teman-temannya. Kalau fikirkan akhirat sahaja, pasti dia sedang berada di rumah, mungkin duduk mengaji atau di tikar sembahyang!

Bukan saya nak mengata, tetapi hakikatnya kita adalah manusia dan mempunyai 'limitations', apa pun yang kita katakan, kita tetap manusia yang diberikan hati dan jiwa. Selagi sihat dan ada umur, kita mempunyai keinginan itu dan ini. Yang penting, kita tidak lakukan sesuatu kerana 'nafsu' tetapi lakukan dengan niat untuk dapatkan kebaikan yang menjadi bekalan akhirat. Aamiin. Tidak salah untuk berusaha dan pasang cita-cita walaupun umur sudah meningkat, kerana kita tak tahu umur kita tamat bila. Hanya Allah SWT yang tentukan.

                                                                       Tenang kan?

Wednesday, September 07, 2016

Jangan Cepat Buat Andaian

Assalam

Pagi yang dingin kerana hujan turun dari awal pagi lagi dan sekarang masih hujan. Best!

Kadang-kadangkan kita sebagai manusia seringkali cepat buat andaian. Kita juga mudah berburuk sangka. Bila kita lakukan sesuatu dan sesuatu itu tak menjadi seperti yang kita mahukan, maka kita pun terus melompat atau melatah dan membuat andaian yang tak elok! Huhu... saya tak cakap pasal orang lain tetapi bercakap tentang diri sendiri.

Dua hari yang lepas, saya hantar message kepada seseorang kerana mahu minta tolong padanya. Saya hantar message sebab saya tahu dia mungkin ada pengalaman tentang hal yang saya maksudkan dan pasti mampu untuk memberi nasihat pada saya. Tapi malangnya, selepas hantar message itu, member saya itu hanya mendiamkan diri dan tidak terus respond. Saya pun mula gelisah dan mula beranggapan yang dia tidak sudi menolong saya. Hati saya mula berasa geram dan mula juga berteka-teki. Semuanya negatif belaka. Akhirnya saya berkata dalam hati, 'Ah biarlah dia tak nak tolong, agaknya eksyen sangat kot!'

Tup-tup lewat petang semalam, dia membuat panggilan kepada saya. Masa tu dah lewat petang. Mula-mula dia call saya tak sempat jawab, jadi dia call sekali lagi, barulah saya jawab.

Katanya kepada saya, "Eh sorrylah I tak terus jawab message you sebab I terlalu occupied. Sekarang I free... okey.... bla bla bla...." Dia mula memberi penjelasan tentang apa yang saya tanyakan tu. Akhirnya dia berkata, "Macam ni lah... apa kata kalau I sendiri bawak you jumpa dia. Dia kenal baik dengan I. Mesti dia akan tolong you. I pun suka dengan plan you ni. Kalau you mintak sendiri, mungkin susah nak dapat atau lambat dapat sebab prosidurnya macam-macam. Tapi kalau dia mahu, dia boleh luluskan."

Saya jadi excited dan tersenyum-senyum. Akhirnya saya sangat marah pada diri saya kerana terlalu mudah melatah dan buat andaian yang bukan-bukan. Rupa-rupanya dia tak eksyen pun, cuma hati saya saja yang mengandaikannya.

Allahuakbar, sebenarnya begitulah kita kan... biasanya suka buat andaian yang bukan-bukan. Terlalu mudah!

Ampunkan aku ya Allah...

Semoga saya akan berhati-hati selepas ini agar tidak cepat buat andaian. Insyaa-Allah. Aamiin.


                                                  Cantik tak tempat macam ni?

Tuesday, September 06, 2016

Kenapa Ada Lelaki Suka Tipu?

Assalam

Kata kawan saya, sejak kebelakangan ini, terlalu ramai lelaki Melayu yang kaki penipu! Huhu... gerun pulak mendengarnya. Tapi... betul ke ni?

Kalau dulu-dulu, saya pun tak berapa nak percaya yang ramai lelaki Melayu suka menipu, tetapi sekarang ini memang macam trend pulak. Ada tu, lelaki yang kita sangat respect dan percaya, tup-tup dengar cerita yang dia ni rupa-rupanya suka menipu. Kalau tak selalu menipu pun, masih ada jugalah. Kalau tak tipu besar, tipu kecil. Kalau orang kita kata 'tipu sunat'. Tapi sebenarnya bila tipu memang tak sunat pun sebab menipu itu adalah 'haram', berdosa!

Kenapa agaknya ada yang suka tipu ni?

Mungkinkah kerana mereka sesak atau saja nak ambil kesempatan? Atau saja seronok nak menipu?

Biasanya bila lelaki menipu, kadang-kadang ada kena-mengena dengan perempuan selain daripada menipu tentang duit. Bila lelaki nak tipu perempuan, akan ada ciptaan dan alasan pelbagai yang digunakan. Selain daripada suka makan rasuah, memang ada lelaki yang suka keletong perempuan, konon-konon masih bujang, tetapi sebenarnya dah ada isteri. Kalau tak menipu isteri, mereka menipu perempuan lain. Kadang-kadang, dua-dua kena tipu termasuk isteri sendiri.

Kalau perempuan tak tahu tetapi menganggap yang lelaki itu betul-betul bujang, memang dia akan jadi mangsa kalau terus-terusan percaya. Tetapi kalau perempuan itu sudah tahu yang lelaki itu adalah suami orang tetapi masih mahu teruskan pertalian, dah sah dah perempuan itu ada agendanya. Kalau tidak kerana duit atau kemaruk lelaki, dia mungkin bahlul! Tak ada sakit cari penyakit!

Tapi kalau perempuan itu sedar yang dia sedang kena tipu dek lelaki yang mengaku bujang, lebih baik blah sebelum tercebak dengan suami orang! Betul tak?

Kalau kita tahu lelaki itu sedang menipu isterinya untuk berkahwin dengan kita, bolehkah kita percaya pada lelaki ini yang dia akan melindungi kita? Atau sebaik sahaja isteri dia tahu, dia akan angkat kaki? Hah... masa tu kita nak salahkan siapa? Kita patut salahkan diri sendiri kerana kita yang bodohnya!

Dalam pada itu, kita jangan lupa bahawa ramai perempuan di luar sana yang sama juga jahatnya macam lelaki yang kaki penipu itu!

Wallahuaklam.

Semoga Allah SWT melindungi kita dunia dan akhirat. Aamiin.