Assalam
Hahaha... jangan marah kalau saya katakan bahawa rata-rata kebanyakan kita malas nak fikir apa-apa, sekadar mampu lakukan cut and paste atau copy paste atau forward sahaja tanpa ambil kira apa yang sedang kita buat tu. Apa sahaja yang terpampar di skrin kita, tak kiralah gadget apa sekalipun, kita anggap semuanya tepat dan betul. Mungkin kita tak sedar pun bahawa apa yang kita lakukan akan memudaratkan diri kita kerana tanpa sedar atau tidak kita sedang melakukan tuduhan, fitnah atau berkata tidak benar kerana kita main ambil sahaja apa yang dikatakan orang lain lalu menghantar pula pada orang lain lagi.
Paling malang bila kita terjerat dengan hujah-hujah keagamaan terutamanya bila yang menyampaikannya adalah 'ustaz' tak kira terkenal atau tidak. Kita terlupa bahawa sekalipun 'ustaz' dia tetap manusia biasa yang sentiasa mempunyai kekurangan dan kelemahan. Tak ada manusia yang sempurna sekalipun mengaku bijaksana. Jadi... berjaga-agalah kita, jangan sampai kita tak guna akal fikiran, tak guna otak sebelum 'menyampai-nyampaikan' berita yang keluar di skrin kita.
Kita jangan lupa bahawa manusia tidak diberi apa-apa keistimewaan untuk menjatuhkan hukuman 'dosa atau tidak' 'masuk syurga atau tidak', Islam atau tidak... yang menentukan adalah Allah SWT. Kalau kita rasa kita banyak kuasa, maka kenalah berjaga-jaga, takkan kot kita dah ambil alih kerja Tuhan?
Setiap kali kita nak 'forward' atau 'menyampaikan' sesuatu berita atau 'kebenaran' yang kita rasa 'benar', eloklah kalau kita berjaga-jaga. Lebih baik kita jangan forward kalau kita tidak pasti atau was-was atau memang tak tahu apa-apa, terutama kalau perkara itu berkaitan dengan 'agama'. Jangan ingat elok sangat kita menyebarkannya kerana takut kalau kita tak 'forward' kita bukan orang Islam. Kalau apa yang kita 'forwardkan' itu merupakan sesuatu yang tak tepat atau palsu, macam mana? Siapa yang nak tolong sahkan? Nak tunggu bila mati nanti ke... bila kita disoal pula?
Oleh kerana itulah Allah swt dalam kitab suci al Quran telah berulang-ulang kali mengingatkan kita untuk mencari ilmu, kerana orang yang pandai itu tak akan main ambil apa sahaja yang disampaikan kepadanya. Mereka akan fikir dahulu. Itulah gunanya akal fikiran yang Allah sediakan untuk manusia.
Sekarang ini sangat mudah untuk sebarkan apa sahaja, tetapi kita sebagai manusia yang berakal, sepatutnya gunalah akal kita untuk berfikir sebelum main 'forward' apa sahaja. Jangan main sedap copy paste dan tulis tentang 'kejahilan' dan 'kekufuran' oarng lain sedangkan kita pun tak tahu diri kita macam mana. Sekalipun kata-kata itu datangnya dari 'ulamak' yang terrer... atau 'tok guru' yang 'renowned' tapi mereka tetap manusia biasa, kerana mereka mempunyai 'limit' untuk menjadi manusia sempurna. Apa sahaja yang mereka tafsirkan adalah sekadar 'tafsiran' sahaja bukannya sesuatu yang 'pasti'.
Wassalam.
